Langkah kerajaan memperkenalkan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) tahun hadapan perlu disambut baik oleh masyarakat. Ia bagi melengkapkan generasi muda dengan jati diri dan hidup bermasyarakat.
Berdasarkan kajian yang dilakukan, sebanyak 67 peratus daripada 2,633 responden bersetuju dengan pelaksanaan semula PLKN 3.0 susulan tinjauan umum yang dilaksanakan sejak 24 Januari hingga 30 Januari 2024.
Umumnya, pakar-pakar dan bekas pelatih PLKN berpendapat, inisiatif kerajaan itu tepat pada masanya dan penting, memandangkan generasi muda hari ini terdedah kepada pelbagai pengaruh asing negatif susulan perkembangan teknologi.
Semalam, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pihaknya sedang memuktamadkan beberapa perkara berhubung pelaksanaan PLKN yang dijangka bermula tahun hadapan.
Antara perkara sedang diperinci adalah aspek kurikulum, kaedah pelaksanaan serta penglibatan beberapa agensi lain yang boleh membantu program tersebut.
“Kita dalam proses untuk menentukan kurikulum dan PLKN yang akan diperkenalkan semula itu lebih kurang dalam 20 peratus kenegaraan manakala 80 peratus adalah berasaskan kepada latihan ketenteraan,” katanya.
Kita semua maklum generasi muda adalah pewaris masa depan negara. Untuk itu, mereka perlu didedahkan dengan seberapa banyak maklumat dan pengalaman yang dapat membantu mereka menjadi warganegara yang matang dan berketerampilan.
Modul PLKN mesti merangkumi hal mengembangkan patriotisme, perpaduan kaum, khidmat komuniti, generasi aktif, bijak dan yakin diri, karakter positif dan bernilai murni selain ketaatan kepada kerajaan.
Untuk itu, pemilihan peserta adalah penting. Pelajar yang berkepemimpinan tinggi di sekolah dan dalam masyarakat, selain yang melibatkan diri dengan khidmat komuniti, rasanya tidak perlukan program ini.
Sebaliknya, fokus kepada belia yang tiada arah hidup, tidak bermotivasi untuk menyambung pengajian, tidak berkeperluan untuk membantu menyara hidup keluarga dan yang bermasalah disiplin. Cuma pilihan untuk mendaftar diri secara sukarela juga perlu dikekalkan.
Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2022 mendedahkan satu daripada empat remaja mengalami tekanan emosi manakala satu daripada lapan remaja berumur 10 hingga 19 tahun menghadapi gangguan kesihatan mental.
Angka itu menunjukkan peningkatan berbanding lebih sedekad lalu.
Ringkas kata, kita harap PLKN yang diadakan dalam tempoh empat ke enam bulan itu kelak dapat mengembalikan semula generasi muda ke dunia yang nyata. Hidup yang sentiasa berhadapan dengan cabaran. Bukannya hidup yang celik mata saja menghadap telefon bimbit dan gajet.
Senang cerita, kita tidak mahu golongan belia yang ada terus hanyut dan menjadi hamba ‘gadget’ tanpa mempedulikan apa yang sedang berlaku di negara kita atau di sekeliling mereka.
Kita mahu generasi muda yang sedar akan tanggungjawab mereka terhadap agama, bangsa dan negara. Seterusnya menjadi individu yang kalis cabaran di masa depan. – UTUSAN
Mohd. Radzi Mohd. Zin ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia.
Pilih remaja yang tepat sertai PLKN

Media Mulia TV
Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved