SPM: Tahniah yang berjaya, yang gagal teruskan usaha
Oleh Mohammad Radzi Mohd Zin
17 Jun 2022, 8:20 am
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Semalam, berakhir sudah penantian penuh debaran 382,156 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021. Tahniah dan syabas kepada yang berjaya.
Pencapaian keseluruhan SPM 2021 disifatkan baik dengan seramai 9,696 calon mendapat semua A dalam setiap mata pelajaran dengan nilai GPN dicatatkan pada kadar 4.86.
Daripada jumlah tersebut, seramai 336,630 calon meliputi 88.09 peratus pula layak menerima sijil SPM 2021. Mereka memperoleh sekurang-kurangnya lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah seperti syarat pensijilan SPM yang ditetapkan mulai tahun 2013.
Yang paling gembira selain para calon adalah ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan dan menjadi tulang belakang anak-anak.
Tidak dilupakan, jasa para guru yang membimbing anak-anak di sekolah.
Kepada yang kurang berjaya, jangan putus asa. Gagal dalam SPM bukan bermakna masa depan gelap. Sebaliknya, anda perlu susun langkah dan strategi.
Dengan keputusan yang ada, inilah masa yang sesuai untuk memilih bidang yang akan diceburi dan seterusnya mencipta kejayaan.
Jika rasa kurang menyerlah dalam bidang akademik, elok pilih bidang teknikal dan vokasional. Lagipun di negara kita, banyak institusi yang menawarkan Program Pendidikan Dan Latihan Teknikal & Vokasional (TVET).
Antaranya Institut Latihan Kemahiran Belia Dan Sukan, Akademi Laut Malaysia dan Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia.
Memanglah kejayaan dalam SPM bakal membeli laluan ke institusi pengajian tinggi. Namun, tidak bermakna mereka yang kurang cemerlang tidak boleh berjaya dan jadi kaya.
Ambil iktibar kisah jutawan Microsot di Amerika Syarikat, Bill Gates yang gagal menamatkan pengajian undang-undang di Universiti Harvard. Semuanya kerana kecintaan beliau terhadap bidang perisian komputer. Kini, terbukti beliau bukan sahaja terkenal tetapi juga jadi kaya.
Di Malaysia, antara kisah yang boleh menjadi pemangkin adalah bekas Naib Canselor UiTM, Tan Sri Dr. Sahol Hamid Abu Bakar. Beliau membesar dalam kemiskinan di Pulau Pinang. Pernah terlibat dalam kumpulan samseng di Chowrasta.
Namun, berkat kegigihan dan nasihat bapa saudaranya yang juga salah seorang gangster terkenal, Sahol Hamid meninggalkan sisi gelap itu. Seterusnya menyambung pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Akhirnya, beliau bersara dengan memegang jawatan tertinggi sebagai Naib Canselor.
Kepada golongan remaja, yang lebih penting adalah berusaha untuk menguasai pelbagai ilmu. Jika minat jadi petani, carilah ilmu mengenainya dan berusahalah hingga jadi petani bertaraf usahawan yang berjaya walaupun tanpa kelulusan SPM yang cemerlang.
Yang penting cari ilmu kerana dengan ilmu Allah mengangkat darjat seseorang. (rujuk ayat 11 surah al-Mujadalah). Kejayaan orang Mukmin pula diukur dengan makin berjaya dia di dunia makin bertakwa dia kepada Allah.
Mohd. Radzi Mohd. Zin ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia
Laman web ini akan menyimpan dan menggunakan data cookies anda bagi meningkatkan pengalaman sepanjang berada di laman web kami. SETUJU
Privacy & Cookies Policy
Privacy Overview
This website uses cookies to improve your experience while you navigate through the website. Out of these cookies, the cookies that are categorized as necessary are stored on your browser as they are essential for the working of basic functionalities of the website. We also use third-party cookies that help us analyze and understand how you use this website. These cookies will be stored in your browser only with your consent. You also have the option to opt-out of these cookies. But opting out of some of these cookies may have an effect on your browsing experience.
Necessary cookies are absolutely essential for the website to function properly. This category only includes cookies that ensures basic functionalities and security features of the website. These cookies do not store any personal information.
Any cookies that may not be particularly necessary for the website to function and is used specifically to collect user personal data via analytics, ads, other embedded contents are termed as non-necessary cookies. It is mandatory to procure user consent prior to running these cookies on your website.
SPM: Tahniah yang berjaya, yang gagal teruskan usaha
Semalam, berakhir sudah penantian penuh debaran 382,156 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021. Tahniah dan syabas kepada yang berjaya.
Pencapaian keseluruhan SPM 2021 disifatkan baik dengan seramai 9,696 calon mendapat semua A dalam setiap mata pelajaran dengan nilai GPN dicatatkan pada kadar 4.86.
Daripada jumlah tersebut, seramai 336,630 calon meliputi 88.09 peratus pula layak menerima sijil SPM 2021. Mereka memperoleh sekurang-kurangnya lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah seperti syarat pensijilan SPM yang ditetapkan mulai tahun 2013.
Yang paling gembira selain para calon adalah ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan dan menjadi tulang belakang anak-anak.
Tidak dilupakan, jasa para guru yang membimbing anak-anak di sekolah.
Kepada yang kurang berjaya, jangan putus asa. Gagal dalam SPM bukan bermakna masa depan gelap. Sebaliknya, anda perlu susun langkah dan strategi.
Dengan keputusan yang ada, inilah masa yang sesuai untuk memilih bidang yang akan diceburi dan seterusnya mencipta kejayaan.
Jika rasa kurang menyerlah dalam bidang akademik, elok pilih bidang teknikal dan vokasional. Lagipun di negara kita, banyak institusi yang menawarkan Program Pendidikan Dan Latihan Teknikal & Vokasional (TVET).
Antaranya Institut Latihan Kemahiran Belia Dan Sukan, Akademi Laut Malaysia dan Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia.
Memanglah kejayaan dalam SPM bakal membeli laluan ke institusi pengajian tinggi. Namun, tidak bermakna mereka yang kurang cemerlang tidak boleh berjaya dan jadi kaya.
Ambil iktibar kisah jutawan Microsot di Amerika Syarikat, Bill Gates yang gagal menamatkan pengajian undang-undang di Universiti Harvard. Semuanya kerana kecintaan beliau terhadap bidang perisian komputer. Kini, terbukti beliau bukan sahaja terkenal tetapi juga jadi kaya.
Di Malaysia, antara kisah yang boleh menjadi pemangkin adalah bekas Naib Canselor UiTM, Tan Sri Dr. Sahol Hamid Abu Bakar. Beliau membesar dalam kemiskinan di Pulau Pinang. Pernah terlibat dalam kumpulan samseng di Chowrasta.
Namun, berkat kegigihan dan nasihat bapa saudaranya yang juga salah seorang gangster terkenal, Sahol Hamid meninggalkan sisi gelap itu. Seterusnya menyambung pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Akhirnya, beliau bersara dengan memegang jawatan tertinggi sebagai Naib Canselor.
Kepada golongan remaja, yang lebih penting adalah berusaha untuk menguasai pelbagai ilmu. Jika minat jadi petani, carilah ilmu mengenainya dan berusahalah hingga jadi petani bertaraf usahawan yang berjaya walaupun tanpa kelulusan SPM yang cemerlang.
Yang penting cari ilmu kerana dengan ilmu Allah mengangkat darjat seseorang. (rujuk ayat 11 surah al-Mujadalah). Kejayaan orang Mukmin pula diukur dengan makin berjaya dia di dunia makin bertakwa dia kepada Allah.
Mohd. Radzi Mohd. Zin ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia
Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved