PRU15 cecah RM1b, pengundi wajib pilih kerajaan hebat
15 Oktober 2022, 7:06 am
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Parlimen dibubarkan pada 10 Oktober lalu, kini 21.2 juta pengundi menunggu tarikh untuk mengundi bagi memilih kerajaan baharu.
Tarikh penamaan calon, tempoh kempen dan kemuncaknya hari memgundi akan diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 20 Oktober ini.
Buat pengundi berusia lebih 21 tahun dan pernah mengundi sudah tentu tanggung jawab mengundi bukan isu. Berdasarkan pengalaman mereka mungkin sudah ada siapa dan parti mana mahu dipilih.
Namun, isunya bagaimana dengan kumpulan pengundi berumur 18 dan 20 tahun yang nama masing-masing didaftar secara automatik sebagai pengundi?
Khabarnya jumlah pengundi paling muda sekitar 1.2 juta orang. Trend pengundian kumpulan ini mendebarkan parti-parti politik kerana Malaysia belum ada data mengenai kecenderungan kumpulan tersebut.
Selain itu, pola politik negara semakin kompleks dan terlalu dinamik sehingga tidak terkejar untuk difahami peminat politik. Lihat sahaja bagaimana kemelut yang melanda dalam Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN).
Sekejap UMNO dilihat berpatah arang dengan Pas untuk meneruskan MN, sekejap lagi UMNO mengendurkan ketegangan seperti mengharapkan Pas kembali menyuburkan MN.
Namun apa yang berlaku setakat pukul 5 petang semalam, Pas membuat pengumuman pilih Bersatu. Pilih Bersatu tidak luar biasa tetapi yang luar biasa apabila Tan Sri Hadi Awang tergamak memberi alasan menolak UMNO kononnya parti itu masih ‘keruh’ (rasuah) selain tidak memperjuangkan Islam.
Jadi adakah kemelut seperti ini mampu difahami pengundi muda yang kebanyakannya masih belajar dan terpaksa fokus kepada pelajaran berbanding mengikuti hal ehwal politik yang tidak berhenti putar belit.
Mungkin juga sekiranya kumpulan ini mengikuti perkembangan kerenah ahli politik, mereka ‘termuntah’ kerana terlalu banyak ucapan walaupun berapi-api namun akhirnya boleh U-turn, kata-mengata dan retorik semata-mata.
Lebih bahaya golongan itu bukan ‘termuntah’ sebaliknya terikut-ikut dengan sifat putar-belit pempimpin-pemimpin politik terbabit.
Mengambil kira semua ini, apakah agaknya faktor dorongan pengundi 18 hingga 20 tahun memilih calon dan parti yang bertanding pada PRU15?
Persoalan seterusnya adakah golongan muda dan belia ini tahu kesan undi mereka?
Namun bagi SPR, Undi18 yang pertama kali pada PRU15 akan menjadi petunjuk signifikan mengenai pelaksanaannya.
Matlamat PRU adalah untuk memberi kuasa kepada rakyat memilih semula kerajaan yang boleh menjaga hak mereka seterusnya Malaysia makmur dari semua aspek.
Lebih-lebih lagi PRU15 dijangka memakan belanja sampai RM1 bilion. RM1 bilion adalah duit rakyat. Dengan kos sebesar itu, seharusnya negara bakal memiliki kerajaan hebat bukan sekadar di Malaysia tetapi di mata negara-negara luar.
Laman web ini akan menyimpan dan menggunakan data cookies anda bagi meningkatkan pengalaman sepanjang berada di laman web kami. SETUJU
Privacy & Cookies Policy
Privacy Overview
This website uses cookies to improve your experience while you navigate through the website. Out of these cookies, the cookies that are categorized as necessary are stored on your browser as they are essential for the working of basic functionalities of the website. We also use third-party cookies that help us analyze and understand how you use this website. These cookies will be stored in your browser only with your consent. You also have the option to opt-out of these cookies. But opting out of some of these cookies may have an effect on your browsing experience.
Necessary cookies are absolutely essential for the website to function properly. This category only includes cookies that ensures basic functionalities and security features of the website. These cookies do not store any personal information.
Any cookies that may not be particularly necessary for the website to function and is used specifically to collect user personal data via analytics, ads, other embedded contents are termed as non-necessary cookies. It is mandatory to procure user consent prior to running these cookies on your website.
PRU15 cecah RM1b, pengundi wajib pilih kerajaan hebat
Selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Parlimen dibubarkan pada 10 Oktober lalu, kini 21.2 juta pengundi menunggu tarikh untuk mengundi bagi memilih kerajaan baharu.
Tarikh penamaan calon, tempoh kempen dan kemuncaknya hari memgundi akan diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 20 Oktober ini.
Buat pengundi berusia lebih 21 tahun dan pernah mengundi sudah tentu tanggung jawab mengundi bukan isu. Berdasarkan pengalaman mereka mungkin sudah ada siapa dan parti mana mahu dipilih.
Namun, isunya bagaimana dengan kumpulan pengundi berumur 18 dan 20 tahun yang nama masing-masing didaftar secara automatik sebagai pengundi?
Khabarnya jumlah pengundi paling muda sekitar 1.2 juta orang. Trend pengundian kumpulan ini mendebarkan parti-parti politik kerana Malaysia belum ada data mengenai kecenderungan kumpulan tersebut.
Selain itu, pola politik negara semakin kompleks dan terlalu dinamik sehingga tidak terkejar untuk difahami peminat politik. Lihat sahaja bagaimana kemelut yang melanda dalam Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN).
Sekejap UMNO dilihat berpatah arang dengan Pas untuk meneruskan MN, sekejap lagi UMNO mengendurkan ketegangan seperti mengharapkan Pas kembali menyuburkan MN.
Namun apa yang berlaku setakat pukul 5 petang semalam, Pas membuat pengumuman pilih Bersatu. Pilih Bersatu tidak luar biasa tetapi yang luar biasa apabila Tan Sri Hadi Awang tergamak memberi alasan menolak UMNO kononnya parti itu masih ‘keruh’ (rasuah) selain tidak memperjuangkan Islam.
Jadi adakah kemelut seperti ini mampu difahami pengundi muda yang kebanyakannya masih belajar dan terpaksa fokus kepada pelajaran berbanding mengikuti hal ehwal politik yang tidak berhenti putar belit.
Mungkin juga sekiranya kumpulan ini mengikuti perkembangan kerenah ahli politik, mereka ‘termuntah’ kerana terlalu banyak ucapan walaupun berapi-api namun akhirnya boleh U-turn, kata-mengata dan retorik semata-mata.
Lebih bahaya golongan itu bukan ‘termuntah’ sebaliknya terikut-ikut dengan sifat putar-belit pempimpin-pemimpin politik terbabit.
Mengambil kira semua ini, apakah agaknya faktor dorongan pengundi 18 hingga 20 tahun memilih calon dan parti yang bertanding pada PRU15?
Persoalan seterusnya adakah golongan muda dan belia ini tahu kesan undi mereka?
Namun bagi SPR, Undi18 yang pertama kali pada PRU15 akan menjadi petunjuk signifikan mengenai pelaksanaannya.
Matlamat PRU adalah untuk memberi kuasa kepada rakyat memilih semula kerajaan yang boleh menjaga hak mereka seterusnya Malaysia makmur dari semua aspek.
Lebih-lebih lagi PRU15 dijangka memakan belanja sampai RM1 bilion. RM1 bilion adalah duit rakyat. Dengan kos sebesar itu, seharusnya negara bakal memiliki kerajaan hebat bukan sekadar di Malaysia tetapi di mata negara-negara luar.
Teon Eg ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia
Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved