SEHINGGA kolum ini ditulis, hampir dua minggu Jaslinda Saludin, 49 yang dilaporkan hilang sewaktu menyertai aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih, belum ditemui.
Pelbagai cara dan ikhtiar sudah diambil. Puluhan ribu juga kos dihabiskan untuk menjejaki, belum menampakkan hasil. Yang berhasil hanyalah kiriman kata nista dan komen negatif dilemparkan kepada Jaslinda. Malang sunggguh.
Mentaliti yang tidak seharusnya kita miliki sebagai rakyat, apatah lagi yang menganuti agama yang sama.
Rentetan insiden ini, lokasi pergunungan cantik terletak di Tapah, Perak ini ditutup kepada orang awam antara tiga hingga enam bulan bagi meneliti aspek keselamatan dan kerja pembaikan di laluan pendakian kawasan itu. Usaha baik dilakukan pihak kerajaan negeri.
Banyak cadangan juga bagi mengelakkan insiden sesat dicadangkan orang ramai khususnya daripada persediaan mental dan fizikal pendaki.
Tetapi kalau nak jadi, siapa kita yang boleh menolak takdir. Namun sebagai persediaan, kerajaan negeri yang memiliki khazanah pergunungan dan hutan yang cantik seharusnya menambah baik kemudahan di lokasi sebegini untuk kemudahan pengguna.
Jadikan Gunung Kinabalu, Sabah sebagai contoh lokasi yang menarik kunjungan puluhan ribu manusia di seluruh dunia setiap tahun. Selain trek bertangga dan selamat, setiap check point ada kemudahan tandas dan tempat berehat.
Malah ada lokasi boleh rehat dan bermalam sebelum ke Panalaban, bagi yang terpaksa membatalkan hasrat untuk naik ke puncak Kinabalu atas sebab tertentu.
Sudah tentulah ia memakan kos, tetapi yang lebih penting keselamatan untuk jangka masa yang panjang kepada pengunjung. Dalam kalangan pencinta aktiviti mencabar ini, kos mereka akan mampu tolak ke tepi sebab minat melebihi segala-galanya.
Carilah jalan, bukankah pengguna dan peminat aktiviti luar ini pelancong yang mampu menjana pendapatan kepada negeri? Lebih-lebih lagi bagi lokasi yang mengenakan caj untuk mendaki. Sediakan juga khidmat sewa peralatan asas seperti lampu kepala, tongkat atau yang berkaitan. Boleh juga dijadikan pendapatan penduduk setempat.
Ambil kira juga minat mendaki dalam kalangan orang ramai yang semakin subur. Media sosial ada berkongsi betapa sesaknya orang berbaris untuk ke puncak Gunung Datuk dan Gunung Angsi di Negeri Sembilan sebagai bukti.
Mengelakkan sesak, saya sendiri pun sanggup mengambil cuti dan pergi mendaki pada hari biasa. Untuk keselesaan dan mendaki pagi, bukanlah mustahil untuk bermalam di hotel dan inap desa di lokasi berdekatan.
Langkah pencegahan perlu mula difikirkan secara serius agar insiden kemalangan ketika pendakian tidak terus berulang.
Cadangan Presiden Kelab Pendaki Lasykar Gunung, Mejar Jeneral (B) Datuk Dr. Mohd. Radzi Abdul Hamid supaya diwajibkan insurans pendakian juga wajar diberi perhatian kerana proses pendakian itu sendiri sukar untuk jangkakan.
Tidak perlu tengok ke luar negara, di Sabah Parks sendiri telah menetapkan insurans sebagai sebahagian daripada syarat pendakian Gunung Kinabalu, termasuk perlindungan kematian akibat kemalangan, hilang upaya kekal serta operasi mencari dan menyelamat. Ia membuktikan pengurusan risiko boleh dilaksanakan tanpa menjejaskan tarikan pelancongan.
Jangan kerana satu atau dua kejadian, kita menutup ruang rezeki dan potensi besar sektor pelancongan pendakian. Yang lebih penting, keseimbangan antara keselamatan dan pembangunan perlu sentiasa menjadi keutamaan.
NOR AFZAN MOHAMAD YUSOF ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia.
Tingkat kemudahan, tarik pelancongan pendakian

Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved