TERKINI
Tiada pemilihan Presiden, Timbalan Presiden kehendak ahli Pas – Mohd. AmarLelaki patah kaki jatuh gaung ketika cari cempedakGara-gara cemburu, jururawat maut ditikam suamiCheras masih di tahap IPU tidak sihatSkuasy kotakan janji raih emas ketiga Malaysia di Sukan AsiaDua lepasan sekolah jalanan Chow Kit masuk UKMJohor salur RM78 juta usaha atasi banjir -Exco negeriJKKN angkat identiti negeri-negeri sempena TMM 2026Pembaikan Lebuhraya Pasir Gudang siap sepenuhnya Oktober iniSiasatan banjir Libya: Empat lagi pegawai ditahan
Menu
Tahniah Anwar, rakyat tunggu sentuhan PM Ke-10
Tahniah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sudah tentu kepada PKR selepas lebih 20 tahun perjuangan, akhirnya parti tersebut mampu merealisasikan pemimpin partinya sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10.
Dilihat senario, sangat berliku untuk pengasas PKR itu mencapai jawatan nombor satu negara sehingga beliau kerap disinis sekadar PM tepi.
Bermula dengan sebuah parti kecil ditubuhkan pada 1999, dipenjara, dibebaskan, dipenjara semula sehingga mendapat pengampunan terlalu banyak onak dan duri dihadapi ketua kerajaan perpaduan itu.
Dan sudah tentu kejayaan Anwar bukan kerja individu sebaliknya menggemblengkan usaha-usaha orang partinya sehingga kepada gabungan Pakatan Harapan (PH) yang tidak pernah patah hati meraih kepercayaan rakyat.
PKR khususnya dan PH umumnya membuktikan mereka bermula dari bawah, bertatih dan kini berlari sehingga mempu menyaingi parti-parti senior seperti UMNO dan Pas.
Bukti pemilihan Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10 untuk menyelesai kemelut politik mungkin tepat apabila pasaran saham tempatan, FBM KLCI melonjak 14.83 mata pada pukul 2.30 petang sebaik pegumuman dibuat. Malah ringgit turut mengukuh.
Oleh itu, sebaik sahaja mengangkat sumpah pada pukul 5 petang semalam, rakyat kini menunggu siapa bakal mewakili barisan Kabinet Anwar.
Barisan Kabinet baharu ini sudah tentu menjadi fokus kerana kerajaan perpaduan didirikan atas sokongan beberapa parti dan gabungan lain antaranya BN, GPS dan GRS yang sebelum ini lawan kepada PH.
Bagaimanapun, tidak kira siapa yang terpilih menyertai Kabinet, paling penting ia perlu benar-benar mengambil kira dan kebolehan setiap individu menjadi ‘doktor’ menyembuhkan kesengsaraan rakyat yang sedang mengharungi ekonomi tidak menentu dan inflasi semakin membesar.
Barisan Kabinet tidak boleh lagi mengambil kira dan memberi kepuasan kepada orang politik membina kerjaya atau memanjangkan hayat politik mereka.
Tunjang kepada Kabinet baharu semestinya yang boleh buat kerja untuk rakyat. Selepas mengharungi lima hari getir Parlimen tergantung sebelum diangkat sebagai Perdana
Menteri sewajarnya memberi keinsafan kepada PH untuk menghargai bukan sahaja pilihan rakyat tetapi lebih besar menunaikan harapan Yang di-Pertuan Agong.
Justeru, rakyat kini menunggu sentuhan Kabinet diketuai Pengerusi PH. Anwar ketika kempen PRU15 menguar-uarkan untuk mengecilkan saiz Jemaah Menteri yang sebelum ini 70 orang, terbesar berbanding negara-negara lain.
Selain itu, PH memberi 10 tawaran iaitu menangani kos sara hidup, perangi rasuah, perkasa peluang ekonomi belia, selamatkan generasi tercicir, bina ketahanan bencana, tangani isu doktor kontrak dan selesaikan masalah ketidaksamaan gender.
Tiga lagi, perkasa Wilayah Sabah dan Sarawak, tingkatkan daya saing setiap rakyat dan yang akhir pelihara khazanah alam.
Semoga tawaran bermatlamat menjamin kesejahteraan rakyat menjadi kenyataan dalam era kerajaan perpaduan.
Teon Eg ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia
Jangan hanya gah berkempen tapi buat kerja tak reti
Ada apa pada serangkap pantun?
Saya mahu gandingan wakil rakyat yang senang bekerja – Young Syefura
Masihkah kita berdebat isu Bahasa Melayu 10, 20 tahun lagi?
Keliru mana satu ‘hadiah’, mana satu rasuah