HARI ini berlangsungnya Majlis Pelantikan Panglima Angkatan Tentera Ke-24, Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman secara rasmi yang disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Serentak dengan pelantikan itu, Malek Razak bekas Panglima Medan Barat Tentera Darat tersebut turut dipakaikan pangkat Jeneral dan menerima penyerahan Tongkat Kuasa daripada menteri.
Pengumuman mengenai pelantikan beliau sebagai Panglima Angkatan Tentera Ke-24 dibuat oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada Sabtu lalu, sehari sebelum pelantikannya berkuat kuasa.
Pelantikan itu menyusul selepas episod gelap yang berlaku dalam institusi pertahanan tersebut sejak penghujung tahun lalu apabila kepemimpinan ATM didakwa terpalit dengan skandal rasuah.
Mereka yang terbabit dengan tuduhan itu ialah bekas Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Mohd. Nizam Jaffar; bekas Panglima Tentera Darat, Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan; bekas Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Datuk Mohd. Razali Alias dan Ketua Staf Markas Angkatan Bersama, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Fauzi Kamis.
Mengambil tanggungjawab ekoran dakwaan itu, kesemua mereka yang memegang tampuk penting meletakkan jawatan supaya ATM tidak diheret bersama dalam siasatan yang dijalankan dan bagi membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat menyiasat dakwaan itu dengan telus.
Kesemua mereka juga telah memberi keterangan kepada SPRM, didakwa di mahkamah dan mengaku tidak bersalah dan kini menunggu tarikh perbicaraan.
Direman dan didakwa di mahkamah belum tentu bersalah dan perbicaraan nanti akan menentukan nasib mereka.
Apapun yang berlaku dalam ATM ketika ini, tugas besar menanti Malek Razak kerana beliau perlu meneruskan juga pelbagai agenda pertahanan negara ketika pelbagai konflik melanda dunia dan keadaan tidak menentu di rantau ini.
ATM bukan sahaja perlu mempersiapkan anggotanya untuk menghadapi cabaran itu tetapi juga mesti bersedia dengan aset-aset bagi menyokong peningkatan keselamatan dan pertahanan negara.
Dengan sistem perolehan dilihat semula ekoran skandal yang berlaku, sudah pasti akan berlaku gangguan dalam mendapatkan aset-aset seperti yang telah dirancang.
Yang penting juga, ATM perlu mengembalikan semula kepercayaan rakyat terhadapnya. Malah sudah ada suara yang mempertikaikan kemampuan ATM dalam mempertahankan negara jika penerajunya boleh dijual beli oleh pihak berkepentingan.
Ia bukan tugas mudah bagi Malek Razak tetapi tetap perlu dilaksanakan. Kini semua mata rakyat negara ini sedang memerhati tindakan beliau dalam menerajui pasukan keselamatan itu.
Selama ini ATM dihormati oleh rakyat kerana disiplin tinggi dan semangat anggotanya dalam mempertahankan kedaulatan negara. Sudah tentu skandal yang berlaku sedikit sebanyak menghakis kepercayaan itu.
ATM tidak boleh lagi dilanda skandal rasuah kerana ia hanya akan melumpuhkan pasukan itu. Cukuplah apa yang berlaku terhadap empat jeneral terlibat sebelum ini.
Muhammad Nizam Abdul Hamid ialah Pemangku Timbalan Pengarang Utusan Malaysia – UTUSAN
Tanggungjawab besar Jeneral Malek Razak

Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved