Siapa jadi mangsa apabila bantuan sekolah dikurangkan?
Oleh Muhammad Nizam Abdul Hamid
14 Mac 2023, 6:51 am
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Siapa tidak suka barang atau perkhidmatan percuma? Biasanya ramai yang teruja dengan apa sahaja yang diberikan percuma. Di negara ini banyak perkhidmatan atau barangan yang diberikan percuma kepada rakyat.
Misalnya dalam perkhidmatan hospital, banyak yang diberikan percuma termasuk rawatan dan ubat-ubatan. Daripada doktor pakar hinggalah ke ubat yang mahal, satu sen pun tidak perlu dibayar oleh sesetengah pesakit.
Di sekolah pun sama, hampir kesemuanya percuma untuk membolehkan rakyatnya mendapat persekolahan terbaik. Dengan guru yang berkelayakan, kemudahan bertaraf antarabangsa serta bahan pengajaran dan pembelajaran (PdP) terbaik diberikan pihak sekolah, terlalu banyak sebenarnya yang diberikan kerajaan.
Pembentangan Belanjawan 2023 pada 24 Februari lalu menyaksikan Kementerian Pendidikan menerima peruntukan tertinggi daripada kerajaan iaitu sebanyak RM55.2 bilion.
Namun menguruskan 5.1 juta pelajar sekolah rendah dan menengah serta pelbagai lagi perkara berkaitan pendidikan ditambah dengan peningkatan kos operasi dan harga barang semasa, jumlah peruntukan itu mungkin tidak mencukupi.
Mungkin ramai yang tidak menyedari ada peruntukan tertentu yang dipotong untuk memberi laluan kepada perkara lain lebih penting. Ia sudah berlaku sejak beberapa tahun lalu, kononnya atas dasar penjimatan yang dilaksanakan oleh kerajaan.
Keadaan itu menyebabkan ada guru merungut tentang pemotongan peruntukan tersebut misalnya Bantuan Geran Per Kapita (PCG) Mata Pelajaran yang dikurang sekurang-kurangnya 14 peratus dan ada juga yang dipotong sehingga 60 peratus.
PCG merupakan antara sembilan jenis bantuan yang disediakan oleh kerajaan untuk peringkat kementerian, negeri dan sekolah. Lapan lagi bantuan adalah Yuran Khas Sekolah (YKS); Bantuan Kokurikulum Prasekolah (BKKP); Bantuan Kokurikulum Sekolah (BKK); Bantuan Kokurikulum Asrama (BKKA); Bantuan Sukan Sekolah (BSS); Bantuan Makanan Prasekolah (BMP); Bantuan Makanan Asrama (BMA) dan Bantuan Bayaran Tambahan Persekolahan (BBTP)
PCG Mata Pelajaran misalnya merupakan bantuan kewangan yang diperuntukkan ke semua Sekolah Kerajaan (SK) dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) berdasarkan enrolmen murid yang bersekolah pada tahun semasa untuk setiap mata pelajaran bagi merancang program atau aktiviti PdP.
Walaupun peruntukan dipotong, sistem pendidikan tetap berjalan seperti biasa, pelaksanaan PdP tetap sama malah tuntutan terhadap kecemerlangan dan kemenjadian murid-murid terus meningkat.
Ini bermakna guru-guru terpaksa mengeluarkan duit poket sendiri untuk menampung perbelanjaan PCG Mata Pelajaran supaya PdP dapat dilaksanakan dengan berkesan. Sebab itulah juga kadangkala ibu bapa diminta membayar untuk anak mereka mendapat buku tambahan atau modul tertentu.
Itu baru PCG Mata Pelajaran, belum lagi bantuan yang lain. Diharapkan pentadbir sekolah dapat mengutamakan program berkaitan PdP terlebih dahulu daripada membelanjakan duit untuk kegiatan tidak berfaedah kerana yang akan menjadi mangsa ialah pelajar sendiri. – UTUSAN

Media Mulia TV
Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved