SEDEKAD lalu, seorang lelaki Forest Fenn menyembunyikan emas, berlian dan artifak bernilai lebih AS$5 juta dalam sebuah peti yang ditanam di pergunungan Rocky.
Kemudian dalam bukunya, The Thrill of the Chase, dia meninggalkan petunjuk di mana harta karun itu boleh ditemukan yang akhirnya berjaya menjebak ramai pemburu harta karun untuk berkampung di pergunungan berkenaan bagi mencari harta yang disembunyikan itu.
Peristiwa ini bukan berlaku dalam zaman lanun seperti Jack Sparrow dalam filem Pirates of the Caribbean, tetapi lebih setahun lalu. Apa yang menarik, dalam pencarian itu ada pemburu harta karun yang menemui ajal.
Akhirnya harta itu ditemukan tertanam di bawah khemah seorang lelaki di kawasan hutan di kaki gunung tersebut, menjadikan dia jutawan. Yang dikejar Fenn sebenarnya mahu namanya menjadi masyhur.
Pencarian harta karun bukan baharu, ketaksuban mengenainya menjadi tarikan penerbit dokumentari antaranya National Geographic untuk memfilemkan kisah ini, dan antaranya The Curse of Oak Island, The Lost Treasure of Hoshimura, hatta Adolf Hitler juga dikatakan menyembunyikan emasnya di serata pelosok Eropah.
Bukan harta karun menjadi taruhan tetapi filemnya berjaya mengutip jutaan dolar, kerana genre adventures ramai pengikut berbanding drama cinta dan air mata.
Itulah yang sebenarnya diraih oleh penerbit yang menjayakannya sehingga menjana keuntungan jutaan dolar walaupun nilai harta karun tidak seberapa.
Sehingga kini harta karun kekal misteri. Begitu juga Pulau Nangka yang didakwa menjadi tempat perbendaharan semasa Kesultanan Melayu Melaka menyimpan harta empayar itu. Namun, sehingga kini hanya dua keping syiling emas ditemukan.
Ke mana hilangnya harta yang didakwa bernilai trilion ringgit itu? Ada yang mengaitkan dengan unsur mistik. Namun, sebenarnya halangan tentang perkara itu adalah tentang kos dan teknologi dan sejauh mana kebenaran fakta tentang sejarah di pulau itu sendiri.
Kalau dijadikan filem barangkali laris. Seperti kata pakar sejarah, Profesor Dr. Ramlah Adam, kos untuk membiayai pencarian harta karun bukan murah.
Saya pernah mengikuti ekskavasi harta karun Kapal Nassau milik Syarikat Hindia Timur Belanda yang karam di perairan Port Dickson sekitar tahun 1995.
Pencarian bangkai kapal dibuat dengan kerjasama sebuah syarikat luar. Mereka menggunakan teknologi untuk mengesan objek dan memetakan bangkai kapal.
Segala gerak kerja mereka difilemkan sebelum diolah kepada penceritaan yang menarik.
Teknologi yang digunakan membantu pasukan itu menaikkan beberapa laras meriam lama, senjata, pinggan mangkuk yang dipercayai dari zaman dinasti China, ratusan syiling dan juga tulang temulang manusia.
Daripada perbualan dengan ketua ekspedisi pasukan itu, jelas sekali penemuan itu bukan sahaja mengesahkan fakta sejarah tetapi juga memberikan pulangan bernilai kepada pemburu harta karun. Itu pemikiran orang barat.
Meor Harman Meor Shakri ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia.
Pulau Nangka antara mitos dan realiti

Media Mulia TV
Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved