PRN N. Sembilan: Bolehkah status quo dipertahankan?
Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof
19 Julai 2026, 7:30 am
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan bukan sekadar pertandingan untuk memilih 36 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang baharu. Lebih penting, ia menjadi medan untuk menguji sama ada Pakatan Harapan mampu mempertahankan kedudukan mereka sebagai kerajaan, dan masih dapatsokongan rakyat. Mampukah status quo ini dipertahankan?
Ketika ramai yang mengatakan Negeri Sembilan akan turut terkena tempias kejayaan Barisan Nasional (BN) di PRN Johor, realitinya kedua-dua negeri ini mempunyai peta politik yang berbeza.
Negeri Sembilan dianggap sebagai sebuah negeri yang mempunyai kecenderungan politik yang stabil. Pengundi di negeri ini lazimnya bersifat sederhana dan lebih mengutamakan prestasi pentadbiran. Faktor inilah yang sering memberikan kelebihan kepada parti atau gabungan yang berjaya membuktikan keupayaan mentadbir dengan baik.
Walaupun pelbagai kritikan dilemparkan kepada PH sama ada di peringkat nasional mahupun negeri, tetapi segala sumbangan yang telah dilakukan dalam tempoh pentadbiran Datuk Seri Aminuddin Harun tidak boleh diketepikan begitu sahaja.
Lagi pula pengundi sekarang semakin celik maklumat. Jadikan kecelikan itu untuk menilai apa yang baik dan apa yang buruk. Nilailah prestasi ekonomi, kos sara hidup, peluang pekerjaan, harga rumah dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam kini sama ada ia lebih baik atau sekadar berada di takuk lama sebelum membuat keputusan di peti undi.
Namun perlu juga diingat, kelebihan sebagai penyandang bukan jaminan kemenangan. Sebaliknya, ia datang bersama tanggungjawab untuk mempertahankan rekod pentadbiran dan menjawab segala kelemahan yang dibangkitkan oleh lawan.
Pihak lawan pula terutama BN tidak boleh dibuai dengan kejayaan manis di Johor. Mereka perlu menawarkan naratif baharu yang lebih baik daripada yang sedia ada. Perlu meyakinkan pengundi bahawa mereka memiliki pelan yang realistik, bukannya sekadar bergantung kepada tempias kejayaan di Johor semata-mata.
Kekuatan jentera parti akan memainkan peranan penting. Dalam pertandingan yang dijangka sengit di beberapa kerusi marginal, keupayaan membawa penyokong keluar mengundi, mengurus operasi kempen dan mengekalkan disiplin dalam kalangan ahli boleh menjadi faktor pembeza antara kemenangan dan kekalahan.
Apa yang pasti, keputusan PRN Negeri Sembilan akan diperhatikan bukan sahaja oleh rakyat negeri itu, malah oleh seluruh negara. Ia bakal menjadi petunjuk terhadap tahap penerimaan rakyat terhadap gabungan politik yang memerintah serta kemampuan pembangkang menawarkan alternatif yang diyakini. Walaupun keputusan di sesebuah negeri tidak semestinya mencerminkan sentimen nasional secara keseluruhan, ia tetap mempunyai nilai politik yang besar.
Akhirnya, persoalan sama ada status quo dapat dipertahankan hanya akan terjawab di peti undi. Namun satu perkara jelas, kemenangan pada pilihan raya hari ini tidak lagi bergantung kepada sejarah atau sentimen semata-mata. Ia ditentukan oleh sejauh mana parti dan calon berjaya meyakinkan rakyat bahawa mereka mampu menawarkan kepimpinan yang berkesan, dasar yang relevan dan penyelesaian kepada cabaran kehidupan harian. – UTUSAN
Aznan Bakar adalah Pengarang Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia

Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved