BILA agak-agaknya keadaan politik di negara kita akan kembali stabil? Adakah jika segera diadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) keadaan akan bertambah balik? Atau situasi politik di negara kita akan berterusan seperti ini ekoran setiap parti terpaksa bergantung kepada belas kasihan parti lain untuk membentuk kerajaan.
Pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) menyaksikan fenomena politik yang paling rapuh dalam sejarah negara kita. Tumbangnya Barisan Nasional (BN) bukannya membawa kepada era politik atau pentadbiran yang lebih baik, sebaliknya mencetuskan huru-hara politik. Buktinya dalam tempoh dari Mei 2018 hingga kini Malaysia sudah ada tiga perdana menteri dari tiga parti politik yang berbeza.
Ada yang akan berhujah bahawa ini adalah bukti dinamisme politik Malaysia. Tetapi pada sudut pandang yang lain pula, ini petanda bahawa politik Malaysia sudah hilang kestabilan.
Kestabilan yang sebelum ini sering dijaja untuk menyakinkan kemasukan pelaburan asing. Sejak 2018 mereka yang mengetuai kerajaan tidak lena tidur kerana bimbang apa akan berlaku apabila bangun pagi nanti. Dalam sekelip mata kerajaan boleh berubah, perdana menteri boleh bertukar dan menteri boleh kehilangan jawatan.
Menang pada PRU14, Pakatan Harapan (PH) kelihatan telah berjaya menetapkan penanda aras baharu dalam politik Malaysia kerana berjaya mengetepikan dominasi BN selama lebih 60 tahun.
Namun kerajaan PH tumbang disebabkan Langkah Sheraton yang menyaksikan Ahli Parlimen mereka berbondong-bondong menyeberang jambatan berpakat dengan Pas dan UMNO untuk membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Pada awal pentadbiran PN nampak cantik, sehingga UMNO buat hal mengugut itu ini dan akhirnya menarik sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.
Secara tiba-tiba pemimpin dari parti yang tewas pada PRU14 diangkat mengetuai kerajaan untuk meneruskan legasi pemerintahan PN. Namun perubahan yang berlaku itu langsung tidak menggambarkan bahawa suasana politik negara sudah pulih. Walaupun berpakat membentuk kerajaan, namun UMNO, Pas dan Bersatu tetap saling curiga mencurigai.
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mengetuai barisannya ketika menarik sokongan kepada Muhyiddin sebagai Perdana Menteri, secara jelas menyatakan partinya tidak akan bekerjasama dengan Bersatu dalam pilihan raya. Itu yang akan berlaku di pilihan raya negeri Melaka, apabila UMNO setakat ini masih dengan keputusan untuk bertanding solo. Keputusan yang menghiris perasaan rakan-rakan dalam kerajaan pusat.
Kecewa dengan keputusan itu, Bersatu seolah-olah mahu membalas dendam apabila dikatakan akan menarik sokongan kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri jika UMNO tetap berpendirian mahu bertanding solo. Jika sebelum ini UMNO mengugut Bersatu, kini giliran Bersatu pula mengugut UMNO.
Kesannya adalah kepada kestabilan dan menjejaskan keyakinan orang luar terutama para pelabur asing terhadap negara kita. Tetapi apa boleh buat. Politik adalah berkaitan dengan kuasa. Dan para pemain politik sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapat dan mengekalkan kuasa.
Aznan Bakar adalah Pengarang Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia.
Politik ugut mengugut jejas kestabilan negara

Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved