Adat berniaga mahu untung. Begitu juga dengan syarikat insurans yang mahu mengaut untung besar melalui penyediaan perkhidmatan perlindungan itu.
Walaupun mereka sentiasa menekankan tentang nilai murni tentang perkongsian beban atau saling membantu mereka yang ditimpa musibah, syarikat insurans sebenarnya belum bersedia untuk menanggung kos perkongsian itu apabila menguruskan skim perlindungan berkenaan. Mereka berniaga bukannya agensi kebajikan.
Sama ada insurans kesihatan, kenderaan, harta benda atau perniagaan, kesemuanya adalah potensi perniagaan untuk syarikat terlibat.
Dengan kesedaran pentingnya memiliki insurans terutama yang berkaitan kesihatan, maka jumlah pelanggan syarikat insurans semakin ramai.
Sebenarnya memang dari awal lagi apabila sistem insurans diperkenalkan, ia sebagai sokongan kepada sistem kesihatan sedia ada iaitu membantu mengurangkan tekanan jumlah pesakit yang ramai di hospital kerajaan dan memberi alternatif rawatan di hospital swasta kepada mereka yang memiliki insurans.
Dengan perkhidmatan kesihatan awam yang semakin padat, maka ramai yang mempunyai perlindungan insurans memilih hospital swasta untuk mendapatkan rawatan.
Ini kerana hospital swasta rawatannya lebih cepat seperti yang melibatkan makmal untuk pemeriksaan darah bagi menentukan tahap kesihatan dan juga jenis penyakit.
Keputusannya pula boleh diketahui segera dan rawatan dapat dilakukan secepat mungkin. Jika syarikat insurans meluluskan perlindungan untuk rawatan berkenaan, maka mereka yang terlibat akan dimasukkan ke wad pada hari sama juga.
Ini berbeza dengan hospital kerajaan yang dilihat mengutamakan mereka yang benar-benar memerlukan rawatan segera atau pun yang telah kronik.
Jika datang boleh berjalan elok, jawabnya ujian darah hanya akan diambil dalam tempoh sebulan dua lagi dan keputusannya pula pada hari yang lain.
Ya, rakyat faham keadaan itu. Maka dipendamkan sahaja perasaan mereka atau tabah menahan kesakitan sehinggalah temu janji seterusnya sebelum mengetahui penyakit sebenar dihidapi dan rawatan yang akan dilakukan.
Perkhidmatan insurans kesihatan juga kini mulai menular dalam hospital kerajaan. Sayap swasta itu menggunakan pakar perubatan sama di hospital berkenaan tetapi rawatannya lebih cepat.
Namun menurut syarikat insurans, dengan ramai yang memilih mendapatkan rawatan kesihatan swasta, maka jumlah tuntutan perlindungan juga semakin tinggi.
Ia disebabkan oleh kos rawatan dan perubatan swasta juga meningkat. Jika kos hospital swasta berpuluh kali ganda lebih tinggi daripada hospital kerajaan, ia bukan suatu yang luar biasa lagi.
Sebab itulah bayaran perlindungan insurans juga sentiasa meningkat dari semasa ke semasa.
Tahun depan yuran insuransnya akan dinaikkan lagi mengikut polisi seseorang malah ada yang mencecah 50 peratus. Semuanya atas nama berkongsi beban dan saling membantu.
Muhammad Nizam Abdul Hamid ialah Pengarang Berita Kanan Utusan Malaysia
Premium insurans naik kerana berkongsi beban

Media Mulia TV
Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved