KECERDASAN Buatan (AI) semakin menjadi kebiasaan dalam kehidupan rakyat di negara-negara maju di Amerika Syarikat (AS), Eropah, China manakala yang terdekat dengan Malaysia ialah Singapura.
Kerana pentingnya AI negara kota singa itu sudah memasukkan silibus AI kepada rakyatnya di peringkat sekolah tadika.
Berbanding dengan Malaysia buat masa ini masih di peringkat merancang silibus untuk dilaksanakan pada tahun 2027.
Kenapa terlalu lewat walaupun selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan Malaysia perlu mengerakkan ekosistem AI sepantas mungkin manakala Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek pada sambutan Hari Guru semalam merancang untuk mendigitalkan guru dan memperkasakan AI. Menerusi gerakan dan pengumuman kerajaan, AI diakui penting.
Keperluan AI bukan sahaja bagi memenuhi keperluan pelaburan sebaliknya lebih penting untuk menganjak rakyat lebih celik teknologi yang sedang dimanfaatkan di seluruh dunia. Pelabur Malaysia yang rata-ratanya syarikat dari negara-negara maju sudah tentu mengharapkan prasarana negara ini seiring dengan teknologi bagi membangunkan bisnes mereka agar lebih pantas, jimat dan berkualiti.
Justeru, ada pakar akademik memberi amaran kelewatan melaksanakan silibus AI di sekolah sangat bahaya kerana negara akan terus ketinggalan.
Bukan sahaja untuk memenuhi keperluan syarikat pelabur tetapi lebih parah generasi baharu negara akan terkebil-kebil kerana tidak memahami, menguasai apa lagi mengejar perkembangan teknologi seperti negara-negara lain.
Lihat sahaja bagaimana Vietnam, Filipina dan Indonesia yang sebelum ini di belakang Malaysia semakin pantas membangunkan negara masing-masing.
Sedangkan Malaysia dilihat hanya bercakap mengenai AI tetapi gerak kerja ke arah itu tidak pantas. Mengenali AI, teknologi itu berkembang setiap saat. China dan AS berterusan membuat pelaburan besar untuk meningkat keupayaaa AI.
Sebut sahaja bidang apa dari restoran, perubatan, pertanian dan pembankan, AI sedang membantu negara-negara berkenaan beroperasi lebih pantas, menjimatkan masa, menukar sumber manusia dan lebih mengujakan apabila hasil kerjanya lebih berkualiti lagi jitu berbanding dihasilkan manual oleh manusia.
Pernah muncul pertimbangan mungkin suatu hari kelak AI bakal menjadi hakim yang akan mengikuti perbicaraan sehingga menjatuhkan hukuman. Dalam bidang perubatan bantuan AI untuk mengesan pelbagai jenis penyakit mahupun pembedahan sedang berlaku.
Malah Premier Sarawak baru-baru ini sangat mengharapkan sistem perubatan negara akan diterapkan dengan teknologi AI. Tan Sri Abang Johari Tun Openg yakin menerusi AI lebih banyak penyakit mampu dirawat.
Seperti Singapura, hospital di republik itu menggunakan khidmat AI untuk menyaring dan memilih pesakit yang perlu didahulukan untuk diberi rawatan.
Melihat betapa hebatnya peranan AI maka silibus teknologi itu perlu dilaksanakan segera bukannya menunggu sehingga 2027. Tanpa AI, Malaysia dikhuatiri dijauhi pelabur manakala penduduknya pula dikelaskan sebagai ‘mundur’ kerana tidak sepadan dengan penduduk dunia lain yang dilingkari AI.
Jadi, ayuh Malaysia termasuk ibu bapa tolong buka minda dan bebaskan emosi bagi memberi laluan kepada perkembangan AI dan bukan lagi terlalu fokus di WhatsApp hanya untuk berdiskusi mengenai gelagat anak-anak di sekolah seperti isu berebut pensil, tarik rambut dan siapa budak itu atau kenapa budak itu ambil buku anak saya. Sekarang bukan zaman melayan perkara-perkara yang tidak memberi pulangan.
Silibus AI kenapa tunggu tiga tahun lagi?

Teon Eg ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia
Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved