TERKINI
Polis tahan 15 warga asing terbabit curi kad peralatan TMBeijing gunakan Kemboja untuk kuasai Laut China Selatan?Polis patahkan sindiket penipuan pelaburan hartanah50,096 pelajar layak dapat FlysiswaPiala Malaysia: Astro hadirkan kepuasan buat peminat di rumah4 CCTV di Apartmen Idaman tapi blok didiami Zayn tiada CCTVPahang sasar satu juta terima hak milik tanahJPJ Melaka sita 265 kenderaan warga asing tahun iniEyka Farhana demam, tak sedap badan masuk lubang kuburSenat AS tolak RUU salur dana perang kepada Israel, Ukraine
Menu
Rombakan Kabinet jangan ikut syok sendiri
Betullah hidup ini semakin lama semakin keras. Yang terasa kerasnya tentulah kalangan M40 dan B40. Jika sesiapa melihat kelompok rakyat Malaysia berpusu-pusu di Thailand, kumpulan tersebut tentu bukan kalangan M40 atau ke bawah.
Bagi golongan marhaen bukan sahaja tidak merasa untuk melancong ke negara jiran, mahu naik feri ke Langkawi pun tidak mampu.
Kerajaan Perpaduan memang meneruskan Bantuan Tunai Rahman (STR) namun bantuan tersebut bukan sebulan sekali tapi dalam empat fasa. Sebagai manusia perut perlu diisi setiap hari dan untuk diisi memerlukan duit untuk beli barang mentah yang tidak kira masa melambung.
Boleh dikatakan, sepanjang 2023 macam-macam dugaan diharungi rakyat. Bermula tiada telur, terputus bekalan ayam, minyak masak bersubsidi kurang kini berjangkit kepada beras tempatan yang memberi cabaran kepada rakyat B40 dan M40.
Walaupun kerajaan bergegar-gegar memberitahu beras cukup namun hakikatnya beras yang ada harganya melambung. Ada yang beritahu sekampit beras tempatan berat 10kg kini naik sampai RM12. Ketika ini jangan harap ada lagi beras kampit 10kg dengan harga RM25 atau RM28. Harga beras tersebut mungkin akan jadi tinggalan sejarah.
Sesiapa yang ke pasar raya kerap ternampak pelanggan dengan muka berkerut, segelintir membelek-belek kampit beras malah ada juga beras sudah dimasuk troli kemudian diangkat keluar semula.
Tidak berakhir setakat masalah beras tempatan, kini ditambah kecoh dengan isu QR DuitNow yang mahu mengenakan caj kepada pelanggannya mulai 1 November ini.
Bagaimanapun, pengendalinya, Payments Network Malaysia Sdn. Bhd. (PayNet) tampil menjelaskan bahawa pelaksanaan tersebut tidak akan membebankan rakyat. Ramai kebingungan jenis caj bagaimana tidak akan membebankan rakyat?
Susulan itu, ramai netizen memberi komen sinis mengenai caj QR DuitNow dengan ada yang mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana tidak berhenti menaikkan itu dan ini.
Benar, pemimpin memaklumkan harga barang di luar kawalan kerana membabitkan rantaian global. Namun, tidakkah kerajaan rasa bersalah jika sepanjang tahun rakyat lebih banyak mengeluh berbanding gembira.
Lebih tidak menyenangkan apabila mengetahui bertapa banyaknya gaji, elaun dan akhirnya pencen dinikmati atau bakal dinikmati wakil-wakil rakyat. Jadi adakah rakyat mengundi hanya untuk memberi laluan kepada wakil rakyat sama ada kerajaan mahupun pembangkang menerima keistimewaan melimpah ruah.
Terbaharu selepas UNGA di New York, ribut pula pasal rombakan Kabinet sehingga ada cakap-cakap kononnya kerajaan mahu menambah satu lagi kementerian.
Rombakan Kabinet boleh namun adakah dilakukan untuk rakyat atau lebih kepada memenuhi tuntutan sesama sendiri? Begitu juga menambah kementerian contoh Kementerian Wilayah Persekutuan, untuk apa? Tanpa kementerian tersebut ketika ini pun ibu negara, Putrajaya dan Labuan tidak terjejas.
Kerajaan perlu mengurangkan persepsi negatif yang akan ditafsir sebagai rombakan Kabinet syok sendiri dan tidak ubah seperti sedang membahagikan duit negara sesama sendiri.
Jika betul Kabinet perlu juga dirombak, elakkan lantikan membabitkan kalangan ahli politik kontroversi kerana tindakan tersebut akan terus menjejaskan reputasi kerajaan.
Teon Eg ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia
Dunia sedang menonton, tapi tidak buat apa-apa
Mustahil OIC boleh ada pakatan tentera
Khan Younis tidak selamat, mentua Nurul Ain pindah
MN boleh dibentuk semula jika Presiden UMNO bukan Ahmad Zahid – Sanusi
UMNO bakal terkubur PRU16 – Hashim