Sebahagian besar daripada rakyat negara ini terutamanya generasi muda ada pengalaman tinggal di pusat asuhan kerana ibu bapa tidak dapat menjaga mereka disebabkan bekerja.
Pusat asuhan itu pula kebanyakannya bersifat komersial dan beroperasi di rumah atau rumah-rumah kedai di kawasan kejiranan.
Ada juga jiran-jiran yang menerima permintaan daripada ibu bapa yang bekerja untuk mengasuh anak-anak mereka terutama yang masih kecil.
Bayarannya tidak murah terutama di pusat-pusat asuhan komersial tetapi itulah pengorbanan wang yang terpaksa ditanggung oleh ibu bapa dalam mencari rezeki untuk keluarga.
Jika pusat taska itu disertakan dengan pakej pembelajaran, sudah tentu harganya lebih mahal lagi.
Anak-anak kecil berusia tiga atau empat bulan turut dihantar ke taska. Boleh dikatakan sebaik sahaja ibu yang bekerja habis berpantang selepas melahirkan anak dan terpaksa memasuki pejabat semula, mereka terpaksa menghantar bayi itu ke taska ataupun pengasuh dengan hati yang berat.
Pelbagai kebimbangan wujud dalam hati mereka terutama keselamatan dan kebajikan bayi tetapi mereka tidak ada pilihan lain.
Tidak ada masalah sebenarnya menghantar anak kepada pusat jagaan ataupun pengasuh kerana dalam kebanyakan kes, ia membantu ibu bapa yang bekerja dalam pengurusan keluarga dan pada masa sama terpaksa keluar bekerja.
Malah jika ada pembelajaran, ia juga membantu anak-anak dari segi pendedahan terhadap dunia persekolahan dan penguasaan ilmu yang sesuai dengan tahap usia mereka.
Yang menjadi masalah apabila berlakunya kes-kes pengabaian dan insiden yang membawa kecederaan dan kematian terhadap kanak-kanak yang dijaga di pusat jagaan atau rumah pengasuh.
Kecuaian penjaga antara punca insiden berkenaan berlaku selain pengasuh tidak berperikemanusiaan yang mendera kanak-kanak di bawah asuhan mereka.
Itu yang menjadi kebimbangan kepada ibu bapa dalam menyerahkan tanggungjawab menjaga anak mereka kepada pihak pengasuh.
Memang berlaku kes pengasuh yang tidak mempunyai latar belakang dalam pendidikan awal kanak-kanak, tiada pengalaman menjaga anak kecil dan menghadapi masalah sehingga menyebabkan berlakunya kes-kes penganiayaan terhadap anak kecil.
Sebab itulah apabila kerajaan mahu mewajibkan semua pusat jagaan dan taska perlu memastikan pengoperasian mereka adalah secara sah dan berdaftar, ia satu langkah yang melegakan ramai ibu bapa.
Kegagalan mematahi syarat tersebut boleh menyebabkan mereka yang terlibat berdepan tindakan melalui penguatkuasaan tegas termasuk penutupan premis atau penyitaan serta-merta.
Langkah itu dibuat melalui Pasukan Petugas Khas Tindakan Penguatkuasaan Pemutihan ke atas Pusat Jagaan dan Taska Tidak Berdaftar di seluruh negara termasuk pengusaha taska di rumah.
Langkah itu pasti memudahkan penyeliaan pusat-pusat asuhan dan juga menyampaikan mesej berkaitan penjagaan bayi kepada semua pengasuh. Yang lebih penting, keselamatan dan kebajikan anak-anak kecil yang dihantar ke pusat asuhan sentiasa terjamin.
Muhammad Nizam Abdul Hamid ialah Pemangku Timbalan Pengarang Utusan Malaysia.
Taska berdaftar beri kelegaan kepada ibu bapa

Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved