Gelanggang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16 membuka tirai dengan proses penamaan calon-calon oleh parti-parti bertanding pada hari ini.
Sebelum ini, semua parti bertanding telah pun menyatakan nama-nama calon mereka. Hakikatnya, calon terakhir hanya diketahui pada hari penamaan calon. Dalam politik, apa-apa boleh berlaku. Mana tahu ada calon yang `terkorban’, gugur pada saat-saat akhir.
Berdasarkan laporan-laporan media, PRN Johor kali ini bakal menyaksikan pertembungan lebih banyak calon susulan penyertaan lebih banyak parti yang hendak mencuba nasib.
Penyertaan lebih banyak calon, memberi ruang lebih besar kepada lebih 2.7 juta pengundi untuk memilih individu terbaik bagi mewakili mereka di Dewan Undangan Negeri Johor.
Pemilihan calon-calon berupaya mengubah wajah dan landskap politik serta pentadbiran kerajaan negeri Johor yang sebelum ini diterajui oleh Barisan Nasional (BN). BN diterajui Datuk Onn Hafiz Ghazi semalam telah melancarkan manifesto mereka dengan tema `Maju Johor, Kestabilan Dikekalkan, Kemajuan Diteruskan.’ Persoalan adakah beliau mampu Kembali memerintah, jawapan ada pada rakyat Johor.
Apa yang pasti, gelanggang sudah dibuka maka bermulalah kempen meraih undi dan simpati ke pelosok negeri. Kuasa penuh kini ditangan pengundi untuk menentukan nasib calon-calon yang dipertaruhkan oleh parti-parti politik.
Untuk itu, bangsa Johor perlu menggunakan kuasa yang mereka ada dengan penuh bijaksana, memilih calon terbaik. Andai kata sebelum ini, anda tersalah pilih, maka PRN kali ini peluang untuk membetulkannya.
Prestasi wakil rakyat dan kerajaan sebelum ini boleh dijadikan kayu pengukur dalam memilih Yang Berhormat (YB) anda untuk tempoh lima tahun seterusnya. Jika dahulu YB anda adalah YB bermusim yang hanya muncul pada hari-hari tertentu atau perayaan tertentu, kini peluang untuk membetulkannya.
Jika dahulu YB anda seorang yang hanya pandai bercakap, hebat berhujah, kuat mengadu-domba, tetapi kerja zero, maka pada PRN kali ini bolehlah diubah agar wakil rakyat yang mewakili anda adalah seorang yang bijaksana, hebat bekerja bagi memajukan negeri. Jika tidak pun setanding negara jiran di seberang tambak, setidak-tidaknya Johor tidak terus ketinggalan.
PRN kali ini juga masa untuk bangsa Johor memikirkan parti mana yang boleh membawa mereka ke hadapan mendepani pelbagai cabaran ekonomi mendatang dalam era teknologi kecerdasan buatan (AI) dan susulan krisis Asia Barat. Adakah bangsa Johor terus selesa dengan penghijrahan anak-anak muda mereka ke seberang tambak mencari peluang yang lebih baik? Atau mereka bersedia untuk bersaing secara kompetitif dengan peluang-peluang pekerjaan baharu berdaya tinggi yang bakal diwujudkan oleh parti dipilih nanti?
Bagi calon-calon dan parti-parti bertanding pula, PRN kali ini bukan medan untuk mereka terus beretorik, mengadu domba, melakukan serangan peribadi hingga memecah-belahkan kesatuan rakyat. PRN kali ini adalah pentas untuk anda tawarkan perancangan terbaik khususnya pembangunan ekonomi, peluang pekerjaan kepada rakyat. Berkempenlah dengan beradab dan penuh tatasusila. Tunjukkanlah anda adalah bakal wakil rakyat bangsa Johor yang disegani. Apapun, kita tunggu sejauh mana bijaksananya bangsa Johor dalam memilih pada PRN kali ini.
Yulpisman Asli adalah Pengarang Berita Utusan Malaysia
PRN uji kebijaksanaan bangsa Johor

Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved