Ada sesuatu yang membimbangkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim apabila Seri Paduka menasihatkan semua pemimpin politik menjaga adab, tutur kata dan mengelak daripada melakukan provokasi melibatkan raja, bangsa dan agama (3R).
Sebagai ketua negara, sudah pasti perkembangan yang berlaku di negara ini termasuk isu politik berada dalam pengetahuan Seri Paduka dan perkara yang sensitif melibatkan 3R tidak boleh dibiar berlanjutan.
Ini kerana kesannya amat buruk dan boleh membawa mudarat kepada rakyat majmuk di negara ini yang selama ini hidup aman damai dan harmoni.
Sebab itu, Sultan Ibrahim menasihatkan setiap rakyat di negara ini agar menghormati prinsip Rukun Negara yang telah dipelajari sejak mereka memasuki sekolah lagi.
Lima prinsip negara adalah Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang serta Kesopanan dan Kesusilaan.
Titah Seri Paduka, Rukun Negara diperkenalkan sebagai ikrar seorang warga Malaysia bagi membina perpaduan kaum serta menjamin keharmonian masyarakat.
“Bagi membina perpaduan kaum dan menjamin keharmonian masyarakat, pada 31 Ogos 1970, kerajaan telah memperkenalkan Rukun Negara sebagai aku janji dan ikrar seorang warga Malaysia.
“Oleh yang demikian, jika ada mana-mana rakyat Malaysia yang tidak mahu mengikut prinsip Rukun Negara, mereka tidak layak digelar sebagai warganegara Malaysia,” titah Seri Paduka.
Sultan Ibrahim bertitah demikian ketika Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, semalam.
Rukun Negara bukan ikrar yang sukar untuk diikuti dan tidak perlu dipertikaikan lagi. Tidak ada yang salah pada lima prinsip itu kerana ia sememangnya ciri-ciri yang perlu ada pada setiap rakyat.
Dan kesetiaan kepada raja dan negara, juga tidak ada salahnya. Prinsip itu bukan meminta rakyat agar setia kepada raja dan negara secara membuta tuli.
Raja-raja mendengar denyut nadi rakyat begitu juga dengan kerajaan yang memerintah. Ada cara dan prosesnya jika rakyat mahu mengadu tentang masalah mereka.
Titah agar rakyat menghayati Rukun Negara itu ada kaitan dengan pelbagai isu kebelakangan ini. Ia bermula dengan isu ternakan babi di Selangor apabila Sultan Sharafuddin Idris Shah menegaskan keputusan tidak membenarkan ternakan haiwan itu di negeri tersebut adalah muktamad.
Namun ada pihak yang meminta agar ia dilihat semula dan ada pula yang menyatakan Malaysia kuasa raja secara amnya terhad kepada aspek tertentu seperti adat Melayu, Islam dan peranan berperlembagaan seperti pelantikan Menteri Besar serta perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri.
Mereka seperti mahu memberi persepsi baharu terhadap sistem raja berperlembagaan atas nama kebebasan bersuara. Ini tidak boleh berlaku dan mesti dihentikan!
Muhammad Nizam Abdul Hamid ialah Pemangku Timbalan Pengarang Utusan Malaysia
Provokasi isu 3R perlu dihentikan

Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved