Tak perlu tunggu pejabat agama nak bendung maksiat
Oleh Adlinahani Binti Khalil
7 Februari 2024, 7:55 am
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Berdua-duaan lelaki dan perempuan di khalayak ramai pun khalwat ke?
Bolehkah polis ambil tindakan terhadap pasangan yang melakukan kerja tidak sopan itu?
Ada berpandangan itu bukan kerja polis, sebaliknya penguat kuasa agama. Kata mereka, polis mana boleh bertindak sedemikian, bukan bidang kuasa badan beruniform itu.
Itu yang menjadi perdebatan dalam kalangan netizen apabila tular dalam media sosial mengenai satu video yang memperlihatkan dua anggota ‘polis’ menghampiri sepasang kekasih di sebuah kawasan rekreasi penuh orang ramai.
Mungkin ada perbuatan atau perkara tidak sopan atau mencolok mata dilakukan kedua-duanya sehingga penguat kuasa datang menegur mereka.
Sebenarnya tidak dapat dipastikan sama ada yang datang itu anggota polis atau dari pejabat agama kerana tidak nampak dengan jelas logo dan tulisan pada vest mereka berikutan keadaan gelap, lagipun dirakam dari jauh.
Bagi saya, tidak kisahlah siapa penguat kuasa tersebut. asalkan ada perlakuan tidak sopan berlaku di depan mata, mereka ada hak untuk bertindak berdasarkan undang-undang sedia ada.
Berkelakuan sumbang di tempat awam sampai menggangu keselesaan orang merupakan satu kesalahan.
Seksyen 509 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan mengaibkan kehormatan seseorang termasuk mengucapkan perkataan, bunyi atau isyarat dan menceroboh ketenteraman peribadi seseorang atau mempamerkan objek yang boleh menjatuhkan kehormatan.
Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 pula membawa hukuman denda tidak melebihi RM100 jika sabit kesalahan berkelakuan kurang sopan di khalayak ramai.
Bagi kesalahan di bawah jenayah syariah, ia berbeza-beza mengikut negeri. Wilayah Persekutuan misalnya meletakkannya dalam Seksyen 27; Sabah dalam Seksyen 84 manakala Selagor dalam Seksyen 29.
Hukuman pula berbentuk takzir (memberi pengajaran) dan pesalah boleh dikenakan denda dan tempoh hukuman penjara berbeza-beza. Ada negeri menetapkan denda tidak lebih RM2,000 sehingga RM3,000, penjara tidak melebihi satu tahun atau dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Jelas di sini, tidak kiralah anggota polis, pejabat agama atau pihak berkuasa tempatan (PBT), bukan jadi isu nak ambil tindakan sedemikian asalkan ikut undang-undang sedia ada.
Ini bukan soal bidang kuasa siapa, tapi tanggungjawab bersama untuk mencegah maksiat dan kemungkaran.
Kita sebagai masyarakat umum pun gunalah common sense (akal). Sudah nampak perkara tidak eleok atau tidak senonoh di depan mata, menjadi tanggungjawab semua untuk menegur dan mencegah perbuatan sedemikian.
Kalau dibiarkan, samalah macam kita pun bersubahat kerana membiarkan perkara tidak elok dan tidak sopan berlaku di khalayak ramai.
Jadi sebagai masyarakat, kita pun ada peranan. Kita pun ada tanggung jawab untuk mencegah perkara-perkara sebegini.
Takkan masih nak kena tunggu penguat kuasa datang ambil tindakan?
Zabry Mohamad Madzlan ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia.
Laman web ini akan menyimpan dan menggunakan data cookies anda bagi meningkatkan pengalaman sepanjang berada di laman web kami. SETUJU
Privacy & Cookies Policy
Privacy Overview
This website uses cookies to improve your experience while you navigate through the website. Out of these cookies, the cookies that are categorized as necessary are stored on your browser as they are essential for the working of basic functionalities of the website. We also use third-party cookies that help us analyze and understand how you use this website. These cookies will be stored in your browser only with your consent. You also have the option to opt-out of these cookies. But opting out of some of these cookies may have an effect on your browsing experience.
Necessary cookies are absolutely essential for the website to function properly. This category only includes cookies that ensures basic functionalities and security features of the website. These cookies do not store any personal information.
Any cookies that may not be particularly necessary for the website to function and is used specifically to collect user personal data via analytics, ads, other embedded contents are termed as non-necessary cookies. It is mandatory to procure user consent prior to running these cookies on your website.
Tak perlu tunggu pejabat agama nak bendung maksiat
Berdua-duaan lelaki dan perempuan di khalayak ramai pun khalwat ke?
Bolehkah polis ambil tindakan terhadap pasangan yang melakukan kerja tidak sopan itu?
Ada berpandangan itu bukan kerja polis, sebaliknya penguat kuasa agama. Kata mereka, polis mana boleh bertindak sedemikian, bukan bidang kuasa badan beruniform itu.
Itu yang menjadi perdebatan dalam kalangan netizen apabila tular dalam media sosial mengenai satu video yang memperlihatkan dua anggota ‘polis’ menghampiri sepasang kekasih di sebuah kawasan rekreasi penuh orang ramai.
Mungkin ada perbuatan atau perkara tidak sopan atau mencolok mata dilakukan kedua-duanya sehingga penguat kuasa datang menegur mereka.
Sebenarnya tidak dapat dipastikan sama ada yang datang itu anggota polis atau dari pejabat agama kerana tidak nampak dengan jelas logo dan tulisan pada vest mereka berikutan keadaan gelap, lagipun dirakam dari jauh.
Bagi saya, tidak kisahlah siapa penguat kuasa tersebut. asalkan ada perlakuan tidak sopan berlaku di depan mata, mereka ada hak untuk bertindak berdasarkan undang-undang sedia ada.
Berkelakuan sumbang di tempat awam sampai menggangu keselesaan orang merupakan satu kesalahan.
Seksyen 509 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan mengaibkan kehormatan seseorang termasuk mengucapkan perkataan, bunyi atau isyarat dan menceroboh ketenteraman peribadi seseorang atau mempamerkan objek yang boleh menjatuhkan kehormatan.
Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 pula membawa hukuman denda tidak melebihi RM100 jika sabit kesalahan berkelakuan kurang sopan di khalayak ramai.
Bagi kesalahan di bawah jenayah syariah, ia berbeza-beza mengikut negeri. Wilayah Persekutuan misalnya meletakkannya dalam Seksyen 27; Sabah dalam Seksyen 84 manakala Selagor dalam Seksyen 29.
Hukuman pula berbentuk takzir (memberi pengajaran) dan pesalah boleh dikenakan denda dan tempoh hukuman penjara berbeza-beza. Ada negeri menetapkan denda tidak lebih RM2,000 sehingga RM3,000, penjara tidak melebihi satu tahun atau dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Jelas di sini, tidak kiralah anggota polis, pejabat agama atau pihak berkuasa tempatan (PBT), bukan jadi isu nak ambil tindakan sedemikian asalkan ikut undang-undang sedia ada.
Ini bukan soal bidang kuasa siapa, tapi tanggungjawab bersama untuk mencegah maksiat dan kemungkaran.
Kita sebagai masyarakat umum pun gunalah common sense (akal). Sudah nampak perkara tidak eleok atau tidak senonoh di depan mata, menjadi tanggungjawab semua untuk menegur dan mencegah perbuatan sedemikian.
Kalau dibiarkan, samalah macam kita pun bersubahat kerana membiarkan perkara tidak elok dan tidak sopan berlaku di khalayak ramai.
Jadi sebagai masyarakat, kita pun ada peranan. Kita pun ada tanggung jawab untuk mencegah perkara-perkara sebegini.
Takkan masih nak kena tunggu penguat kuasa datang ambil tindakan?
Zabry Mohamad Madzlan ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia.
Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved