PKR kini berdepan persoalan yang jauh lebih besar daripada sekadar menentukan siapa bakal menduduki kerusi Presiden selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim. Persoalan sebenar ialah sama ada parti itu mampu membina kepimpinan pasca Anwar yang mempunyai pengaruh politik untuk meneruskan perjuangan sejak era Reformasi.
Anwar bukan sekadar Presiden PKR, malah menjadi wajah paling dominan parti itu sejak penubuhannya. Maka, proses peralihan kepimpinan tidak boleh dilihat seperti pertukaran biasa dalam sebuah parti politik.
Hakikat bahawa Anwar sendiri pernah berdepan persaingan sengit dalam menentukan penggantinya dan ia bukan perkara baharu. Pemilihan Timbalan Presiden pada 2025 menyaksikan Nurul Izzah Anwar menewaskan penyandang ketika itu, Datuk Seri Rafizi Ramli dalam pertandingan yang dianggap penting untuk menentukan arah masa depan parti.
Namun perkembangan selepas pemilihan tersebut menimbulkan persoalan baharu. Rafizi akhirnya meninggalkan PKR dan memilih untuk memimpin Parti Bersama Malaysia, sekali gus menyingkirkan salah seorang tokoh yang sebelum ini sering dilihat sebagai antara calon untuk mengambil alih kepimpinan PKR selepas Anwar.
Kini keputusan Nurul Izzah untuk berundur daripada tugas Timbalan Presiden dan mengambil cuti pula menambah lapisan ketidakpastian. Walaupun PKR menolak peletakan jawatan itu dan mengekalkan beliau sebagai pemegang jawatan, keputusan berkenaan tetap menimbulkan persoalan mengenai arah kepimpinan parti.
Lebih penting, perkembangan itu berlaku ketika PKR sedang berusaha menyusun semula kekuatan menghadapi pilihan raya akan datang. Sebelum ini, dua Naib Presiden iaitu Datuk Seri Amirudin Shari dilantik bersama Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail untuk mengendalikan gerak kerja pilihan raya selepas Nurul Izzah tidak lagi memegang portfolio berkenaan.
Dalam konteks itu, kedua-duanya mempunyai pengalaman pentadbiran serta jaringan politik yang luas. Namun, persoalan yang lebih besar ialah sama ada salah seorang daripada mereka mempunyai daya tarikan politik yang cukup untuk menggantikan Anwar sebagai simbol utama PKR.
Amirudin mempunyai kelebihan sebagai Menteri Besar Selangor, Saifuddin pula mempunyai pengalaman dalam kerajaan Persekutuan dan parti. Tetapi pengalaman pentadbiran sahaja belum tentu mencukupi untuk mengambil alih sebuah parti yang selama ini sangat sinonim dengan agenda reformasi.
PKR juga perlu berhati-hati supaya proses peralihan tidak menghasilkan satu lagi perpecahan dalaman. Pengunduran Rafizi dan beberapa tokoh lain sebelum ini memperlihatkan bagaimana perbezaan pandangan mengenai hala tuju parti boleh berkembang menjadi persaingan politik yang lebih besar.
Cabaran terbesar sebenarnya ialah mengembalikan keyakinan akar umbi bahawa PKR masih mempunyai identiti yang jelas. Ini penting kerana generasi baharu PKR mungkin tidak mempunyai sejarah Reformasi 1998. Mereka lebih cenderung menilai parti berdasarkan prestasi ekonomi, tadbir urus dan kos sara hidup.
Akhirnya, persoalan PKR selepas Anwar? Ia akan terjawab kepada PKR sendiri. Jika sebaliknya, ia kelak bukan hanya menandakan berakhirnya satu era, tetapi boleh menjadi titik paling kritikal dalam menentukan sama ada PKR terus menjadi kuasa utama politik negara.
Juani Munir Abu Bakar ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia
PKR selepas Anwar Ibrahim

Media Mulia TV
Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved