DALAM Belanjawan 2023, antara keutamaan kerajaan ialah menoktahkan golongan miskin tegar di negara ini yang dianggarkan sekitar 130,000 orang. Itu azam Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dinamakan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR), sebanyak RM750 juta disediakan untuk meningkatkan pendapatan golongan itu. Jika peruntukan itu dibahagikan sama rata kepada 130,000 rakyat termiskin itu, setiap seorang daripada akan mendapat RM5,769. Angka itu sudah cukup meletakkan mereka dalam kategori M40.
Tetapi sudah tentu ia tidak semudah itu. Angka 130,000 itu mungkin sudah bertambah berikutan keadaan ekonomi semasa terutama peningkatan ketara dalam kos sara hidup.
Dan di ketika kerajaan berusaha menghapuskan golongan itu, laporan lebih 458,000 lepasan SPM tidak menyambung pelajaran sedikit sebanyak menggusarkan. Apakah mereka ini akan menyumbang kepada angka miskin tegar. Mungkin.
Namun, adalah tidak adil untuk mengaitkan mereka yang tidak menyambung pelajaran akan tergolong dalam kategori miskin. Ramai juga yang hidup senang tanpa akademik melangit. Namun, isu ini tidak boleh dipandang ringan terutama oleh ibu bapa. Sesuatu mesti dilakukan.
Kalau tak ada duit, banyak bantuan disediakan. Pinjaman pun ada. Kalau pencapaian akademik kurang baik, ada kolej teknikal dan vokasional yang boleh mengasah kemahiran bakat mereka.
Kalau minat berniaga atau bertani, ada kursus ditawarkan. Pendek kata, tiada alasan untuk tidak sambung belajar. Tidak rugi belajar tinggi. Petani yang ada ilmu tidak menggunakan kudrat untuk bertani, mereka guna Internet of Things (IoT).
Usah terpesona dengan beberapa ratus ringgit sehari yang diperoleh menerusi e-hailing atau p-hailing semasa muda. Sampai bila kita boleh bertahan berada di atas jalan dari awal pagi hingga tengah malam untuk mencari pendapatan yang mencukupi.
Juga, jangan terpedaya untuk menjadi pempengaruh di media sosial dan menjana pendapatan daripadanya. Tidak semua orang ada bakat dalam bidang itu. Bagi yang berjaya dalam bidang itu, ilmu yang membezakan mereka.
Khairul Aming ada ijazah kejuruteraan dari universiti di Amerika Syarikat. Che Nom pula ada ijazah perkomputeran matematik.
Hari ini ramai pasangan yang sudah berkahwin masih menumpang di rumah orang tua mereka kerana belum mampu hidup sendiri. Sampai bila mahu hidup begitu? Kehidupan hari ini tidak mudah dan hanya ilmu yang mampu mengubah hidup seseorang. – UTUSAN
Tiada alasan tidak sambung belajar

Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved