SELEPAS melihat dan mendengar apa yang dibentangkan melalui Laporan Ketua Audit Negara (LKAN), persepsi rakyat terhadap agensi kerajaan, badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mudah – tata kelola mereka masih di takuk lama.
Walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan soal pentadbiran yang cekap, bebas rasuah dan pembaziran serta pastikan kebajikan rakyat diutamakan, tetapi LKAN memberikan kisah sebaliknya.
Yang peliknya laporan ini bukan baru. Setiap tahun audit dibuat dan dibentangkan dalam laporan yang beratus-ratus muka surat. Dibentangkan di Parlimen, dibincang, dibahaskan malah dilaporkan oleh media massa, tetapi setiap tahun masalah yang sama muncul semula.
Setiap tahun isu ketirisan, salah guna dana, penyelewengan, salah urus dan pembaziran dilaporkan oleh Ketua Audit Negara. Segala teguran yang dibuat dalam laporan ini ibarat mencurah air ke daun keladi. Tidak memberi kesan apa-apa. Mungkin kerana pegawai tadbir itu tahu bahawa laporan itu tidak mempunyai kuasa perundangan untuk mengambil tindakan terhadap mereka.
Laporan itu sedikit pun tidak menjejaskan kedudukan mereka sebagai ketua di agensi-agensi terbabit. Paling teruk pun hanyalah kena kecam dengan rakyat di media sosial. Buat tebal muka, lama kelamaan segala kritikan itu hilang dan mereka kekal dengan jawatan.
Tahun hadapan apabila satu lagi LKAN dibentangkan isu yang sama pasti akan berulang kerana ia kekal ditadbir oleh orang yang sama. Maka ia kekal di takuk lama.
Dana kerajaan sebanyak RM41.970 bilion yang gagal diurus bukannya sedikit. Bayangkan manfaatnya kepada rakyat. Selain itu, 11 kementerian dikesan mempunyai kelemahan dalam pengurusan peruntukan menyebabkan kesannya tidak sampai kepada rakyat.
Tidak ada gunanya kerajaan mengumumkan peruntukan beratus bilion setiap kali belanjawan, jika akhirnya ia sekadar atas kertas dan tidak sampai kepada rakyat kerana orang yang diberikan amanah gagal menunaikan tanggungjawab mereka.
Apabila rakyat kritik melabelkan pengurusan mereka sebagai ‘cap ayam’, ramai yang melenting, tetapi realitinya segelintir pentadbir-pentadbir awam ini sebenarnya tidak kisah pun isu rakyat.
Sebab itu hasil audit oleh Jabatan Audit Negara (JAN) mendapati projek-projek yang telah dilaksanakan termasuk dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) sehingga Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) ada banyak kelemahan.
Kelemahan dalam pelaksanaan projek, kurang pemantauan, tiada penyelarasan antara agensi, tiada pangkalan data yang lengkap dan kelemahan dalam polisi atau prosedur kerja sepatutnya tidak berlaku jika pentadbir kita cekap.
Sesuatu perlu dilakukan terhadap dapatan dalam LKAN ini, jangan hanya sapu masuk bawah karpet. Tindakan Kementerian Sumber Manusia menyerahkan laporan itu kepada Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu HRD Corp, perlu diikuti oleh agensi-agensi lain.
Mesti ada pihak yang bertanggungjawab dan dihukum atas segala kelemahan, ketirisan dan penyelewengan yang berlaku seperti yang dilaporkan dalam LKAN. Jika tidak, ia ibarat mencurah garam ke laut. Tahun depan tidak perlu lagi buat audit. – UTUSAN
Aznan Bakar adalah Pangarang Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia
Tata kelola agensi kerajaan masih di takuk lama

Media Mulia TV
Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved