BUKAN sahaja berbelas ribu kes Covid-19 naik setiap hari diikuti penuh bimbang rakyat Malaysia, kemelut ditimbulkan parti-parti politik yang memuncak malam kelmarin dan semalam terhadap sokongan kepada Perdana Menteri turut jadi perhatian.
Hakikat kepada penyelesaian isu ini termasuk polemik berapa jumlah surat sokongan atau akuan bersumpah (SD) sekiranya ada, biarlah kita serahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk merungkaikan.
Lagipun, jawatan Perdana Menteri bukannya muncul secara tiba-tiba. Punca terwujudnya jawatan ketua kerajaan itu adalah daripada Raja-raja Melayu sendiri.
Sesiapa yang menelusuri sejarah Perlembagaan Persekutuan cukup maklum bahawa sebelum merdeka, Semenanjung Tanah Melayu diperintah oleh Raja-raja walaupun menerusi pentadbiran British.
British pun hormat kepada Raja terutama menerusi para penasihatnya seperti Frank Swettenham, Hugh Clifford dan Mubin Sheppard. Penglibatan tokoh-tokoh akademik seperti R.J Wilkinson, A. Caldecott, Richard Winstedt selaku sarjana dalam hal ehwal Melayu turut mendukung sistem Malaya.
Kerana Raja-rajalah, orang Melayu mendapat Perdana Menterinya sendiri. Ia bermula dari Perjanjian Persekutuan Malaya bagi pihak British dan Raja-raja Melayu pada 21 Januari 1948 yang menubuhkan secara rasmi Semenanjung Tanah Melayu.
Tidak lama kemudian, kemenangan menakjubkan Tunku Abdul Rahman Putra dan 51 ahli yang lain daripada UMNO, MCA dan MIC dengan memenangi 51 daripada 52 kerusi dalam Pilihan Raya Majlis Persekutuan 1955 menyakinkan British bahawa Malaya perlu dikembalikan kepada rakyat Malaya. Tunku dilantik Ketua Menteri Malaya yang pertama.
Pembentukan Suruhanjaya Reid pada Februari 1957, antara lain menyemai benih kerajaan dalam draf Perlembagaan Persekutuan Malaya. Suruhanjaya berpendapat Persekutuan sepatutnya mempunyai Kerajaan Persekutuan yang kukuh. Yang di-Pertuan Agong (digelar Yang di-Pertuan Besar dalam laporan Suruhanjaya Reid) adalah puncak Eksekutif walaupun kuasa eksekutif sebenar di tangan Perdana Menteri yang dibantu oleh ahli-ahli Kabinet beliau.
Di bawah tajuk “Tanggungjawab dan Tempoh Jawatan Menteri-menteri dan Jangka Hayat Parlimen”, Suruhanjaya itu melaporkan: “Kami mengesyorkan (Artikel 35) bahawa ia sepatutnya menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Besar untuk melantik Perdana Menteri Persekutuan. Perdana Menteri mestilah seorang ahli Dewan Rakyat. Yang di-Pertuan Besar biasanya akan melantik pemimpin parti yang mendapat sokongan bilangan besar dalam Dewan Rakyat kerana tidak ada orang lain yang dapat menguasai keyakinan Dewan, tetapi mungkin ada ketikanya wujud keraguan mengenai siapa yang patut dilantik, dan kita lihat tidak ada alternatif lain yang praktikal untuk membiarkan Yang di-Pertuan Besar untuk memilih orang yang difikirkannya dapat menguasai keyakinan Dewan Rakyat…”
Isu darurat yang dikatakan pembangkang sebagai ‘krisis kerajaan Perikatan Nasional (PN)-Istana’, elok Perdana Menteri selesaikan dengan Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu, bukan oleh `orang luar’. Baginda Tuanku berkuasa untuk menentukan habis tempoh atau mahu ditempohkan awal penamatan proklamasi darurat dan ordinannya yang ada pada Perkara 150 (3).
Semua kenyataan parti-parti politik kepada titah Tuanku dimulakan dengan perkataan “menjunjung kasih”. Marilah kita tidak kira kalangan pemimpin-politik dan rakyat menterjemahkannya dalam bentuk paling asas – berpegang kepada prinsip demokrasi berparlimen di bawah pentadbiran Raja Perlembagaan.
Daulat Tuanku!
Zulkifli Jalil ialah Timbalan Pengarang Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia.
Laman web ini akan menyimpan dan menggunakan data cookies anda bagi meningkatkan pengalaman sepanjang berada di laman web kami. SETUJU
Privacy & Cookies Policy
Privacy Overview
This website uses cookies to improve your experience while you navigate through the website. Out of these cookies, the cookies that are categorized as necessary are stored on your browser as they are essential for the working of basic functionalities of the website. We also use third-party cookies that help us analyze and understand how you use this website. These cookies will be stored in your browser only with your consent. You also have the option to opt-out of these cookies. But opting out of some of these cookies may have an effect on your browsing experience.
Necessary cookies are absolutely essential for the website to function properly. This category only includes cookies that ensures basic functionalities and security features of the website. These cookies do not store any personal information.
Any cookies that may not be particularly necessary for the website to function and is used specifically to collect user personal data via analytics, ads, other embedded contents are termed as non-necessary cookies. It is mandatory to procure user consent prior to running these cookies on your website.
PM tak muncul tetiba, datangnya dari Raja

Media Mulia TV