Bagaimanapun, laporan Utusan Malaysia hari ini tentang sebahagian besar daripada 344 pulau peranginan di Malaysia tidak mempunyai pusat pengumpulan sampah yang sistematik dan loji rawatan kumbahan bersepadu, wajar diberi perhatian.
Keadaan itu berisiko menyebabkan pencemaran alam sekitar khususnya pencemaran laut sekiranya sistem pengurusan sisa tidak ditambah baik seiring dengan peningkatan aktiviti pelancongan
Antara destinasi yang menjadi tumpuan pelancong antarabangsa ke Malaysia adalah Pulau Sipadan, Sabah. Ia ialah destinasi kelima tempat skuba terbaik di dunia.Pulau Sipadan kelihatan seperti cendawan (dari pandangan paras mata yang jauh) menawarkan 12 titik menyelam yang berbeza.
Ia adalah satu-satunya pulau lautan di Malaysia, menjulang 600 meter (2,000 kaki) dari dasar laut dan dibentuk oleh karang hidup yang tumbuh di atas kon gunung berapi. Ia terletak di Laut Celebes tidak jauh dari pantai timur Borneo Malaysia, berhampiran dengan sempadan Indonesia dan Filipina. Walaupun, pusat salah satu habitat marin terkaya di dunia.
Di sebalik keindahan pulau-pulau peranginan itu, timbul isu kekangan kemudahan pengurusan sisa pepejal dan kumbahan. Antara kawasan terlibat adalah Pulau Perhentian, Pulau Redang, Pulau Kapas di Terengganu serta Pulau Mabul dan Pulau Selakan di Sabah.
Kebanyakan pulau itu ini masih bergantung kepada sistem setempat seperti tangki septik individu, kutipan berkala atau penghantaran sisa ke tanah besar, berbanding loji rawatan kumbahan dan pusat pengumpulan sisa berpusat.
Hanya sebilangan kecil pulau seperti Pulau Langkawi, Pulau Pangkor dan Pulau Tioman mempunyai kemudahan pengurusan sisa dan kumbahan yang lebih lengkap serta berpusat.
Pendedahan ini adalah rentetan laporan Mingguan Malaysia bertajuk bertajuk ‘Neraka’ Sampah Di Pulau Peranginan. Ia mendedahkan pencemaran yang berlaku di Pulau Redang di mana timbunan sampah di beberapa lokasi bukan sahaja mencacatkan pemandangan, malah menjejaskan ekosistem marin.
Tindakan segera perlu diambil bagi menangani isu ini. Paling penting, usaha berterusan memberi pendidikan kepada masyarakat terutama penduduk setempat tentang kepentingan mengurus sisa pepejal, sampah dan kumbahan.
Sebelum ini, UPM pernah menjalankan projek membantu mengurangkan masalah sampah di Pulau Mabul pada 2016. Selepas enam bulan program itu, Uncle Chang’s Dive Lodge menunjukkan perubahan yang positif dalam usaha merintis pelancongan yang ‘lebih hijau dan mesra alam’.
Ini kerana program itu memberi tumpuan kepada pengurusan sisa organik melalui kaedah permakultur dan pengurusan sisa bukan organik melalui kaedah kitar semula.
Justeru, kerajaan perlu menangguhkan kelulusan pembinaan atau pengoperasian penginapan baharu di pulau peranginan terlibat bagi mengelakkan pencemaran alam sekitar jadi lebih parah.
Tindakan itu perlu seiring dengan penetapan had kapasiti pelancong yang bersifat dinamik dan berasaskan data bagi memastikan pembangunan pelancongan tidak mengatasi kemampuan infrastruktur asas di pulau.
Kuota pelawat, bilangan katil penginapan dan aktiviti pelancongan termasuk selaman skuba perlu disemak mengikut musim.Kita boleh mencontohi Pulau Sipadan yang mengehadkan 120 penyelam sehari demi menjaga kebersihan dan mengekalkan keindahan semulajadinya.
Mohd. Radzi Mohd. Zin ialah Pengarang Berita Kanan Utusan Malaysia
Pulau peranginan aset negara

Media Mulia TV
Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved