KITA maklum institusi diraja ada tempat dalam Perlembagaan Persekutuan yang terkandung pelbagai kontrak sosial dengan rakyat mendapat manfaatnya.
Kunci kestabilan Malaysia adalah dengan mencipta formula menguntungkan institusi itu, rakyat dan kerajaan bagi menghalang haluan kiri atau kanan politik.
Masih ingatkah kita bila Asia Barat dibantai impak Arab Spring pada 2011, mengakibatkan negara-negara republik seperti Mesir, Libya dan Syria terjerumus ke dalam konflik yang panjang.
Cubaan rampasan kuasa dan peperangan di jalanan turut berlaku di Kuwait, Maghribi dan Bahrain. Kenapa?
Jawapan dirungkai hasil kajian Institut Legatum di Belanda yang mendapati tidak ada ruang kuasa di ketiga-tiga negara dalam menyediakan tempat institusi diraja.
Daripada demonstrasi ganas aktivis jalanan menentang kerajaan dan kerajaan membantai rakyat termasuk yang terjadi Myanmar baru-baru ini, dinamika itu tidak terjadi di negara-negara yang meraih manfaat ditadbir institusi diraja.
Harus diingat, Malaysia suatu himpunan sembilan orang Sultan serta dua negeri Borneo – suatu cantuman karya entiti berbeza.
Meskipun zaman penjajahan Portugis, Belanda dan Inggeris disusuli pasca penjajahan menguasai seluruh Tanah Melayu, dalam pembentukan awal Malaysia, Kesultanan seperti Pahang, Kelantan, Kedah, Perak, Johor serta Negeri Sembilan tetap wujud – lengkap dengan tradisi berabad lamanya. Kesultanan antara 1511 hingga 1957 menikmati pelbagai bentuk hubungan dengan tetuan penjajah.
Bila British merancang pembentukan sebuah negara menerusi Malayan Union pada 1946, tanpa rasa hormat kepada institusi diraja, orang Melayu bangkit melalui gabungan pertubuhan membantah dikenali sebagai “hartal”.
Mereka menghantar mesej ke London bahawa pembentukan Persekutuan mesti terlebih dahulu melindungi hak-hak orang Melayu dan pemerintah yang mereka hormati.
Hakikatnya, peranan dimainkan oleh monarki dalam membantu pentadbiran negara tidak boleh diperkecil atau diremehkan kerana telah terbukti keberkesanannya.
Walaupun Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen, realitinya keujudan monarki dalam ruang lingkup sistem Raja Berperlembagaan membuatkan cabang Eksekutif (pentadbiran) kerajaan lazimnya akan seiring dalam mengurus pentadbiran negara.
Biarpun Malaysia bukan seperti Brunei atau Monaco dengan sistem pemerintahan monarki mutlak, peranan disalurkan melalui Yang di-Pertuan Agong begitu bermakna sekali. Keprihatinan rakyat terhadap institusi Agong adalah manifestasi kepentingan peranan monarki Malaysia.
Kewujudan monarki di Thailand dan Jepun turut membantu proses demokrasi yang dianggap salah satu proses semak dan imbang. Ia terutama jika diambil kira peranan monarki di Thailand dalam mengimbangkan pemerintahan konflik antara Perdana Menterinya dengan junta tentera.
Norway, Sweden dan Denmark – kelompok Negara Scandinavia – pula memiliki sistem monarki berperlembagaan yang selari dengan Malaysia. Monarki di tiga negara itu tidak mengekang proses demokrasi hidup subur.
Institusi diraja juga berperanan benteng perpecahan negara. Bila Catalonia, salah satu wilayah di Sepanyol menuntut kemerdekaan dari Madrid pada 2017, Raja Sepanyol Felipe VI lantas menyuarakan rasa tidak puas hati baginda terhadap permintaan tersebut yang bertentangan dengan perlembagaan Sepanyol.
Di Britain, tatacara Ratu Elizabeth pula berbeza. Baginda tidak campur tangan dalam isu tuntutan kemerdekaan Scotland dan isu Brexit tetapi tentunya kemelut melanda isu Brexit menempuh jalan berbeza jika baginda campur tangan.
Sistem demokrasi berparlimen Raja Berperlembagaan kunci kemakmuran dikecapi Malaysia selama ini.
Dan pastinya Yang di-Pertuan Agong tidak akan membiarkan kemelut “SD (akuan bersumpah) dan surat sokongan” politik yang mungkin terjadi ketika ini menggugat kehidupan rakyat yang masih dibadai pandemik berbahaya Covid-19.
Zulkifli Jalil ialah Timbalan Pengarang Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia
Laman web ini akan menyimpan dan menggunakan data cookies anda bagi meningkatkan pengalaman sepanjang berada di laman web kami. SETUJU
Privacy & Cookies Policy
Privacy Overview
This website uses cookies to improve your experience while you navigate through the website. Out of these cookies, the cookies that are categorized as necessary are stored on your browser as they are essential for the working of basic functionalities of the website. We also use third-party cookies that help us analyze and understand how you use this website. These cookies will be stored in your browser only with your consent. You also have the option to opt-out of these cookies. But opting out of some of these cookies may have an effect on your browsing experience.
Necessary cookies are absolutely essential for the website to function properly. This category only includes cookies that ensures basic functionalities and security features of the website. These cookies do not store any personal information.
Any cookies that may not be particularly necessary for the website to function and is used specifically to collect user personal data via analytics, ads, other embedded contents are termed as non-necessary cookies. It is mandatory to procure user consent prior to running these cookies on your website.
Raja benteng rebut kuasa
KITA maklum institusi diraja ada tempat dalam Perlembagaan Persekutuan yang terkandung pelbagai kontrak sosial dengan rakyat mendapat manfaatnya.
Kunci kestabilan Malaysia adalah dengan mencipta formula menguntungkan institusi itu, rakyat dan kerajaan bagi menghalang haluan kiri atau kanan politik.
Masih ingatkah kita bila Asia Barat dibantai impak Arab Spring pada 2011, mengakibatkan negara-negara republik seperti Mesir, Libya dan Syria terjerumus ke dalam konflik yang panjang.
Cubaan rampasan kuasa dan peperangan di jalanan turut berlaku di Kuwait, Maghribi dan Bahrain. Kenapa?
Jawapan dirungkai hasil kajian Institut Legatum di Belanda yang mendapati tidak ada ruang kuasa di ketiga-tiga negara dalam menyediakan tempat institusi diraja.
Daripada demonstrasi ganas aktivis jalanan menentang kerajaan dan kerajaan membantai rakyat termasuk yang terjadi Myanmar baru-baru ini, dinamika itu tidak terjadi di negara-negara yang meraih manfaat ditadbir institusi diraja.
Harus diingat, Malaysia suatu himpunan sembilan orang Sultan serta dua negeri Borneo – suatu cantuman karya entiti berbeza.
Meskipun zaman penjajahan Portugis, Belanda dan Inggeris disusuli pasca penjajahan menguasai seluruh Tanah Melayu, dalam pembentukan awal Malaysia, Kesultanan seperti Pahang, Kelantan, Kedah, Perak, Johor serta Negeri Sembilan tetap wujud – lengkap dengan tradisi berabad lamanya. Kesultanan antara 1511 hingga 1957 menikmati pelbagai bentuk hubungan dengan tetuan penjajah.
Bila British merancang pembentukan sebuah negara menerusi Malayan Union pada 1946, tanpa rasa hormat kepada institusi diraja, orang Melayu bangkit melalui gabungan pertubuhan membantah dikenali sebagai “hartal”.
Mereka menghantar mesej ke London bahawa pembentukan Persekutuan mesti terlebih dahulu melindungi hak-hak orang Melayu dan pemerintah yang mereka hormati.
Hakikatnya, peranan dimainkan oleh monarki dalam membantu pentadbiran negara tidak boleh diperkecil atau diremehkan kerana telah terbukti keberkesanannya.
Walaupun Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen, realitinya keujudan monarki dalam ruang lingkup sistem Raja Berperlembagaan membuatkan cabang Eksekutif (pentadbiran) kerajaan lazimnya akan seiring dalam mengurus pentadbiran negara.
Biarpun Malaysia bukan seperti Brunei atau Monaco dengan sistem pemerintahan monarki mutlak, peranan disalurkan melalui Yang di-Pertuan Agong begitu bermakna sekali. Keprihatinan rakyat terhadap institusi Agong adalah manifestasi kepentingan peranan monarki Malaysia.
Kewujudan monarki di Thailand dan Jepun turut membantu proses demokrasi yang dianggap salah satu proses semak dan imbang. Ia terutama jika diambil kira peranan monarki di Thailand dalam mengimbangkan pemerintahan konflik antara Perdana Menterinya dengan junta tentera.
Norway, Sweden dan Denmark – kelompok Negara Scandinavia – pula memiliki sistem monarki berperlembagaan yang selari dengan Malaysia. Monarki di tiga negara itu tidak mengekang proses demokrasi hidup subur.
Institusi diraja juga berperanan benteng perpecahan negara. Bila Catalonia, salah satu wilayah di Sepanyol menuntut kemerdekaan dari Madrid pada 2017, Raja Sepanyol Felipe VI lantas menyuarakan rasa tidak puas hati baginda terhadap permintaan tersebut yang bertentangan dengan perlembagaan Sepanyol.
Di Britain, tatacara Ratu Elizabeth pula berbeza. Baginda tidak campur tangan dalam isu tuntutan kemerdekaan Scotland dan isu Brexit tetapi tentunya kemelut melanda isu Brexit menempuh jalan berbeza jika baginda campur tangan.
Sistem demokrasi berparlimen Raja Berperlembagaan kunci kemakmuran dikecapi Malaysia selama ini.
Dan pastinya Yang di-Pertuan Agong tidak akan membiarkan kemelut “SD (akuan bersumpah) dan surat sokongan” politik yang mungkin terjadi ketika ini menggugat kehidupan rakyat yang masih dibadai pandemik berbahaya Covid-19.
Zulkifli Jalil ialah Timbalan Pengarang Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia
Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved