KERUGIAN terkumpul sebanyak RM157.8 juta yang dialami oleh sayap pelaburan Universiti Teknologi Mara (UiTM) iaitu UiTM Holdings Sdn. Bhd. dalam tempoh 10 tahun berturut-turut amat mendukacitakan.
Syarikat yang sepatutnya menjana pendapatan kepada universiti itu turut mengalami kerugiaan terkumpul berjumlah RM157.94 juta dalam tempoh empat tahun berturut-turut sejak 2017.
Difahamkan, kerugian itu melibatkan pelaburan dalam pelbagai perniagaan termasuk projek menerbitkan filem sehingga hangus puluhan juta ringgit, selain resort penginapannya, Intekma Resort & Convention Centre di Seksyen 7 di sini yang tidak memberikan hasil sehingga dihentikan operasi.
Namun sehingga 2021, UiTM Holdings menanggung hutang sebanyak RM293 juta iaitu pada kadar 64 peratus berbanding jumlah aset RM456 juta, sementara liabiliti semasanya berjumlah RM74.92 juta.
Laporan tersebut merekodkan, UiTM Holdings menerima modal saham terkumpul sebanyak RM502.7 juta dari 2011 hingga 2021, bagaimanapun syarikat tersebut dilihat hanya membayar dividen kepada pemegang saham empat kali dalam tempoh tersebut yang semuanya berjumlah RM6.1 juta.
Pendedahan Utusan Malaysia ini amat menyedihkan kerana UiTM dan apa juga syarikat yang berkaitan dengannya amat dekat di hati orang Melayu. Kita sayangkan UiTM. Universiti ini telah melahirkan jutaan siswazah yang berjaya dalam bidang masing-masing selain menghasilkan tokoh-tokoh profesional dan teknokrat Melayu.
Memanglah melabur itu ada risikonya, lebih-lebih lagi apabila universiti diminta mencari 30 peratus dana sendiri. Namun berdasarkan laporan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), anak syarikat UiTM yang ditubuhkan pada 2007 pernah mencatat keuntungan keseluruhan sebanyak RM26 juta pada tahun 2011, 2014, 2015 dan 2016.
Dalam perniagaan, salah tadbir urus atau ketidakcekapan dalam pengurusan boleh berlaku. Untuk itu, penstrukturan semula UiTM Holdings perlu dibuat segera. Ini supaya syarikat tersebut dapat menjana keuntungan semula. Seterusnya kebajikan mahasiswa dan pekerjanya tidak terabai.
Tindakan menggantikan pengurusan lama seperti yang dilakukan oleh UiTM Holdings sejak Disember 2021 adalah tepat. Ia diharap menekankan tadbir urus korporat yang baik, memastikan perniagaan dijalankan benar-benar berpotensi dan berdaya tahan.
UiTM ada banyak kepakaran yang boleh digembleng untuk menjana pendapatan UiTM Holdings. Antaranya dengan menceburi sektor perniagaan seperti solar, penjagaan kesihatan, teknologi dan kreatif.
Kata sumber UiTM Holdings, pihaknya mempunyai dua ladang solar di Pasir Gudang, Johor dan Gambang, Pahang serta melaksanakan projek rooftop solar di tujuh kampus UiTM.
Dalam bidang teknologi pula, mereka terlibat dalam perniagaan telco, pengurusan wifi dan sistem pengurusan akademik seperti smart classroom yang mana klien terdiri daripada korporat dan universiti awam.
Semoga UiTM Holdings kembali mencatat keuntungan dan memberi pulangan sewajarnya untuk memajukan lagi UiTM.
Mohd. Radzi Mohd. Zin ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia
Struktur semula UiTM Holdings

Media Mulia TV
Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved