DALAM agama Islam pengertian ilmu itu sangat luas. Ketika junjungan besar Nabi Muhammad SAW bertemu dengan Jibril buat pertama kalinya di Gua Hira’, malaikat itu mengajar baginda membaca beberapa potong ayat al-Quran yang dipetik daripada surah al-’Alaq.
“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah dan Tuhanmu yang maha pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya…(al-’Alaq: 1-5)
Daripada surah tersebut jika dilihat daripada konteks yang lebih besar selain ilmu tauhid, ia menunjukkan betapa pentingnya ilmu kepada manusia. Ilmu ibarat pelita dalam kehidupan yang membimbing manusia ke jalan yang benar, lurus, tidak sesat dan selamat.
Menuntut ilmu agama sangat dituntut dalam Islam. Sejarah pengajian sekolah agama di negara ini telah bermula sebelum kedatangan penjajah. Namun, apabila zaman berlalu, pengajian pondok mula digantikan dengan sekolah-sekolah moden yang mempunyai sistem sendiri.
Namun, sekolah pondok dan agama persendirian masih meneruskan tradisi yang diwarisi daripada guru turun-temurun.Bagaimanapun, kebanyakan pendidikan sekolah agama tidak mempunyai sistem yang selaras atau standard dalam semua aspek termasuk kurikulumnya.
Kebanyakannya bergantung kepada guru. Jika guru berkenaan sebelum ini menuntut di Mesir, maka aliran pengajarannya ke arah pengalamannya semasa di negara tersebut. Jika guru itu pernah belajar di Maghribi maka silibus dan kaedah pengajarannya cenderung ke arah sana.
Keadaan itu mewujudkan jurang perbezaan yang besar antara sekolah agama, pondok atau yang diuruskan di bawah kerajaan Persekutuan, negeri, agensi mahupun pihak persendirian.
Ilmu amat penting. Ingatlah pesan Imam Syafie: “Siapa yang menghendaki kehidupan dunia, maka harus disertai dengan ilmu. Dan siapa yang menghendaki kehidupan akhirat, juga harus dengan ilmu”.
Namun, dalam hal ini, pentingnya semua sekolah agama dan pondok di negara ini menyelaraskan semua kurikulum pendidikan yang diajar di sekolah agama agar ia tidak menimbulkan kekeliruan selain memastikan suasana kondusif dinikmati pelajar sehingga mereka menghabiskan pengajian.
Pada masa ini, kebanyakan sekolah agama yang diuruskan oleh kementerian, kerajaan negeri atau agensi kerajaan dilihat sempurna. Selain guru yang bertauliah, kemudahan yang disediakan termasuk kelas belajar dan asrama untuk murid menepati standard sepatutnya.
Selain pelajaran agama, organisasi tersusun seperti itu turut mewajibkan pelajar mempelajari dan menduduki peperiksaan awam seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebagai syarat utama, kerana sistem pendidikan di Malaysia sudah menetapkannya sebegitu.
Peperiksaan awam seperti SPM sangat penting kerana ia adalah tiket asas untuk menceburi bidang pekerjaan dan melanjutkan pengajian. Yang penting pelajar sekolah agama tidak tercicir daripada arus perdana.
Inilah yang sepatutnya dicontohi oleh sekolah-sekolah agama persendirian agar ilmu yang dituntut lengkap mencakupi duniawi dan ukhrawi. Terlalu banyak sekolah agama di negara ini yang ada antaranya tidak diuruskan dengan baik, malah keadaannya uzur dan daif.
Maka, sudah tiba masanya kerajaan meletakkan sekolah-sekolah agama, pondok di bawah satu badan kawal selia yang bertanggungjawab menyelaras dan menjaga kebajikan guru dan murid agar proses pembelajaran dan pengajaran mengikut satu standard sahaja. – UTUSAN
Meor Harman Meor Shakri ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia
Laman web ini akan menyimpan dan menggunakan data cookies anda bagi meningkatkan pengalaman sepanjang berada di laman web kami. SETUJU
Privacy & Cookies Policy
Privacy Overview
This website uses cookies to improve your experience while you navigate through the website. Out of these cookies, the cookies that are categorized as necessary are stored on your browser as they are essential for the working of basic functionalities of the website. We also use third-party cookies that help us analyze and understand how you use this website. These cookies will be stored in your browser only with your consent. You also have the option to opt-out of these cookies. But opting out of some of these cookies may have an effect on your browsing experience.
Necessary cookies are absolutely essential for the website to function properly. This category only includes cookies that ensures basic functionalities and security features of the website. These cookies do not store any personal information.
Any cookies that may not be particularly necessary for the website to function and is used specifically to collect user personal data via analytics, ads, other embedded contents are termed as non-necessary cookies. It is mandatory to procure user consent prior to running these cookies on your website.
Selaras sekolah agama, pondok wajar
DALAM agama Islam pengertian ilmu itu sangat luas. Ketika junjungan besar Nabi Muhammad SAW bertemu dengan Jibril buat pertama kalinya di Gua Hira’, malaikat itu mengajar baginda membaca beberapa potong ayat al-Quran yang dipetik daripada surah al-’Alaq.
“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah dan Tuhanmu yang maha pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya…(al-’Alaq: 1-5)
Daripada surah tersebut jika dilihat daripada konteks yang lebih besar selain ilmu tauhid, ia menunjukkan betapa pentingnya ilmu kepada manusia. Ilmu ibarat pelita dalam kehidupan yang membimbing manusia ke jalan yang benar, lurus, tidak sesat dan selamat.
Menuntut ilmu agama sangat dituntut dalam Islam. Sejarah pengajian sekolah agama di negara ini telah bermula sebelum kedatangan penjajah. Namun, apabila zaman berlalu, pengajian pondok mula digantikan dengan sekolah-sekolah moden yang mempunyai sistem sendiri.
Namun, sekolah pondok dan agama persendirian masih meneruskan tradisi yang diwarisi daripada guru turun-temurun.Bagaimanapun, kebanyakan pendidikan sekolah agama tidak mempunyai sistem yang selaras atau standard dalam semua aspek termasuk kurikulumnya.
Kebanyakannya bergantung kepada guru. Jika guru berkenaan sebelum ini menuntut di Mesir, maka aliran pengajarannya ke arah pengalamannya semasa di negara tersebut. Jika guru itu pernah belajar di Maghribi maka silibus dan kaedah pengajarannya cenderung ke arah sana.
Keadaan itu mewujudkan jurang perbezaan yang besar antara sekolah agama, pondok atau yang diuruskan di bawah kerajaan Persekutuan, negeri, agensi mahupun pihak persendirian.
Ilmu amat penting. Ingatlah pesan Imam Syafie: “Siapa yang menghendaki kehidupan dunia, maka harus disertai dengan ilmu. Dan siapa yang menghendaki kehidupan akhirat, juga harus dengan ilmu”.
Namun, dalam hal ini, pentingnya semua sekolah agama dan pondok di negara ini menyelaraskan semua kurikulum pendidikan yang diajar di sekolah agama agar ia tidak menimbulkan kekeliruan selain memastikan suasana kondusif dinikmati pelajar sehingga mereka menghabiskan pengajian.
Pada masa ini, kebanyakan sekolah agama yang diuruskan oleh kementerian, kerajaan negeri atau agensi kerajaan dilihat sempurna. Selain guru yang bertauliah, kemudahan yang disediakan termasuk kelas belajar dan asrama untuk murid menepati standard sepatutnya.
Selain pelajaran agama, organisasi tersusun seperti itu turut mewajibkan pelajar mempelajari dan menduduki peperiksaan awam seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebagai syarat utama, kerana sistem pendidikan di Malaysia sudah menetapkannya sebegitu.
Peperiksaan awam seperti SPM sangat penting kerana ia adalah tiket asas untuk menceburi bidang pekerjaan dan melanjutkan pengajian. Yang penting pelajar sekolah agama tidak tercicir daripada arus perdana.
Inilah yang sepatutnya dicontohi oleh sekolah-sekolah agama persendirian agar ilmu yang dituntut lengkap mencakupi duniawi dan ukhrawi. Terlalu banyak sekolah agama di negara ini yang ada antaranya tidak diuruskan dengan baik, malah keadaannya uzur dan daif.
Maka, sudah tiba masanya kerajaan meletakkan sekolah-sekolah agama, pondok di bawah satu badan kawal selia yang bertanggungjawab menyelaras dan menjaga kebajikan guru dan murid agar proses pembelajaran dan pengajaran mengikut satu standard sahaja. – UTUSAN
Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved