TERKINI
Kerajaan Perpaduan bentuk Jawatankuasa Pilihan Raya hadapi PRNLiga Malaysia: Negeri Sembilan hanya ambil tiga pemain importLapan kereta kena pecah, barang berharga lesap dilarikanRapat dengan Ubai, Shila Amzah mengaku sedang bahagiaTERKINI: Turkiye umum tempoh darurat 3 bulanKemelut Raihan, Nazrey Johani bakal terungkai dalam konsertRinani ambil alih KL City FCIsteri, ibu komplot culik kekasih suamiTiga penuntut IPTS ditahan disyaki edar dadahHassan Marican ketuai badan penasihat khas Menteri Kewangan
Menu
Subsidi bersasar keadilan untuk semua
Kurang dua minggu dari hari ini adalah masa yang sangat kritikal bagi rakyat negara ini. Dalam tempoh itu, jawatan kuasa yang dibentuk kerajaan bagi mengkaji dan melihat implikasi pelaksanaan subsidi bersasar akan mengemukakan dapatan serta cadangan mereka.
Cadangan itu bakal menentukan setiap seorang rakyat negara ini berhak mendapat jumlah tertentu subsidi yang akhirnya akan menentukan sara hidup mereka berkurangan atau semakin bertambah.
Kalau berkurangan atau sama seperti sebelum ini sudah tentu ia melegakan tetapi jika subsidi yang dinikmati selama ini ditarik balik, sudah pasti ada yang mengeluh.
Idea subsidi bersasar itu disambut baik oleh semua pihak ekoran subsidi kerajaan amat tinggi pada setiap tahun misalnya tahun ini sahaja jumlahnya diunjurkan sebanyak RM77.3 bilion.
Rakyat mahu kalau boleh setiap perbelanjaan kerajaan mesti dilakukan mengikut justifikasi sewajarnya dan memberi keadilan kepada semua.
Secara kasarnya subsidi bersasar itu dilihat boleh dilaksanakan dengan mengikut kategori rakyat negara ini yang terbahagi kepada kumpulan isi rumah B40 iaitu mereka yang berpendapatan bawah RM2,500,
M40 untuk isi rumah berpendapatan antara RM4,850 hingga RM10,959 dan kumpulan T20 yang pendapatan isu rumah melebihi RM10,961.
Mengikut Jabatan Perangkaan yang mempunyai perincian lebih mendalam terhadap pengkelasan itu yang dipecahkan pula kepada beberapa kategori, ia akan membolehkan perancangan, pemantauan dan program yang lebih bersasar dapat dilaksanakan oleh kerajaan untuk rakyat.
Sebenarnya cadangan subsidi bersasar sudah ditimbulkan lama sebelum ini terutamanya apabila harga minyak melambung, kos import makanan meningkat dan penurunan nilai matawang negara.
Namun sehingga kini ia tidak dilaksanakan sepenuhnya kerana menarik subsidi bukan tindakan populis dan ramai juga yang akan terjejas. Lagi pula subsidi melibatkan keperluan harian seperti petrol, diesel, gas petroleum cecair (LPG), minyak masak, tepung dan elektrik.
Kesemuanya itu pula mempunyai kesan rantaian misalnya harga petrol dan minyak masak tanpa subsidi sudah pasti akan menyebabkan kenaikan harga barang.
Apapun rakyat berharap yang terbaik daripada kerajaan dalam isu itu kerana ramai yang berasa hidup mereka terbeban kerana semua benda melibatkan wang dan setiap orang cabaran hidupnya pula berbeza.
Sama ada dalam kategori B40, M40 atau T20, masalah mereka tetap sama iaitu terpaksa bergelut dengan kos sara hidup tinggi.
Nizam Abdul Hamid ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia
Ayam: Kerajaan kena campur tangan, elak monopoli kartel
Pecat, gantung perkara biasa dalam politik
‘Kepincangan’ bahasa Melayu di SJKC bukan palsu
Capgome punya maksud tersirat
Wajibkan ujian poligraf, tapis perasuah dari awal