POLITIK Johor membuka gelanggang dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 1 Jun lalu.
Pembubaran DUN membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan. Kerajaan negeri diterajui Barisan Nasional (BN) bertindak mengembalikan kuasa kepada lebih 2.7 juta rakyat Johor untuk memilih pemerintah baharu untuk tempoh lima tahun berikutnya.
Keputusan kerajaan negeri membubarkan DUN turut menamatkan sebarang pergeseran, kemelut politik yang wujud. PRN juga membolehkan sebuah kerajaan yang lebih kukuh bakal dibentuk. Kerajaan negeri yang kukuh amat penting untuk menarik kemasukan pelabur bagi memacu pembangunan ekonomi negeri dan kehidupan rakyat.
Johor antara negeri maju di Malaysia, berjiran dengan Singapura, memerlukan kestabilan politik yang jitu. Kestabilan politik bakal menarik pelabur-pelabur khususnya dari negara jiran. Limpahannya akan turut dinikmati oleh negara seluruhnya.
Ketika ini, rata-rata parti politik telah menyatakan kesediaan mereka untuk masuk gelanggang PRN. Jadi, adalah menjadi harapan kita, agar mereka masuk gelanggang dengan semangat dan jiwa besar untuk membawa kemajuan kepada negeri, bukan atas dasar mencari kepentingan peribadi dan kepartian.
Kita berharap parti-parti politik akan bertanding secara matang. Berkempen secara beretika dan beradab. Tidak perlu menghentam, memburukkan mana-mana karakter, tokoh, sebaliknya nyatakan tawaran-tawaran perubahan, pembaharuan, kemajuan yang hendak dilakukan. Tukang nilai adalah rakyat yang akan mengundi.
Untuk itu, mungkin langkah Johor boleh diikuti oleh negeri-negeri yang kerajaan mereka berdepan pelbagai kemelut kepartian dan politik yang tidak ada kesudahan. Dalam konteks ini, Negeri Sembilan dan Perlis yang kini dalam radar. Kemelut politik yang terus hangat dan tiada kesudahan menyebabkan kerajaan di negeri berkenaan tidak stabil. Terlalu banyak episod dramanya yang hendak dilayan oleh rakyat.
Bagi pemerhati politik, langkah pembubaran DUN dilihat pendekatan terbaik buat mana-mana negeri yang berdepan krisis politik untuk menamatkan kemelut yang berlaku. Adalah lebih baik mandat diserahkan kembali kepada rakyat. Biar rakyat yang menentukan parti mana yang perlu kekal dan parti mana yang perlu ‘disimpan’ kerana asyik mencetuskan kegusaran.
Dalam dunia yang sedang berdepan ketidaktentuan geopolitik dan ekonomi, negeri-negeri di Malaysia sepatutnya mempunyai kerajaan yang kukuh untuk berdepan cabaran mendatang, memimpin rakyat menempuh situasi ekonomi yang semakin menghimpit periuk nasi mereka.
Mana-mana negeri yang merasakan pentadbiran mereka tidak lagi serasi dan goyah, bolehlah pemilihan dikembalikan kepada rakyat dengan segera. Buat apa hendak ditangguh-tangguhkan jika penangguhan hanya menyemarakkan kekusutan. Sebarang perancangan dan dasar pun sukar hendak dilaksanakan. Hatta belanjawan peringkat negeri juga mungkin sukar dirangka sebaiknya. – UTUSAN
Yulpisman Asli ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia
PRN boleh selesai kemelut politik negeri

Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved