ISU keselamatan murid sekolah bukan baharu, cumanya kajian terperinci perkara itu didedahkan dalam laporan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) pada 2021.
Kesimpulannya mendedahkan keselamatan murid tidak terjamin.
Walaupun kajian tersebut dibuat tiga tahun lalu, senario yang sama masih berlaku sekarang. Tidak dinafikan di tempat-tempat tertentu situasinya lebih membimbangkan.
Kebanyakan sekolah di negara ini terletak di tepi jalan raya utama. Mungkin pada peringkat awal pelan dan diluluskan pihak berkuasa, ia bertujuan memudahkan murid dan ibu bapa untuk mengakses kenderaan apabila tiba atau pulang dari sekolah.
Namun, bilangan kenderaan yang bertambah setiap tahun menyebabkan aliran trafik tinggi sehinggakan kawasan sekolah menjadi laluan paling sibuk pada waktu puncak.
Dapatan kajian itu menunjukkan kebanyakan jalan di kawasan sekolah tidak dilengkapi dengan piawaian untuk menjaga keselamatan murid seperti tiada pengawal trafik, malah tiada laluan pejalan kaki sekali gus mengundang risiko terlibat kemalangan.
Perkara paling ketara ialah tiadanya warden trafik untuk bertugas menyelia lalu lintas murid semasa waktu puncak disebabkan beberapa perkara berbangkit seperti bayaran upah. Sekolah yang mengadakan petugas seperti itu lazimnya secara sukarela sahaja.
Adakalanya pengawal keselamatan sekolah yang mengambil tugas tersebut yang dibuat tanpa bayaran, sedangkan masalah trafik itu boleh diatasi sekiranya pentadbir atau Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) mendapatkan bantuan pihak polis.
Sekurang-kurangnya kehadiran pihak berkuasa boleh mengurangkan risiko berlaku kemalangan melibatkan murid sekolah di samping memastikan lalu lintas lebih lancar.
Statistik pihak berkuasa merekodkan sepanjang tahun 2011 hingga 2020, kemalangan jalan raya dalam negara telah meragut 47 peratus nyawa belia dan kanak-kanak.
Sejak 2017, kemalangan jalan raya banyak melibatkan pelajar sekolah berusia enam hingga 20 tahun dengan anggaran lebih 1,000 kematian sepanjang tahun tersebut.
Banyak faktor yang mendorong kecelakaan di jalan raya, antaranya infrastruktur luar sekolah yang tidak menjamin keselamatan murid, pemandu cuai yang memecut melebihi had laju 30 kilometer sejam di kawasan sekolah dan pelajar yang mengabaikan aspek keselamatan seperti memakai topi keledar dan tidak memiliki lesen memandu semasa menunggang motosikal ke sekolah.
Pelanggaran undang-undang ini tidak akan berlaku sekiranya semua pihak membuka mata dan memikul tanggungjawab bahawa negara ini mempunyai peraturan lalu lintas.
Amalan memejam sebelah mata hanya menampakkan tahap kesedaran yang lemah dan enggan mengambil tanggungjawab. Agensi-agensi yang bertanggungjawab sepatutnya lebih proaktif membuat pemeriksaan mengejut dan menilai tahap keselamatan di sekolah dan bukan berpeluk tubuh dalam pejabat sahaja. – UTUSAN
Meor Harman Meor Shakri ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia
Ramai pejam sebelah mata

Media Mulia TV
Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved