Polis tak berevolusi seperti scammer? - Utusan Malaysia

Polis tak berevolusi seperti scammer?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Scammer semakin hari semakin merisikokan duit rakyat untuk ghaib sekelip mata. Apa tidaknya jika telefon Perdana Menteri pun scammer mampu godam.

Hebat sungguh scammer dan setakat ini mangsa-mangsa termasuk hanya mampu buat laporan polis. Bagi yang sudah rugi, jangan menaruh harapan untuk mendapat semula wang tersebut.
Buat masa ini, institusi kewangan tidak pernah mengaku bahawa pihak mereka turut mempunyai kelemahan dalam menyekat jenayah siber.

Susulan itu bangkit beberapa desakan ahli politik dan NGO agar pihak bank menilai semula kelemahan sistem pembankan mereka yang dikhuatiri turut menyumbang kepada peningkatan kes-kes jenayah scammer.

Ini kerana dalam sesetengah kes kenapa ada sistem bank boleh ditiru atau digodam. Mangsa tanpa perlu mendedahkan pin keselamatan tetapi wang dalam akaun boleh ghaib begitu sahaja.

Berbanding jika pelanggan berurusan dengan staf bank untuk mengeluarkan wang berkaitan insurans ia tidak semudah seperti kes anda ditipu scammer.

Percaya atau tidak, untuk mengeluarkan duit bonus pelan insurans di sebuah bank yang tidak sampai RM20,000, pelanggan diminta menunggu sampai dua minggu.

Justeru, bagaimana pula dalam kes scammer, penjahat boleh melakukan transaksi dalam sekelip mata sehingga licin wang simpanan dalam akaun bank.

Masihkah ingat sekitar tahun 2014, Geng Asbestos dianggotai warga Amerika Latin menggodam mesin ATM. Jenayah tersebut menarik perhatian kerana kejadiannya `luar biasa’ apabila wang dalam mesin ATM hilang begitu sahaja.

Bukit Aman menerusi Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) sehingga kini didakwa tidak dapat mengesan jejak penjenayah warga asing itu.
Antara punca rompakan tersebut dikaitkan dengan penggunaan mesin ATM terpakai yang dibeli institusi kewangan negara ini.

Kini timbul pula jenayah siber dan sekali lagi kepakaran polis bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) diuji.

Bagi mengatasi jenayah itu, polis, SKMM dan institusi kewa­ngan melancarkan kempen bersama memerangi scammer. Namun usaha yang turut dimeriahkan dengan kain rentang tidak meredakan malah tambah menggusarkan.

Ini kerana, sindiket scammer terus berevolusi dan terbaharu penyenayah itu boleh memintas talian telefon rakyat termasuk telefon PM hanya menggunakan alat panggilan suara (VoIP) yang boleh dibeli di Lazada dengan harga sekitar RM1,000.

Evolusi tersebut memudahkan scammer kerana mereka tidak lagi perlu membeli nombor mangsa yang didakwa dijual ejen-ejen syarikat telco.

Nampaknya scammer terus maju, namun apa cerita di pihak polis dan SKMM. Contoh jika scammer diketahui memiliki alatan memintas telefon mangsa, apa pula alatan dimiliki polis dan SKMM untuk menyahaktif alatan scammer.

Atau benarkah andaian sesetengah pakar teknologi bahawa dalam kedudukan sekarang, polis dan SKMM tidak mampu me­nyaingi teknologi scammer.
Diburukkan lagi apabila ada generasi dalam polis yang didakwa (belum tentu betul) tidak tahu mengendali perkakas teknologi apatah lagi memahami tatacara scammer buat penipuan.

 

Teon Eg ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya