Rancang perjalanan, harap hasil terbaik Sidang Kemuncak ASEAN
Oleh Imran Mohamad Nor
9 Mei 2025, 8:17 am
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Dianggarkan lebih dua juta kenderaan masuk ke Kuala Lumpur pada waktu puncak iaitu antara pukul 6 hingga 9 pagi. Akibatnya jalan raya sesak teruk. Perjalanan dari rumah ke tempat kerja sepatutnya hanya mengambil masa 20 atau 45 minit untuk jarak 15 hingga 20 kilometer, sudah jadi satu jam atau mungkin lebih. Kalau jarak dari rumah ke tempat kerja lebih banyak kilometernya, maka bertambahlah masa sesaknya.
Semasa lawatan rasmi Presiden China, Xi Jinping dan delegasinya ke negara ini pada 15-17 April lalu, kesesakan lalu lintas sepanjang tempoh itu agak luar biasa. Ia ekoran 17 jalan utama dan lebuh raya terutama di sekitar Lembah Klang, Putrajaya dan kawasan sekitarnya ditutup bagi melancarkan perjalanan Jinping dan deligasinya.
Bagaimanapun, kita berterima kasih kepada kira-kira 378 pegawai kanan dan pegawai rendah polis yang bertugas bagi mengiring orang kenamaan, mengawal lalu lintas dan menguatkuasakan undang-undang jalan raya dengan jayanya.
Hujung bulan ini, warga kota bakal sekali lagi berhadapan dengan kesesakan luar biasa apabila Malaysia menjadi tuan rumah Persidangan Kemuncak ASEAN Ke-46 yang akan diadakan selama dua hari bermula 26 dan 27 Mei depan di Kuala Lumpur.
Kali ini, pastinya lebih banyak lagi jalan-jalan utama yang akan ditutup dan lebih ramai anggota polis trafik bakal ditugaskan untuk mengawal lalu lintas dan mengiringi orang-orang kenamaan dari negara-negara ASEAN.
Pihak Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) pasti akan membuat pengumuman awal mengenai jalan-jalan yang akan ditutup sempena Persidangan Kemuncak ASEAN bulan Mei nanti bagi memudahkan pengguna mencari jalan alternatif sama ada untuk ke tempat kerja atau ke destinasi lain.
Sebagai pengguna jalan kita harus peka dengan pengumuman dan harus tahu jalan-jalan yang ditutup supaya tidak terperangkap dengan kesesakan. Pelanlah perjalanan ke tempat kerja. Kalau boleh, elak guna kereta selama dua hari Sidang Kemuncak ASEAN itu. Naik motosikal atau tren.
Kepada majikan, dalam tempoh dua, tiga atau empat hari atau seminggu, mungkin boleh arahkanlah pekerja bekerja dari rumah. Dan pihak Kementerian Pendidikan sudahpun membuat keputusan untuk membenarkan pelajar melakukan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) bagi sekolah-sekolah di sekitar lokasi atau pun laluan utama ke persidangan tersebut.
Semasa lawatan Xi Jinping pada April lalu Malaysia berjaya memeterai 31 memorandum persefahaman (MoU) merangkumi pelbagai bidang kerjasama strategik yang memanfaatkan kepentingan kedua-dua negara.
Dan sempena Sidang Kemuncak ASEAN akan datang ini pula kita percaya lebih banyak MoU akan dimeterai, sekali gus membuka peluang strategik dalam bidang perdagangan, pelaburan dan pembangunan infrastruktur serantau. Sama-sama kita tunggu hasil terbaik daripada Sidang Kemuncak ASEAN. – UTUSAN
Imran Mohamad Nor ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia

Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved