Kecurian kabel kembali mengganggu operasi tren negara dan kini ia bukan lagi isu kecil yang boleh dianggap sebagai jenayah biasa. Insiden kehilangan kabel sepanjang 100 meter di KM95.8 antara Sungai Siput dan Kamunting itu menjejaskan sistem semboyan hingga menyebabkan kelewatan ETS lebih sejam. Kelewatan yang lama, mengganggu dan meresahkan ini bukan cerita main-main.
Dalam keadaan ribuan rakyat berpusu-pusu pulang ke kampung halaman, kes seperti ini bukan sahaja menimbulkan kemarahan pengguna, malah mencetuskan persoalan mengenai tahap keselamatan infrastruktur pengangkutan awam negara. Jelas ia menunjukkan sindiket kecurian kabel semakin berani dan seolah-olah tidak takut terhadap tindakan undang-undang.
Gangguan sistem semboyan atau apa sistem pun namanya, ia pasti mengundang risiko keselamatan kepada penumpang dan operasi rel. Bayangkan jika sebarang kerosakan berlaku ketika tren sedang bergerak laju atau ketika trafik perkhidmatan berada pada tahap maksimum?
Persoalan paling besar sekarang adalah apakah status pindaan akta berkaitan kes curi kabel yang pernah diumumkan kerajaan sebelum ini. Februari lalu, kerajaan memaklumkan akan meneliti keperluan meminda beberapa peruntukan undang-undang bagi memperketat hukuman terutama melibatkan projek strategik seperti ECRL. Kenyataan itu memberi harapan bahawa kerajaan memandang serius ancaman terhadap aset awam negara.
Namun, hingga kini belum nampak hasil yang benar-benar tegas. Dalam kerancakan negara membangunkan pelbagai projek rel termasuk ECRL dan peluasan ETS pun, kecurian rel masih berlaku secara terang-terangan. Imej negara akan tercalar jika masalah asas seperti kecurian kabel masih gagal dikawal. Hairan juga, bagaimana rel yang sebesar itu boleh dicuri berulang kali dan begitu sahaja, sedangkan saiznya bukan kecil.
Pengalaman melihat sistem rel di negara lain menunjukkan mereka melabur besar dalam aspek keselamatan. Penggunaan kamera pintar, sensor amaran, dron pemantauan dan rondaan berkala menjadi amalan biasa bagi melindungi infrastruktur penting negara.
Malaysia juga perlu bergerak ke arah sama. Pengendali rel tidak boleh hanya bergantung kepada rondaan manual atau CCTV biasa. Teknologi pemantauan moden perlu dipasang terutama di kawasan panas yang sering menjadi sasaran sindiket.
Begitu pun, teknologi sahaja tidak mencukupi tanpa undang-undang yang lebih tegas. Jika benar pesalah hanya dikenakan denda sekitar RM1,000 seperti didakwa sebelum ini, hukuman itu jelas tidak setimpal dengan kerugian jutaan ringgit yang ditanggung kerajaan dan pengendali rel.
Kecurian kabel sepatutnya diklasifikasikan sebagai jenayah serius terhadap infrastruktur awam. Hukuman penjara lebih berat serta tindakan tegas terhadap pembeli kabel curi perlu dilaksanakan. Kilang pelupusan besi dan logam juga wajib dipantau kerana mereka menjadi rantaian penting menghidupkan kegiatan tersebut.
Kita mahu melihat tindakan, bukan sekadar kenyataan. Pindaan akta berkaitan kecurian kabel perlu disegerakan sebelum lebih banyak gangguan berlaku dan keselamatan pengguna pengangkutan awam terus terancam.
Nor Afzan Mohamad Yusof, Pengarang Berita Utusan Malaysia
Segerakan pindaan akta kecurian kabel

Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved