PKPB bagai pesta cuti balik kampung - Utusan Malaysia

PKPB bagai pesta cuti balik kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

‘Kami hanya minta orang ramai berada dalam rumah dan kalau tidak mampu tolong patuhi SOP’. Ini antara tulisan di Twitter Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah buat rakyat Malaysia minggu lalu.

Tuliasan Ketua Pengarah Kesihatan ketika Malaysia dilanda situasi cemas ekoran Covid-19 menyerang semula. Angka jangkitan dua minggu lalu bagaikan tidak mahu turun apabila tiap-tiap hari merekodkan lebih 300 kes baharu.

Tidak diketahui bagaimana barisan Noor Hisham berdepan peningkatan kes sebegini. Permohonan staf kontrak tidak sampai 2,000 orang diharapkan tidak mengambil masa lama untuk diluluskan kerajaan.

Permintaan Noor Hisham mengundang sayu, kasihan dan ada yang insaf seketika. Namun sejauh mana ia mampu melekat dalam kepala rakyat Malaysia?

Semalam hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKP) dilaksanakan semula sehingga 27 Oktober ini. Sehari menjelang PKPB yang melarang pergerakan rentas daerah apatah negeri, jalan-jalan utama ke pantai timur, utara dan selatan sesak.

Pengisytiharan PKPB bagai pesta cuti balik kampung kerana berduyun-duyun warga Lembah Klang ambil kesempatan balik kampung. Macam-macam alasan untuk memunasabahkan pergerakan mereka.

Belum seminggu rayuan Noor Hisham meminta rakyat sama-sama melandaikan semula lekuk Covid-19 namun tindakan balik kampung menunjukkan mereka sebenarnya tidak peduli dan tidak takut pun dengan Covid-19.

Mungkinkah kumpulan tersebut beranggapan Noor Hisham ada keajaiban menyekat Covid-19 daripada menjangkiti mereka?

Pelaksanaan PKPB antara paling utama tidak mahu jangkitan merebak ke lokasi lain apatah lagi negeri-negeri yang masih selamat seperti Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Perlis.

Mereka yang pulang berhimpun bersama saudara di kampung dikhuatiri membawa bersama virus korona. Jika itu berlaku rantaian Covid-19 terus menular dan tindakan tersebut menambah buruk situasi yang sedia buruk.

Inilah sikap rakyat Malaysia tidak kira orang biasa atau ahli-ahli politik, kebanyakan tahu cakap, komplain dan beri cadangan. Sampai ke batang hidung sendiri belum tentu mereka ikut seperti apa dicakap diri sendiri.

Namun dalam ramai yang degil rupanya masih ada juga yang terlalu patuh SOP sehingga berasa `kecil hati’ apabila anggota polis menjaga sekatan tidak memperdulikan perjalanannya rentas daerah untuk bekerja.

Teon Eg ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia

 

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya