KONFLIK yang tercetus susulan serangan Amerika Syarikat dan Israel terhadap Iran sekali lagi membuka persoalan besar, di manakah suara dunia Islam ketika sebuah negara Islam berdepan serangan ketenteraan?
Perkembangan ini bukan sekadar konflik geopolitik biasa, tetapi ujian terhadap kesatuan dan keberanian politik umat Islam di peringkat antarabangsa.
Serangan udara yang mengorbankan pemimpin tertinggi Iran mencetuskan ketegangan besar di rantau Asia Barat serta membawa kepada serangan balas Iran terhadap pangkalan tentera Amerika Syarikat dan sekutunya di beberapa negara Teluk.
Keadaan ini meningkatkan risiko perang serantau yang lebih luas, namun reaksi negara-negara Islam kelihatan bercampur-campur dan tidak sepadu.
Sebahagian negara Islam mengambil pendirian mengutuk serangan tersebut dan menggesa penyelesaian secara diplomatik.
Malaysia misalnya mengecam tindakan ketenteraan tersebut dan menegaskan ia boleh menggugat kestabilan serantau.
Namun dalam masa yang sama terdapat juga negara Arab yang lebih menumpukan kepada kecaman terhadap serangan balas Iran, khususnya apabila peluru berpandu Iran mengenai wilayah negara Teluk.
Keadaan ini menggambarkan realiti pahit dunia Islam hari ini perpecahan geopolitik yang ketara.
Kepentingan nasional, pakatan ketenteraan dan hubungan strategik dengan kuasa besar sering mengatasi solidariti sesama negara Muslim.
Akibatnya, dunia Islam gagal menampilkan satu pendirian kolektif yang tegas apabila berlaku konflik yang melibatkan negara Islam.
Lebih mengejutkan Sepanyol yang bukan negara Islam menolak penggunaan pangkalan tenteranya oleh Washington untuk menyerang Iran dan menyebabkan Presiden Donald Trump mengugut mengenakan sekatan perdagangan.
Lebih membimbangkan, sebahagian masyarakat Islam sendiri termasuk rakyat Malaysia sendiri melihat konflik ini melalui pandangan mazhab, membezakan antara Sunni dan Syiah, sedangkan isu utamanya adalah kedaulatan negara dan prinsip undang-undang antarabangsa.
Hakikatnya, perpecahan dalaman ini hanya melemahkan suara umat Islam di pentas global.
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang diwujudkan untuk menyatukan negara-negara Islam sepatutnya memainkan peranan lebih aktif dalam menangani konflik seperti ini.
Tanpa kesatuan politik dan diplomasi yang jelas, dunia Islam akan terus dilihat sebagai blok yang lemah dan mudah dipengaruhi oleh kuasa luar. Isu Iran seharusnya menjadi cermin kepada keadaan sebenar umat Islam hari ini.
Umat Islam bukan kekurangan jumlah, sumber atau pengaruh. Namun tanpa kesepaduan suara dan strategi bersama, kekuatan tersebut tidak mampu diterjemahkan kepada percaturan global.
Persoalannya kini bukan sekadar siapa yang benar atau salah dalam konflik ini. Persoalan yang lebih besar ialah sama ada dunia Islam mampu bangkit dengan satu suara yang mempertahankan keadilan, kedaulatan dan keamanan sejagat.
Jika tidak, konflik seperti ini akan terus berulang dan umat Islam akan kekal menjadi penonton kepada nasib mereka sendiri seperti mana berlaku kepada Palestin. – UTUSAN
Juani Munir Abu Bakar adalah Pengarang Berita Utusan Malaysia
Sepanyol bersuara, dunia Islam masih membisu?

Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved