DUDUK sebentar, diam sejenak, perhati sekeliling, fikirkan serius perkara ini iaitu: munasabahkah menentukan bangsa yang peratus jumlahnya lebih 60 peratus memiliki cuma 30peratus dalam ekuiti di negaranya sendiri?
Lihat, kenapa di Kedah dengan 100 peratus orang Melayu yang menanam padi tetapi dalam ekonomi pertanian padi, orang Melayu tidak boleh kuasai 100 peratus ekuiti sektor penanaman padi ini? Mengapa kilang padi perlu dimiliki oleh sang taukeh?
Jika jumlah orang Melayu di Malaysia 60 peratus, kenapakah orang Melayu tidak menjadikan matlamat untuk memiliki hak menguasai 60 peratus dalam bidang ekonomi pengguna?
Orang Melayu tidak perlukan 30 peratus ekuiti dalam sektor ekonomi seperti industri perjudian, kelab malam atau penternakan yang melanggar syariat. Tetapi adakah orang Melayu akan menerima 30 peratus ekuiti dalam semua peniagaan dan perusahaan tanpa mempunyai kuasa yang hanya ada pada pemilik ekuiti sejumlah 51 peratus atau lebih.
Fikirkan lagi rahsia umum ini – untuk penuhi hasrat libatkan orang Melayu bumiputera dalam pelbagai sektor ekonomi, justeru kerajaan menubuhkan pelbagai perbadanan dan agensi. Antaranya MARA, FELDA, FELCRA, FAMA, UDA, PERNAS serta lain-lain.
Tetapi malangnya hanya aspek memiliki 30 peratus ekuiti dalam sektor swasta sahaja yang menjadi tumpuan apabila urusan penyusunan masyarakat dibincangkan.
Hakikatnya tidak kira sama ada seseorang itu bangsa Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban atau lain-lain etnik, faktor yang menjamin maju atau mundurnya sesuatu kaum dan negara, isunya adalah rasuah. Bagi orang Melayu yang tercermin tampaknya dalam perkhidmatan dan perjawatan awam, jaminan kunci kemajuan adalah sejauh mana kita mengerti bahaya rasuah. Untuk maju, harus dibasmi perilaku ini.
Dalam menongkah cabaran Malaysia hari ini, perkhidmatan awam yang menjadi tonggak negara perlu memiliki sikap amanah, rajin, berani dan berdisiplin. Perhatikan Korea yang dibangunkan dengan Hwarangnya dan Jepun (dengan Bushidonya) menggerakkan sikap-sikap ini yang tumbuh meresap dan dipraktikkan dalam kalangan pemimpin atasan dan menengahnya yang berjaya.
Tak usahlah kita tunggu sehingga memiliki 30 peratus, jika ada 19% pun tidak membawa apa-apa erti jika kita hanya menjadi pengerusi, ahli lembaga pengarah atau CEO yang rasuah. Dan sangat bergantung pula kepada pihak lain untuk mengurus dan menjayakan syarikat yang sahamnya banyak dimiliki oleh Melayu. Tidak perlulah kita berbangga dengan jawatan tinggi melangit mengetuai jabatan dan bahagian penguat kuasa, jika rasuah menjadi penyeri diri.
Buka mata – akibat tipu cukai ‘lolos’ kargo di KLIA sahaja, kerajaan tanggung kerugian RM2 bilion. Itu yang kita tahu, yang tak tahu?
Jangan terkejut jika ada pelabur menyuarakan mereka tidak bimbang dengan apa jua dasar atau polisi yang dibuat oleh kerajaan yang ‘kelihatan’ akan menyekat momentum mereka demi memberi ruang melonjak-cepatkan kemajuan Melayu, asalkan kata mereka ‘kita itu rasuah orang’nya.
Hanya jauhari mengenal manikam. Ramai tahu ungkapkannya tetapi tak tahu maksudnya. Hanya mereka yang arif dan pakar mengetahui akan pekerjaan yang mereka lakukan dalam bidang masing-masing.
Hanya apabila kita dapat melihat dengan jelas betapa jauh tinggalnya dalam bidang ekonomi dan pendidikan berbanding dengan orang lain, barulah kita akan berusaha. Itupun jika betul-betul sedar. Dan sekali gus berusaha mengekalkan kuasa politik, menggunakan dengan bijaksana membuat dasar yang boleh membantu mengimbangkan kedudukan.
Kita tidak boleh salahkan orang lain sahaja jika kita rasuah. Orang-orang yang memberi rasuah, walau pun bersalah, sebenarnya tidak akan memberi rasuah kecuali untuk mudah mendapatkan sesuatu – yang mereka tidak akan peroleh tanpa memberi rasuah.
Zulkifli Jalil adalah Pengarang Eksekutif Utusan Malaysia
‘Tanya diri kita apa yang tidak kena’

Media Mulia TV
Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved