“Kami dah mangli dengar perkataan bilion-bilion ni. Sana hilang bilion, sini hilang bilion. Orang itu dapat bilion, orang ini pun terima habuan bilion. Projek sana billion, projek sini bilion. Kami orang kampung bilion tu banyak mana pun tak tau.
“Duit satu bilion tu boleh masuk berapa guni? Kami ni jangan kata bilion, ribu pun jarang-jarang boleh tengok.” Itu kata-kata yang terpancul keluar dari mulut Din Dua Kupang, jiran saya di kampung ketika pulang untuk hadir satu majlis kenduri ke Kuala Nerang baru-baru.
“Tak pa Bang Din, kurang-kurang negara kita popular juga di luar negara. Berita bilion-bilion ini rata dunia tersebar. Orang kenal kita,” celah Mat Chu Yah yang pulang bercuti dari Pulau Pinang berseloroh.
Secara berjenaka, mereka kata kagum dengan Malaysia kerana duit bersepah-sepah tidak ada siapa pun yang peduli. Sebab itu, walaupun wang yang hilang itu berbilion-bilion, tetapi jarang kedengaran ada yang kena dakwa atau penjara.
Mangli maksudnya mereka sudah lali, sudah biasa dan tidak ambil kisah lagi. Itu persepsi sebahagian daripada rakyat marhaen di luar bandar mengenai rasuah, skandal, penyelewengan dan pelbagai lagi yang membabitkan ratusan bilion ringgit dana negara.
Sedangkan kata mereka, orang kampung yang tinggal di pedalaman kadang-kadang untuk dapatkan bahan asas seperti minyak masak pun sukar. Hasil pertanian sukar dijual. Kalau dijual pun harganya rendah ekoran manipulasi orang tengah.
Ini berbeza sekali dengan berita-berita yang mereka baca, dengar atau tonton yang membabitkan salah guna dana kerajaan berbilion-bilion ringgit. Belum selesai kes sedia ada kes lain pula muncul.
Yang terbaharu pendedahan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bahawa projek kapal tempur pesisir pantai (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) gagal disiapkan mengikut jadual.
Sedangkan kerajaan sudah membayar RM6.083 bilion untuk projek itu menerusi kontrak kepada Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. (BNS) secara rundingan terus.
Sepatutnya menjelang Ogos 2022, lima buah kapal LCS harus disiapkan dan diserahkan kepada TLDM. Tetapi ia tidak berlaku. Jika PAC tidak dedahkan perkara ini rasanya tidak ada siapa yang akan bertindak.
Rasanya, mesti ada pihak yang tahu mengenai perkara ini. Tetapi semua mengambil sikap kunci mulut dan sapu masuk bawah karpet. Sedangkan Panglima Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ketika itu, Laksamana Tan Sri Dr Abdul Aziz Jaafar telah mengutuskan sekurang-kurangnya 10 pucuk surat teguran berhubung tatacara perolehan projek LCS.
Tetapi tidak ada siapa yang bertindak. Tidak ada siapa yang mengarahkan supaya ia dihentikan atau segera menyiasat jika ada sesuatu yang tidak kena.
Apa jadi dengan RM6.083 bilion yang sudah pun dibayar oleh kerajaan itu? Ada yang sudah dilakukan dengan duit sebanyak itu? Sedangkan apabila sampai ke tarikh yang dijanjikan tidak ada satu kapal pun diserahkan?
Sikap kunci mulut, cuba menyembunyikan kesalahan atau melindungi pihak tertentu menyebabkan rakyat mangli dan bosan. Esok lusa entah skandal berapa bilion pula akan muncul. Hebatnya Malaysiaku.
Aznan Bakar ialah Pengarang Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia
Rakyat mangli dengan skandal bilion ringgit

Media Mulia TV
Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved