Tahniah kepada 10,109 daripada 373,974 calon SPM 2022 yang memperoleh keputusan cemerlang semua A. Jumlah calon cemerlang meningkat 2.7 peratus berbanding 9,696 orang pada SPM 2021.
Bagaimanapun, seperti kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak cemerlang atau gagal, ia bukan pengakhiran. Masih banyak laluan boleh diterokai untuk meraih kejayaan dan hidup mewah.
Mereka yang gagal ada tiga sebab iaitu tidak hadir peperiksaan, gagal Sejarah atau Bahasa Malaysia atau tidak lulus semua mata pelajaran diambil. Namun jika anda gagal SPM tidak bermakna masa depan gelap selamanya. Bagi yang berjaya SPM ia sekadar loncatan untuk seseorang terus belajar ke peringkat seterusnya.
Bagi yang gagal, mereka sebenarnya mempunyai lebih banyak pilihan untuk mencorak masa depan masing-masing iaitu boleh mengulangi SPM atau menerokai bidang-bidang kemahiran bersesuaian dengan kehendak sendiri.
Selain itu, kejayaan terlalu subjektif dengan lain orang lain perspektif, justeru sama ada anda berjaya atau tidak hanya diri sendiri yang boleh merasainya.
Oleh itu, SPM bukan penentu total masa depan seseorang kerana ramai sahaja pelajar cemerlang akademik tetapi kerjanya tidak seberapa malah ada sahaja graduan peringkat doktor falsafah (PhD) pun menganggur.
Mengikut data Sistem Kajian Pengesanan Graduan 2021, Kementerian Pendidikan Tinggi merekodkan daripada 2,501 pemegang PhD, 63 orang atau 2.5 peratus sedang menunggu penempatan pekerjaan dan 220 orang atau 8.8 peratus menganggur.
Begitu juga, kisah Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary yang tidak menjejakkan kaki ke menara gading namun beliau mencipta nama dengan cara sendiri sehingga tersenarai dalam 18 bilionair oleh Forbes 2023.
Syed Mokhtar dilahirkan dalam keluarga petani tidak mampu meneruskan pengajian sebelum terlibat dengan penternakan lembu, perniagaan dan kemudian membuka syarikat dan kini mengumpul kekayaan berbilion.
Selain itu, bilionair luar negara seperti Simon Cowell iaitu juri rancangan TV seperti American Idol, The X Factor, dan America’s Got Talent. Beliau tidak tamat belajar kerana berhenti sekolah di usia 16 tahun dan bekerja di sebuah syarikat penerbitan. Asetnya kini dianggarkan bernilai USD600 juta.
Kim Kardashian, seorang artis terkenal dan usahawan wanita jelita. Wanita ini juga tidak menamatkan pelajarannya tetapi minatnya dengan kosmetik, wangian dan pakaian membuatkannya kehidupan mewah dengan aset dianggarkan USD900 juta.
Begitu juga dengan Mark Zuckerberg, CEO Facebook yang dikenali hampir semua orang tidak menamatkan pengajian di Universiti Harvard kini memiliki aset sehingga lebih USD102 bilion.
Bagaimanapun, tidaklah boleh untuk menafikan akademik itu tidak penting. Akademik penting tetapi perlu diganding dengan kemahiran sampingan seperti kebolehan bersosial, berkomunikasi dan mampu menyesuaikan diri dengan semua keadaan.
Sebab itulah semua majikan yang ingin menggaji pekerja akan menemuduga bakal pekerja untuk mengcungkil kebolehansuaian seseorang itu untuk bekerja.
Oleh itu, prinsip Jack Ma boleh diterima iaitu tidak mengapa jika pencapaian akademik sederhana kerana dengan itu anda ada ruang mempelajari kemahiran lain.
Justeru, ibu bapa jangan mengecil-gecilkan anak tidak cemerlang akademik kerana tidak mustahil anak berkenaanlah akan menemai ibu bapanya sehingga akhir hayat kerana anak yang cerdik pandai lazimnya selalu sibuk.
Ramai tak cemerlang akademik kaya-raya

Teon Eg ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia
Media Mulia TV
Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved