Pesawah itu aset, bela dan angkatlah darjat mereka
Oleh Yulpisman Haji Asli
14 Mei 2026, 8:30 am
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
SELEPAS hilang untuk sekian lama, beras tempatan akhirnya dilihat kembali di pasaran. Namun, tidak dapat dipastikan bekalan beras tempatan itu boleh dibeli di semua pasar raya dan kedai di seluruh negara.
Bagi pengguna, beras yang dijual RM26 untuk sekampit 10 kilogram, membantu mereka mendepani pelbagai kenaikan kos yang lain. Ia turut membantu ramai peniaga terutama peniaga nasi lemak dan nasi ayam.
Justeru, pengorbanan pesawah terus membanting tulang menanam padi, perlu dihargai. Jika tiada lagi yang sanggup turun ke bendang, berjemur setiap hari di bawah terik mentari, negara terpaksa berbelanja lebih besar untuk mendapatkan makanan termasuk beras import bagi memenuhi keperluan berjuta rakyat. Itupun jika ada negara yang sedia membekalkan beras walau dalam apa kondisi, dan Malaysia pula mempunyai kewangan yang kukuh.
Bagaimana jika situasi sebaliknya berlaku?
Negara dilaporkan membelanjakan lebih RM70 bilion setahun untuk kos import makanan termasuk beras, gandum, daging dan susu. Kos dijangka meningkat saban tahun disebabkan pelbagai faktor.
Untuk itu, pelbagai isu yang dihadapi pesawah seperti diluahkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) PeSAWAH dalam temubual bersama Utusan Malaysia kelmarin, perlu ditangani secara total oleh pihak kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
Masalah harga lantai padi yang dibangkitkan misalnya, perlu diatasi segera. Jangan dibiarkan ia berlarutan yang hanya melemahkan semangat pesawah. Dengan peningkatan pelbagai kos operasi, masih wajarkah harga RM1,500 per tan metrik?
Kerajaan dilapor memperuntukkan sebanyak RM15 bilion tahun ini untuk melaksanakan pelbagai program membawa rakyat keluar daripada kepompong kemiskinan. Jumlah itu pasti meningkat setiap tahun sekiranya kelompok berkenaan masih gagal dikeluarkan daripada kemiskinan.
Rata-rata pesawah dan petani dilaporkan dalam kumpulan ini. Dapatkah mereka keluar daripada kepompong kemiskinan sekiranya pendapatan tidak meningkat? Bagaimana pendapatan mereka hendak meningkat jika harga lantai belian padi di bawah paras gaji minimum? Sungguh ironi, di sebalik beras makanan ruji penduduk, usaha mengangkat darjat dan membela nasib golongan pesawah masih gagal dilaksanakan secara total.
Seperkara lagi yang perlu diberi perhatian, jumlah pesawah yang ada amat kecil berbanding jumlah penduduk Malaysia. Berdasarkan data terkini, bilangan pesawah di Malaysia sekitar 200,000 hingga 230,000 orang. Majoriti iaitu 87.4 peratus, mengusahakan sawah secara individu. Khabarnya, rata-rata sudah berusia dan tiada pelapis.
Mengambil kira kondisi dunia yang tidak pernah aman dengan pelbagai konflik geopolitik dan ancaman wabak penyakit, golongan pesawah ini adalah aset yang perlu dibela serta diangkat kedudukan mereka. Mereka menyediakan makanan untuk kita dan usaha mereka perlu dibantu.
Sektor pertanian khususnya industri padi adalah jaminan keselamatan negara. Pemodenan dan penglibatan generasi muda pula akan memajukan sektor ini seterusnya membantu negara mengurangkan kos import makanan.
Penggantungan kepada tenaga kerja asing juga boleh dikurangkan.
Memodenkan industri padi negara dan membela nasib petani ibarat menyediakan payung sebelum hujan. Jika tidak pun hujan, payung tetap berguna ketika musim kemarau. – UTUSAN
Yulpisman Asli adalah Pengarang Berita Utusan Malaysia

Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved