DUA belas bulan lalu terlalu memenatkan kepada hampir semua rakyat negara ini. Doktor dan jururawat bertugas tanpa henti. Polis dan tentera berkawal siang dan malam. Hospital dan pusat penempatan Covid-19 dipenuhi pesakit tidak henti seperti taman tema Disney. Cuma bukan kegembiraan dirasai.
Guru dan pengajar memikirkan cara mengembalikan lebih setahun pembelajaran yang tertinggal. Lebih empat juta pelajar berusaha kembali kepada rutin sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac 2020. Bukan golongan ini sahaja yang letih. Semua rakyat negara ini telah melalui kesusahan sepanjang setahun lalu.
Bezanya, tahap kepayahan. Sepanjang 12 bulan yang lalu telah menolak rakyat ke tahap breaking point. Hampir semua kudrat ditumpukan bagi kelangsungan hidup. Lebih 750,000 yang hilang pekerjaan berusaha mencari punca rezeki baharu.
Pemandu bas ekspres dan teksi melakukan apa yang perlu untuk sesuap nasi. Juruterbang, pramugara dan pramugari bertukar haluan. Daripada bertugas di dalam pesawat canggih yang mempunyai lebih 350,000 komponen, kepada pengusaha makanan, penjual saham amanah, kedi padang golf, memasak di rumah dan banyak lagi.
Pekerja sektor hotel melakukan apa sahaja apabila hotel menjadi seperti rumah hantu. Perniagaan tepi jalan tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Tidak kira apa yang dilakukan, asalkan cukup untuk menampung perbelanjaan keluarga. Tidak kurang yang meninggalkan kota seperti Lembah Klang dan pulang ke kampung dan menetap di tanah pusaka.
Syarikat juga tidak terlepas merasai kepenatan. Ketua pegawai eksekutif dan pemegang saham terpaksa membuat keputusan sukar. Banyak CEO kali pertama terpaksa memberhentikan pekerja atau menutup operasi.
Tauke perniagaan runcit melakukan lelongan untuk terus beroperasi. Banyak lagi penamatan operasi dan pembuangan kakitangan dijangkakan. Kepada ketua syarikat, setiap hari menghidangkan ketidaktentuan. Adakah PKP dikenakan sekali lagi? Adakah perolehan cukup bagi memastikan kelangsungan syarikat? Setiap hari ibarat permainan poker.
Tetapi satu perkara jelas terserlah. Keinginan untuk terus hidup. Walaupun dilanyak pelbagai cabaran dan rintangan, sebahagian besar rakyat tidak mengenal putus asa. Mereka berusaha sendiri siang dan malam. Ramai sudah terlalu letih untuk mempedulikan sama ada kerajaan ada majoriti atau tidak. Sama ada parlimen bersidang atau tidak.
Rakyat tidak lagi bertanya kepentingan darurat. Sebahagian besar rakyat telah membina jati diri, kesungguhan dan iltizam baharu. Bantuan kerajaan diambil tetapi tidak lagi menjadi sandaran. Ini kerana akhirnya, bantuan itu tidak kekal.
Naratif pakej RM350 bilion tidak lagi mengujakan kerana RM72 bilion yang merancakkan kegiatan ekonomi adalah wang rakyat sendiri menerusi pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Rakyat mengambil hak mereka, untuk diri mereka dan untuk masa depan mereka. Jika diambil potongan wajib pekerja yang dikurangkan, tidak terkejut jika jumlah keseluruhan berkaitan pengeluaran KWSP akan mencecah RM100 bilion.
Rakyat sendiri membantu negara. Apabila wabak ini dihapuskan dan hidup kembali hampir asal, kita akan melihat kelahiran bangsa Malaysia yang baharu yang ada kekuatan dalaman yang berbeza.
Selepas ini, tidak lagi penting siapa memerintah atau janji parti atau ahli politik kerana sejak setahun lalu, telah lahir anak Malaysia yang sebenarnya lebih tinggi daripada politik, pemerintahan, fahaman, agama, kaum dan warna kulit.
Terima kasih rakyat Malaysia.
Mohamad Azlan Jaafar ialah Pengarang Kumpulan Media Mulia Sdn Bhd.
Laman web ini akan menyimpan dan menggunakan data cookies anda bagi meningkatkan pengalaman sepanjang berada di laman web kami. SETUJU
Privacy & Cookies Policy
Privacy Overview
This website uses cookies to improve your experience while you navigate through the website. Out of these cookies, the cookies that are categorized as necessary are stored on your browser as they are essential for the working of basic functionalities of the website. We also use third-party cookies that help us analyze and understand how you use this website. These cookies will be stored in your browser only with your consent. You also have the option to opt-out of these cookies. But opting out of some of these cookies may have an effect on your browsing experience.
Necessary cookies are absolutely essential for the website to function properly. This category only includes cookies that ensures basic functionalities and security features of the website. These cookies do not store any personal information.
Any cookies that may not be particularly necessary for the website to function and is used specifically to collect user personal data via analytics, ads, other embedded contents are termed as non-necessary cookies. It is mandatory to procure user consent prior to running these cookies on your website.
Setahun meletihkan, tetapi lahir bangsa baharu
DUA belas bulan lalu terlalu memenatkan kepada hampir semua rakyat negara ini. Doktor dan jururawat bertugas tanpa henti. Polis dan tentera berkawal siang dan malam. Hospital dan pusat penempatan Covid-19 dipenuhi pesakit tidak henti seperti taman tema Disney. Cuma bukan kegembiraan dirasai.
Guru dan pengajar memikirkan cara mengembalikan lebih setahun pembelajaran yang tertinggal. Lebih empat juta pelajar berusaha kembali kepada rutin sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac 2020. Bukan golongan ini sahaja yang letih. Semua rakyat negara ini telah melalui kesusahan sepanjang setahun lalu.
Bezanya, tahap kepayahan. Sepanjang 12 bulan yang lalu telah menolak rakyat ke tahap breaking point. Hampir semua kudrat ditumpukan bagi kelangsungan hidup. Lebih 750,000 yang hilang pekerjaan berusaha mencari punca rezeki baharu.
Pemandu bas ekspres dan teksi melakukan apa yang perlu untuk sesuap nasi. Juruterbang, pramugara dan pramugari bertukar haluan. Daripada bertugas di dalam pesawat canggih yang mempunyai lebih 350,000 komponen, kepada pengusaha makanan, penjual saham amanah, kedi padang golf, memasak di rumah dan banyak lagi.
Pekerja sektor hotel melakukan apa sahaja apabila hotel menjadi seperti rumah hantu. Perniagaan tepi jalan tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Tidak kira apa yang dilakukan, asalkan cukup untuk menampung perbelanjaan keluarga. Tidak kurang yang meninggalkan kota seperti Lembah Klang dan pulang ke kampung dan menetap di tanah pusaka.
Syarikat juga tidak terlepas merasai kepenatan. Ketua pegawai eksekutif dan pemegang saham terpaksa membuat keputusan sukar. Banyak CEO kali pertama terpaksa memberhentikan pekerja atau menutup operasi.
Tauke perniagaan runcit melakukan lelongan untuk terus beroperasi. Banyak lagi penamatan operasi dan pembuangan kakitangan dijangkakan. Kepada ketua syarikat, setiap hari menghidangkan ketidaktentuan. Adakah PKP dikenakan sekali lagi? Adakah perolehan cukup bagi memastikan kelangsungan syarikat? Setiap hari ibarat permainan poker.
Tetapi satu perkara jelas terserlah. Keinginan untuk terus hidup. Walaupun dilanyak pelbagai cabaran dan rintangan, sebahagian besar rakyat tidak mengenal putus asa. Mereka berusaha sendiri siang dan malam. Ramai sudah terlalu letih untuk mempedulikan sama ada kerajaan ada majoriti atau tidak. Sama ada parlimen bersidang atau tidak.
Rakyat tidak lagi bertanya kepentingan darurat. Sebahagian besar rakyat telah membina jati diri, kesungguhan dan iltizam baharu. Bantuan kerajaan diambil tetapi tidak lagi menjadi sandaran. Ini kerana akhirnya, bantuan itu tidak kekal.
Naratif pakej RM350 bilion tidak lagi mengujakan kerana RM72 bilion yang merancakkan kegiatan ekonomi adalah wang rakyat sendiri menerusi pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Rakyat mengambil hak mereka, untuk diri mereka dan untuk masa depan mereka. Jika diambil potongan wajib pekerja yang dikurangkan, tidak terkejut jika jumlah keseluruhan berkaitan pengeluaran KWSP akan mencecah RM100 bilion.
Rakyat sendiri membantu negara. Apabila wabak ini dihapuskan dan hidup kembali hampir asal, kita akan melihat kelahiran bangsa Malaysia yang baharu yang ada kekuatan dalaman yang berbeza.
Selepas ini, tidak lagi penting siapa memerintah atau janji parti atau ahli politik kerana sejak setahun lalu, telah lahir anak Malaysia yang sebenarnya lebih tinggi daripada politik, pemerintahan, fahaman, agama, kaum dan warna kulit.
Terima kasih rakyat Malaysia.
Mohamad Azlan Jaafar ialah Pengarang Kumpulan Media Mulia Sdn Bhd.
Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved