Kita menyambut baik jaminan Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada pelabur global yang berhasrat memasuki Malaysia bahawa negara ini sedang melaksanakan pembaharuan sewajarnya dan mewujudkan persekitaran perniagaan lebih baik untuk mereka, semalam.
Dalam ucaptama di New York itu, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan sedang berusaha sedaya upaya membetulkan kesilapan lalu yang menyebabkan kemajuan dan pembangunan sosioekonomi Malaysia terjejas selepas meraih kemajuan berdekad-dekad lamanya.
Tiga keutamaan yang digariskan beliau dalam ucapan bertajuk ‘Mengembalikan Penerajuan Malaysia di Asia’ itu adalah memperkukuh tadbir urus negara, menstruktur semula ekonomi dan membuka jalan bagi masa depan negara.
Sememangnya usaha menarik pelabur asing penting dalam memacu ekonomi negara termasuk menyediakan peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.
Melalui dasar-dasar ekonomi yang mesra pelabur, Malaysia diyakini akan menjadi antara destinasi utama mereka sementelah kita mampu menyediakan tenaga kerja yang berkemahiran di samping kadar upah yang kompetitif.
Dalam masa sama, sejak beberapa bulan lepas, Malaysia menyaksikan impak awal daripada komitmen kerajaan untuk menyampaikan perubahan kepada ekonomi dan rakyatnya.
Antaranya, syarikat semikonduktor global berpangkalan di Jerman, Infineon Technologies bersetuju buat pelaburan tambahan €5 bilion (AS$5.4 bilion) dalam tempoh lima tahun akan datang membabitkan pembinaan kilang fabrikasi kuasa silikon karbida 200mm terbesar dunia di Malaysia.
Puluhan ribu peluang pekerjaan mahir juga bakal diwujudkan melalui kerjasama dengan jutawan dan usahawan teknologi dari Amerika Syarikat (AS), Elon Musk sebagaimana diumumkan Julai lalu.
Kerjasama dengan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SpaceX yang juga CEO Tesla Inc itu, antara lain bakal merancakkan lagi sektor kenderaan elektrik (EV).
Ini tidak termasuk syarikat automotif China, Geely menyatakan komitmen melabur tambahan sebanyak AS$10 bilion (RM45.3 bilion) di Malaysia. Pelaburan tambahan itu sebagai komitmen Geely untuk terus membangunkan Tanjung Malim, Perak sebagai kota automobil terbesar di rantau ini.
Dalam kita menaruh keyakinan terhadap usaha-usaha kerajaan bagi memulihkan ekonomi negara, tengok-tengokkan juga nilai mata wang ringgit yang makin susut berbanding dolar Amerika (AS).
Isu kejatuhan nilai ringgit sudah bermula sejak 2022 apabila nilai ringgit pernah susut sehingga RM4.75 berbanding dolar. Semalam, nilai ringgit adalah pada RM4.68. Penganalisis meramalkan ia bakal mencecah ke paras paling rendah iaitu RM4.80 akhir tahun ini.
Mata wang kita bukan sahaja susut berbanding dolar AS, dengan bhat pun turut jatuh. Kalau dulu bila ringgit jatuh berbanding AS, boleh juga membeli barang di Thailand. Tapi kini, baht makin tinggi. Nilai tukaran ringgit kini susut kepada 7.68 baht semalam. Pada Oktober 2021, tukaran dengan baht adalah 8.12.
Dengan tukaran semasa ringgit berbanding baht, para penyeludup beras Siam pun mahu ‘berehat’ buat sementara kerana kegiatan mereka tidak lagi beri pulangan lumayan.
Mohd. Radzi Mohd. Zin ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia
Laman web ini akan menyimpan dan menggunakan data cookies anda bagi meningkatkan pengalaman sepanjang berada di laman web kami. SETUJU
Privacy & Cookies Policy
Privacy Overview
This website uses cookies to improve your experience while you navigate through the website. Out of these cookies, the cookies that are categorized as necessary are stored on your browser as they are essential for the working of basic functionalities of the website. We also use third-party cookies that help us analyze and understand how you use this website. These cookies will be stored in your browser only with your consent. You also have the option to opt-out of these cookies. But opting out of some of these cookies may have an effect on your browsing experience.
Necessary cookies are absolutely essential for the website to function properly. This category only includes cookies that ensures basic functionalities and security features of the website. These cookies do not store any personal information.
Any cookies that may not be particularly necessary for the website to function and is used specifically to collect user personal data via analytics, ads, other embedded contents are termed as non-necessary cookies. It is mandatory to procure user consent prior to running these cookies on your website.
Tengok-tengok juga nilai ringgit
Kita menyambut baik jaminan Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada pelabur global yang berhasrat memasuki Malaysia bahawa negara ini sedang melaksanakan pembaharuan sewajarnya dan mewujudkan persekitaran perniagaan lebih baik untuk mereka, semalam.
Dalam ucaptama di New York itu, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan sedang berusaha sedaya upaya membetulkan kesilapan lalu yang menyebabkan kemajuan dan pembangunan sosioekonomi Malaysia terjejas selepas meraih kemajuan berdekad-dekad lamanya.
Tiga keutamaan yang digariskan beliau dalam ucapan bertajuk ‘Mengembalikan Penerajuan Malaysia di Asia’ itu adalah memperkukuh tadbir urus negara, menstruktur semula ekonomi dan membuka jalan bagi masa depan negara.
Sememangnya usaha menarik pelabur asing penting dalam memacu ekonomi negara termasuk menyediakan peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.
Melalui dasar-dasar ekonomi yang mesra pelabur, Malaysia diyakini akan menjadi antara destinasi utama mereka sementelah kita mampu menyediakan tenaga kerja yang berkemahiran di samping kadar upah yang kompetitif.
Dalam masa sama, sejak beberapa bulan lepas, Malaysia menyaksikan impak awal daripada komitmen kerajaan untuk menyampaikan perubahan kepada ekonomi dan rakyatnya.
Antaranya, syarikat semikonduktor global berpangkalan di Jerman, Infineon Technologies bersetuju buat pelaburan tambahan €5 bilion (AS$5.4 bilion) dalam tempoh lima tahun akan datang membabitkan pembinaan kilang fabrikasi kuasa silikon karbida 200mm terbesar dunia di Malaysia.
Puluhan ribu peluang pekerjaan mahir juga bakal diwujudkan melalui kerjasama dengan jutawan dan usahawan teknologi dari Amerika Syarikat (AS), Elon Musk sebagaimana diumumkan Julai lalu.
Kerjasama dengan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SpaceX yang juga CEO Tesla Inc itu, antara lain bakal merancakkan lagi sektor kenderaan elektrik (EV).
Ini tidak termasuk syarikat automotif China, Geely menyatakan komitmen melabur tambahan sebanyak AS$10 bilion (RM45.3 bilion) di Malaysia. Pelaburan tambahan itu sebagai komitmen Geely untuk terus membangunkan Tanjung Malim, Perak sebagai kota automobil terbesar di rantau ini.
Dalam kita menaruh keyakinan terhadap usaha-usaha kerajaan bagi memulihkan ekonomi negara, tengok-tengokkan juga nilai mata wang ringgit yang makin susut berbanding dolar Amerika (AS).
Isu kejatuhan nilai ringgit sudah bermula sejak 2022 apabila nilai ringgit pernah susut sehingga RM4.75 berbanding dolar. Semalam, nilai ringgit adalah pada RM4.68. Penganalisis meramalkan ia bakal mencecah ke paras paling rendah iaitu RM4.80 akhir tahun ini.
Mata wang kita bukan sahaja susut berbanding dolar AS, dengan bhat pun turut jatuh. Kalau dulu bila ringgit jatuh berbanding AS, boleh juga membeli barang di Thailand. Tapi kini, baht makin tinggi. Nilai tukaran ringgit kini susut kepada 7.68 baht semalam. Pada Oktober 2021, tukaran dengan baht adalah 8.12.
Dengan tukaran semasa ringgit berbanding baht, para penyeludup beras Siam pun mahu ‘berehat’ buat sementara kerana kegiatan mereka tidak lagi beri pulangan lumayan.
Mohd. Radzi Mohd. Zin ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia
Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved