Seorang rakyat Kanada James Lewis Kraft pada tahun 1903 ketika berusia 29 tahun dengan berbekalkan AS$65 berpindah ke Chicago, Amerika Syarikat. Dia menggunakan wang simpanannya untuk menyewa satu pedati dan kuda bernama Paddy dan terbabit dalam perniagaan runcit keju.
Dia akan membawa keju terbaik untuk dihantar dari kedai ke kedai dan sangat dihargai kerana kepakarannya. Bagaimanapun Kraft mendapati masalah terbesar selepas menghantar keju adalah ia cepat rosak terutama pada musim panas. Ketika itu teknologi peti sejuk masih baru.
Untuk dipendekkan cerita James membeli satu periuk tembaga besar, dibawanya ke pangsapurinya dan mula melakukan eksperimen bagaimana untuk ‘mematikan’ bakteria dalam keju. Selama beberapa tahun, dia hanya memasak dan mengacau keju sehingga pada satu malam, pada suhu 175º F dan mengacau secara konsisten selama 15 minit, akhirnya dia berjaya melahirkan keju cheddar berkrim dan tanpa bakteria.
Pencapaian James adalah antara ciptaan terpenting dalam kehidupan manusia. Syarikat dihasilkan James iaitu Kraft Heinz hari ini bernilai AS$44.68 bilion. Kejunya dijual di lebih 150 negara. Alangkah indahnya jika negara mempunyai ahli politik seperti James Lewis Kraft.
Ketika ini bahang pilihan raya ke-15 (PRU15). Setiap parti politik mula bersiap menghadapi pilihan raya terpenting dalam sejarah negara.
Percaturan utama ialah siapa calon yang sesuai diletakkan di 222 kerusi Parlimen dan mampu menang. Kriterianya siapa boleh menang. Tidak kira sama ada seseorang calon itu bijak atau tidak, mampu melaksanakan tugas atau tidak. Ada calon sudah lebih 40 tahun masih bertanding kerana dirasakan boleh menang.
Di kawasan ‘kampung’, mereka ‘king’. Bantuan wang setiap musim buka sekolah, bersalaman setiap hujung minggu dan janji bahawa nasib rakyat akan terbela menjanjikan kemenangan.
Tetapi parti politik kena sedar, Malaysia bukan lagi negara sama seperti 30 tahun lalu. Orang kampung boleh digula-gulakan dengan begitu mudah.
Berdasarkan perangkaan 2021, 77.7 peratus daripada keseluruhan rakyat Malaysia tinggal di kawasan ‘urban’ atau bandar-bandar. Aspirasi rakyat telah berubah.
Kemahuan, kehendak dan tuntutan rakyat telah berubah. Seorang calon mungkin popular di kawasan di hulu Perak atau Kelantan tetapi adakah dia mampu menang di Lembah Pantai dengan celoteh sama?
Calon yang tahu bahawa B2B tiada kena mengena dengan perkhidmatan urut. Bahawa dunia bergerak ke arah ‘artificial intelligence’, bandar bestari yang dijana elektrik dan robotik.
Bahawa nilai ekonomi dan kekayaan masa depan Malaysia bukan pada pengeluaran komoditi tetapi produk tambah nilai yang boleh dipasarkan di 150 negara seperti keju Kraft.
Calon yang dipilih ke Parlimen atau memegang jawatan di Putrajaya bukan mewakili kawasannya tetapi aspirasi dan tuntutan semua rakyat – bandar dan desa.
Kali ini parti politik harus memilih calon yang bukan sahaja boleh menang tetapi boleh berfikir serta mampu memberi penyelesaian kepada masalah sejagat hari ini dan masa depan.
Jika tidak, selepas 65 tahun kemerdekaan, kita masih di takuk lama dan menjadikan kenyataan ahli parlimen tidak lebih sebagai gurauan di kedai kopi. Kita tidak ada bertahun-tahun untuk mengacau keju.
Mohamad Azlan Jaafar adalah Pengarang Kumpulan Media Mulia Sdn. Bhd.
Laman web ini akan menyimpan dan menggunakan data cookies anda bagi meningkatkan pengalaman sepanjang berada di laman web kami. SETUJU
Privacy & Cookies Policy
Privacy Overview
This website uses cookies to improve your experience while you navigate through the website. Out of these cookies, the cookies that are categorized as necessary are stored on your browser as they are essential for the working of basic functionalities of the website. We also use third-party cookies that help us analyze and understand how you use this website. These cookies will be stored in your browser only with your consent. You also have the option to opt-out of these cookies. But opting out of some of these cookies may have an effect on your browsing experience.
Necessary cookies are absolutely essential for the website to function properly. This category only includes cookies that ensures basic functionalities and security features of the website. These cookies do not store any personal information.
Any cookies that may not be particularly necessary for the website to function and is used specifically to collect user personal data via analytics, ads, other embedded contents are termed as non-necessary cookies. It is mandatory to procure user consent prior to running these cookies on your website.
Tolong cari calon PRU yang boleh berfikir
Seorang rakyat Kanada James Lewis Kraft pada tahun 1903 ketika berusia 29 tahun dengan berbekalkan AS$65 berpindah ke Chicago, Amerika Syarikat. Dia menggunakan wang simpanannya untuk menyewa satu pedati dan kuda bernama Paddy dan terbabit dalam perniagaan runcit keju.
Dia akan membawa keju terbaik untuk dihantar dari kedai ke kedai dan sangat dihargai kerana kepakarannya. Bagaimanapun Kraft mendapati masalah terbesar selepas menghantar keju adalah ia cepat rosak terutama pada musim panas. Ketika itu teknologi peti sejuk masih baru.
Untuk dipendekkan cerita James membeli satu periuk tembaga besar, dibawanya ke pangsapurinya dan mula melakukan eksperimen bagaimana untuk ‘mematikan’ bakteria dalam keju. Selama beberapa tahun, dia hanya memasak dan mengacau keju sehingga pada satu malam, pada suhu 175º F dan mengacau secara konsisten selama 15 minit, akhirnya dia berjaya melahirkan keju cheddar berkrim dan tanpa bakteria.
Pencapaian James adalah antara ciptaan terpenting dalam kehidupan manusia. Syarikat dihasilkan James iaitu Kraft Heinz hari ini bernilai AS$44.68 bilion. Kejunya dijual di lebih 150 negara. Alangkah indahnya jika negara mempunyai ahli politik seperti James Lewis Kraft.
Ketika ini bahang pilihan raya ke-15 (PRU15). Setiap parti politik mula bersiap menghadapi pilihan raya terpenting dalam sejarah negara.
Percaturan utama ialah siapa calon yang sesuai diletakkan di 222 kerusi Parlimen dan mampu menang. Kriterianya siapa boleh menang. Tidak kira sama ada seseorang calon itu bijak atau tidak, mampu melaksanakan tugas atau tidak. Ada calon sudah lebih 40 tahun masih bertanding kerana dirasakan boleh menang.
Di kawasan ‘kampung’, mereka ‘king’. Bantuan wang setiap musim buka sekolah, bersalaman setiap hujung minggu dan janji bahawa nasib rakyat akan terbela menjanjikan kemenangan.
Tetapi parti politik kena sedar, Malaysia bukan lagi negara sama seperti 30 tahun lalu. Orang kampung boleh digula-gulakan dengan begitu mudah.
Berdasarkan perangkaan 2021, 77.7 peratus daripada keseluruhan rakyat Malaysia tinggal di kawasan ‘urban’ atau bandar-bandar. Aspirasi rakyat telah berubah.
Kemahuan, kehendak dan tuntutan rakyat telah berubah. Seorang calon mungkin popular di kawasan di hulu Perak atau Kelantan tetapi adakah dia mampu menang di Lembah Pantai dengan celoteh sama?
Calon yang tahu bahawa B2B tiada kena mengena dengan perkhidmatan urut. Bahawa dunia bergerak ke arah ‘artificial intelligence’, bandar bestari yang dijana elektrik dan robotik.
Bahawa nilai ekonomi dan kekayaan masa depan Malaysia bukan pada pengeluaran komoditi tetapi produk tambah nilai yang boleh dipasarkan di 150 negara seperti keju Kraft.
Calon yang dipilih ke Parlimen atau memegang jawatan di Putrajaya bukan mewakili kawasannya tetapi aspirasi dan tuntutan semua rakyat – bandar dan desa.
Kali ini parti politik harus memilih calon yang bukan sahaja boleh menang tetapi boleh berfikir serta mampu memberi penyelesaian kepada masalah sejagat hari ini dan masa depan.
Jika tidak, selepas 65 tahun kemerdekaan, kita masih di takuk lama dan menjadikan kenyataan ahli parlimen tidak lebih sebagai gurauan di kedai kopi. Kita tidak ada bertahun-tahun untuk mengacau keju.
Mohamad Azlan Jaafar adalah Pengarang Kumpulan Media Mulia Sdn. Bhd.
Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved