KALAU Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor boleh diibaratkan seperti sukan bola sepak, Barisan Nasional (BN) boleh dikatakan menang separuh masa pertama dengan jaringan yang selesa.
Menang 48 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan adalah satu kemenangan bergaya dan memberi keyakinan kepada BN untuk permainan seterusnya.
Kemenangan itu sudah tentu membayangkan BN tidak ada masalah untuk memasuki separuh masa kedua perlawanan iaitu Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-16 yang tempoh penggal Parlimennya akan berakhir Disember 2027.
Namun dalam tempoh sehingga penghujung 2027 itu, macam-macam boleh berlaku dan Parlimen juga boleh dibubarkan bila-bila masa dari sekarang.
Jika mendapat perkenan daripada Yang Dipertuan Agong, Sultan Ibrahim atas syor Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk diadakan PRU Ke-16, rakyat Johor sekali lagi akan keluar mengundi untuk memilih wakil rakyat bagi kerusi Parlimen.
Di Johor terdapat 26 kerusi Parlimen. Dalam PRU-15 pada 2022, BN menang sembilan kerusi Parlimen di Johor, DAP ada lima kerusi, Perikatan Nasional (PN) dua kerusi, PKR tujuh kerusi, Amanah dua kerusi dan Muda satu kerusi.
Kemenangan BN dalam PRN minggu lalu akan bermakna lagi sekiranya mereka juga menang dalam PRU-16 nanti yang desas-desus pembubaran Parlimen semakin kerap diperkatakan kebelakangan ini.
Keputusan PRU-16 nanti juga akan mengesahkan lagi sokongan padu rakyat Johor terhadap BN dan penolakan jelas pengundi terhadap parti pembangkang.
Namun PRU-16, permainannya sudah tentu berbeza dengan PRN kerana isu-isunya lebih pelbagai, bersifat nasional dan calon yang bertanding juga bertaraf heavy weight.
Keputusan PRU-16 melibatkan sama ada Kerajaan Pusat kekal atau bertukar dan juga pengundiannya bertujuan memilih Perdana Menteri.
Memanglah kalau berdasarkan PRN, BN Johor tidak ada masalah untuk mendapat sokongan tetapi kadangkala pengundi ada justifikasi sendiri dalam memilih ahli Parlimen.
Lebih-lebih ada yang berpendapat, sekian parti patut menguasai PRN dan parti lain pula patut diberi peluang untuk membentuk Kerajaan Pusat. Itu belum lagi yang berpendapat perlu ada kepelbagaian dalam Parlimen supaya berlaku semak dan imbang terhadap dasar kerajaan.
Sebab itulah dalam kempen PRN Johor baru-baru ini sewajarnya semua parti wajar melihat semula apa yang mereka perjuang dan janjikan kepada rakyat agar ia boleh menjadi kempen untuk PRU-16.
Dalam tempoh itu, rakyat menyuarakan rasa isi hati mereka tentang pemimpin yang bagaimana mereka mahu dan tentang keluh kesah terhadap masalah setempat.
Malah calon-calon yang bertanding juga membuat pelbagai tawaran untuk rakyat terutama tentang soal kebajikan dan apa perancangan masa depan.
Jadi pasca-PRN dan menuju kepada PRU-16, inilah masanya untuk mereka yang menang dan parti-parti terlibat mengotakan segala janji mereka. – UTUSAN
Muhammad Nizam Abdul Hamid ialah Pemangku Timbalan Pengarang Utusan Malaysia
PRU-16 pelengkap penguasaan BN di Johor

Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved