SEBAGAI sebuah negara majmuk, perpaduan dan keharmonian antara kaum merupakan antara kepentingan nasional paling utama bagi Malaysia.
Umum mengetahui, cara paling berkesan untuk memupuk perpaduan adalah melalui penggunaan Bahasa Melayu.
Rakyat negara ini telah lama disatukan menerusi bahasa yang sama dan daripada situlah lahirnya rasa kebersamaan atau ‘sense of belonging’ yang menjadi teras kekuatan rakyat Malaysia.
Lebih-lebih lagi, kedudukan Bahasa Melayu termaktub dengan jelas dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.
Ia menjadikan tanggungjawab mempertahankannya sebagai kepentingan kebangsaan yang sama sekali tidak boleh diketepikan.
Namun timbul persoalan, sejak bila pula penggunaan bahasa Inggeris semata-mata bagi menarik kehadiran pelancong boleh dianggap sebagai kepentingan nasional? Sehingga boleh mengenepikan kedudukan Bahasa Melayu itu sendiri.
Malangnya, itulah kenyataan yang keluar daripada mulut seorang menteri baru-baru ini.
Ironinya, kenyataan itu dibuat pada hari yang sama keluarnya Surat Edaran Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) berhubung penggunaan bahasa Melayu dalam semua urusan rasmi kerajaan.
Menurut surat edaran yang ditandatangani Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz itu, segala perkara, aktiviti, program dan projek yang dianjur atau diuruskan oleh kerajaan hendaklah menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya.
Arahan itu selaras dengan komitmen dan ketetapan kerajaan untuk terus memperkasa serta memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara.
Tiada salahnya usaha menarik kehadiran pelancong. Namun memperkecilkan peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan amatlah mengecewakan.
Hal lain, berprasangka terhadap kehadiran wartawan mempunyai niat menimbulkan isu atau menjejaskan imej kerajaan juga adalah sesuatu yang tidak wajar sama sekali.
Sebagai seorang ahli politik dan pemimpin berpengalaman seharusnya beliau mampu menjawab dengan tenang, berfakta dan berhemah, bukannya defensif dan terburu-buru.
Wartawan terlatih di negara ini masih berpegang teguh kepada etika kewartawanan, mereka hadir melapor dengan hanya satu niat untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat, bukan untuk menjejaskan usaha kerajaan.
Wartawan hakikatnya mewakili suara khalayak. Dikecam, disergah, dimalukan malah diugut semua itu sudah menjadi asam garam dunia kewartawanan.
Mereka sudah lali, tebal muka dan merah telinga, namun tetap teguh menjalankan amanah demi kebenaran dan kepentingan awam.
Badrul Hafizan Mat Isa ialah Penolong Pengarang Berita Utusan Malaysia – UTUSAN
Pertahan Bahasa Melayu juga kepentingan nasional

Media Mulia TV
Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved