Tarif: Bom jangka di poket kita

Tarif: Bom jangka di poket kita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Tarif, perkataan besar dalam dunia ekonomi yang sering kedengaran dalam cakap-cakap ekonomi dan politik. Biarpun waktu ini penangguhan ke atas beberapa negara dilakukan oleh AS, lambat laun pasti tempiasnya akan terasa. Biarpun ia dikatakan bertujuan melindungi ekonomi AS tetapi dalam banyak keadaan, pasti ada tempiasnya buat negara yang ada urus niaga dagangan dengan negara kuasa besar dunia ini. Banyak negara yang sedang menunggu dalam penuh debaran, apa lagi pusingan U yang akan keluar daripada mulut Donald Trump.

Dalam kerancakan isu yang menjadi kegusaran dunia ini, di Malaysia lain pula ceritanya apabila sebuah laporan menyebut ada syarikat di China mendedahkan yang orang ramai boleh membeli aneka produk berjenama dengan harga jauh lebih murah daripada produk ditawarkan jenama Eropah di China. Ia berlaku demikian kerana banyak produk jenama gah sebenarnya diperbuat daripada China, negara yang serba serbi ada. Kata orang sebutlah apa sahaja, mesti ada dibuat dan boleh dibeli dari negara berkenaan.

Rupa-rupanya rakyat kita tidak serik dan bimbang dengan isu tarif AS itu, sebaliknya gembira ria dengan khabar yang produk jenama besar boleh dibeli melalui hujung jari. Rupa-rupnya, selagi ada pilihan, ramai yang tidak kisah untuk terus berbelanja.

Di Malaysia, data Bank Negara menunjukkan isi rumah purata membelanjakan RM5,000 hingga RM7,000 sebulan untuk keperluan asas. Dan daripada jumlah itu, hampir 40 peratus dibelanjakan hanya untuk makanan dan barangan harian. Bayangkan apa yang berlaku bila kita dapat beli produk berjenama dengan harga yang jauh lebih murah tentu angka belanjanya akan mencanak naik.

Ramai pakar ekonomi menyatakan ketegangan perdagangan antara dua kuasa besar ekonomi AS dan China ini hanya memberi kesan jangka pendek kepada Malaysia sekali gus tidak meletakkan keadaan ekonomi negara berada dalam tahap kritikal.

Namun sebagai pengguna kita perlu cerdik dan berfikir serta mencari jalan. Bukan hanya dalam perbelanjaan, tapi dalam kefahaman tentang bagaimana dasar ekonomi memberi kesan langsung kepada hidup kita.

Masa inilah kiata perlu sokong produk tempatan dengan lebih agresif dengan membelinya untuk kebaikan ekonomi negara, bukan mencari jalan bagiamana memperoleh barangan berjenama dan gaya hidup import untuk terus tampil bergaya dalam keadaan ekonomi sekarang.

Tarif bukan soalnya, bila poket kosong dan pendapatan kian terjejas, apa lagi ikhtiar yang kita ada?. Tak kanlah nak harapkan kerajaan sahaja yang berfikir untuk kita?.

Nor Afzan Mohamad Yusof ialah Pengarang Berita, Utusan Malaysia

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya