BENARKAH Melayu akan hilang dari bumi Malaysia dalam masa 10 tahun lagi? Pahlawan Melayu zaman kesultanan Melaka, Laksamana Hang Tuah pula dikhabarkan pernah berkata Melayu tidak akan hilang di dunia.
Kalau kita lihat kepada sejarah terutama daripada pelbagai perjanjian yang dilakukan dengan barat, iaitu dari perjanjian Inggeris Belanda 1824, kepada Perjanjian Pangkor 1879 dan kemudiannya Perjanjian Bangkok 1909, semua tidak dapat melenyapkan umat Melayu dari Nusantara.
Cuma perjanjian itu telah memecah-belahkan umat dan bumi Melayu kepada pelbagai negara dan pemerintahan.
Pada tahun 1824, Inggeris dan Belanda mengagihkan wilayah dan kepulauan di Nusantara kepada dua dengan Selat Melaka adalah pembaginya. Ini telah memisahkan Kepulauan Riau dari Johor kerana ia diletakkan di bawah penguasaan Belanda dan kini adalah sebahagian daripada kedaulatan Indonesia.
Perjanjian Pangkor pula menjadi titik tolak kepada penjajahan Inggeris di Tanah Melayu. Pembentukan Negeri-Negeri Selat memisahkan Pulau Pinang, Melaka dan Singapura dari negeri-negeri Melayu yang lain.
Walaupun Singapura turut bersama dalam pembentukan Persekutuan Tanah Melayu dan Malaysia selepas itu, tetapi akhirnya ia membentuk kedaulatannya sendiri.
Perjanjian Bangkok meletakkan negeri-negeri di utara Tanah Melayu iaitu Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu di bawah penguasaan Inggeris. Bagaimanapun ia telah memisahkan beberapa wilayah Melayu lain seperti Satun, Narathiwat, Songkhla, Narathiwat dan Pattani yang majoriti penduduknya adalah Melayu beragama Islam kekal di bawah Siam.
Semua peristiwa ini tidak melenyapkan Melayu dari Nusantara. Ia hanya memecah-belahkan dunia Melayu Islam kepada pelbagai wilayah yang berbeza. Ada yang memaksa orang Melayu berasimilasi dengan ciri negara yang menaungi mereka, namun identiti Melayu terutama Islam masih kekal.
Puncanya adalah kerakusan kuasa dalam kalangan pemimpin Melayu. Kerana lahapkan kuasa, mereka bersekongkol dengan penjajah untuk menjatuhkan pemimpin sedia ada hingga menggadaikan tanah air.
Melayu tidak akan hilang kecuali ia ‘dijual’ atau ‘digadai’ oleh pemimpinnya. ‘Dijual’ dan ‘digadai’ oleh pemimpin yang mahu berkuasa atau untuk mendapatkan semula kuasa dengan apa cara sekali pun.
Sedangkan negara kita ada proses demokrasi setiap lima tahun untuk memilih pemimpin dan kerajaan. Melayu dan negara tidak akan tergadai selagi proses ini dihormati.
Sebelum merdeka ia digadaikan oleh pemimpin kepada penjajah dan selepas merdeka pula ‘gadaiannya’ dilakukan dengan memecah-mecahkan kawasan pilihan raya.
Persempadanan semula kawasan pilihan raya pada tahun 2003 telah ‘menggadai’ kuasa pengundi Melayu kerana ia menyebabkan mereka hilang kuasa penentu kemenangan. Dan ia tidak mampu ditebus hingga kini.
Memetik tulisan Dr. Kamarul Zaman Yusoff, persempadanan semula itu mewujudkan banyak kawasan pengundi campuran, yang menyebabkan pengundi bukan Melayu menjadi penentu kemenangan dalam pilihan raya umum sehingga sekarang.
Oleh itu apabila dikatakan Melayu akan hilang, ia mesti bersebab. Salah satunya adalah pemimpin yang khianat kerana tamakkan kuasa.
Aznan Bakar adalah Pengarang Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia
Laman web ini akan menyimpan dan menggunakan data cookies anda bagi meningkatkan pengalaman sepanjang berada di laman web kami. SETUJU
Privacy & Cookies Policy
Privacy Overview
This website uses cookies to improve your experience while you navigate through the website. Out of these cookies, the cookies that are categorized as necessary are stored on your browser as they are essential for the working of basic functionalities of the website. We also use third-party cookies that help us analyze and understand how you use this website. These cookies will be stored in your browser only with your consent. You also have the option to opt-out of these cookies. But opting out of some of these cookies may have an effect on your browsing experience.
Necessary cookies are absolutely essential for the website to function properly. This category only includes cookies that ensures basic functionalities and security features of the website. These cookies do not store any personal information.
Any cookies that may not be particularly necessary for the website to function and is used specifically to collect user personal data via analytics, ads, other embedded contents are termed as non-necessary cookies. It is mandatory to procure user consent prior to running these cookies on your website.
Siapa yang akan biarkan Melayu hilang?
BENARKAH Melayu akan hilang dari bumi Malaysia dalam masa 10 tahun lagi? Pahlawan Melayu zaman kesultanan Melaka, Laksamana Hang Tuah pula dikhabarkan pernah berkata Melayu tidak akan hilang di dunia.
Kalau kita lihat kepada sejarah terutama daripada pelbagai perjanjian yang dilakukan dengan barat, iaitu dari perjanjian Inggeris Belanda 1824, kepada Perjanjian Pangkor 1879 dan kemudiannya Perjanjian Bangkok 1909, semua tidak dapat melenyapkan umat Melayu dari Nusantara.
Cuma perjanjian itu telah memecah-belahkan umat dan bumi Melayu kepada pelbagai negara dan pemerintahan.
Pada tahun 1824, Inggeris dan Belanda mengagihkan wilayah dan kepulauan di Nusantara kepada dua dengan Selat Melaka adalah pembaginya. Ini telah memisahkan Kepulauan Riau dari Johor kerana ia diletakkan di bawah penguasaan Belanda dan kini adalah sebahagian daripada kedaulatan Indonesia.
Perjanjian Pangkor pula menjadi titik tolak kepada penjajahan Inggeris di Tanah Melayu. Pembentukan Negeri-Negeri Selat memisahkan Pulau Pinang, Melaka dan Singapura dari negeri-negeri Melayu yang lain.
Walaupun Singapura turut bersama dalam pembentukan Persekutuan Tanah Melayu dan Malaysia selepas itu, tetapi akhirnya ia membentuk kedaulatannya sendiri.
Perjanjian Bangkok meletakkan negeri-negeri di utara Tanah Melayu iaitu Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu di bawah penguasaan Inggeris. Bagaimanapun ia telah memisahkan beberapa wilayah Melayu lain seperti Satun, Narathiwat, Songkhla, Narathiwat dan Pattani yang majoriti penduduknya adalah Melayu beragama Islam kekal di bawah Siam.
Semua peristiwa ini tidak melenyapkan Melayu dari Nusantara. Ia hanya memecah-belahkan dunia Melayu Islam kepada pelbagai wilayah yang berbeza. Ada yang memaksa orang Melayu berasimilasi dengan ciri negara yang menaungi mereka, namun identiti Melayu terutama Islam masih kekal.
Puncanya adalah kerakusan kuasa dalam kalangan pemimpin Melayu. Kerana lahapkan kuasa, mereka bersekongkol dengan penjajah untuk menjatuhkan pemimpin sedia ada hingga menggadaikan tanah air.
Melayu tidak akan hilang kecuali ia ‘dijual’ atau ‘digadai’ oleh pemimpinnya. ‘Dijual’ dan ‘digadai’ oleh pemimpin yang mahu berkuasa atau untuk mendapatkan semula kuasa dengan apa cara sekali pun.
Sedangkan negara kita ada proses demokrasi setiap lima tahun untuk memilih pemimpin dan kerajaan. Melayu dan negara tidak akan tergadai selagi proses ini dihormati.
Sebelum merdeka ia digadaikan oleh pemimpin kepada penjajah dan selepas merdeka pula ‘gadaiannya’ dilakukan dengan memecah-mecahkan kawasan pilihan raya.
Persempadanan semula kawasan pilihan raya pada tahun 2003 telah ‘menggadai’ kuasa pengundi Melayu kerana ia menyebabkan mereka hilang kuasa penentu kemenangan. Dan ia tidak mampu ditebus hingga kini.
Memetik tulisan Dr. Kamarul Zaman Yusoff, persempadanan semula itu mewujudkan banyak kawasan pengundi campuran, yang menyebabkan pengundi bukan Melayu menjadi penentu kemenangan dalam pilihan raya umum sehingga sekarang.
Oleh itu apabila dikatakan Melayu akan hilang, ia mesti bersebab. Salah satunya adalah pemimpin yang khianat kerana tamakkan kuasa.
Aznan Bakar adalah Pengarang Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia
Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved