ESOK rakan-rakan saya penganut agama Hindu menyambut perayaan Deepavali.
Terima kasih kepada masyarakat India yang turut bersama kaum-kaum serta etnik lain dari Perlis hingga ke Sabah dalam menjadikan Malaysia yang aman dan stabil hari ini.
Aset, kekuatan dan daya tahan Malaysia terletak dalam pembentukan kaum yang pelbagai – masa depan yang berbilang budaya dan kaum.
Begitupun jangan kita ambil mudah. Perbilangan kaum ini akan di tahap runcing jika tidak dipupuk setiap masa dengan prinsip penggabungan dan penerapan nilai-nilai sejagat.
Apatah lagi dengan bilangan pengguna Internet negara menunjukkan peningkatan kepada kira-kira 25 juta pengguna, mewakili 79 peratus penduduk negara.
Daripada jumlah itu, 75 peratus menggunakan perkhidmatan media sosial dan memperuntukkan purata lima sehari di laman media sosial.
Dengan kadar penembusan jalur lebar isi rumah meningkat kepada 70 peratus manakala berikutan penembusan telefon mudah alih melebihi 100 peratus, kini terdapat lebih 50 juta langganan.
Saya tidak mahir sepak terajang politik. Namun amat berharap ahli-ahli politik kerajaan dan pembangkang dapat memainkan peranan penting memupuk perpaduan dan keharmonian kaum dalam keadaan perbezaan ideologi dan fahaman.
Rakyat Malaysia dengan perbezaan agama, bahasa dan warna kulit telah menjadikan masyarakatnya kaya dengan pelbagai budaya.
Perbezaan inilah menjadi kekuatan. Bukan kelemahan dalam pembentukan bangsa Malaysia, unity in diversity (perpaduan dalam kepelbagaian).
Meskipun cabaran untuk Malaysia memasuki 2021 `agak sukar dijangka rupa bentuknya’ dengan kekangan ekonomi dari ancaman pandemik Covid-19, namun paling utama, negara perlu berwaspada setiap masa dalam menguruskan kerumitan berbilang kaumnya.
Dan politik bukanlah tempatnya di mana nasib memainkan peranan yang terlalu besar. Dalam politik, pilihan kaedah pemandu-automatik tidak membantu untuk mencapai kejayaan. Semua perkara harus dirancang dan dilakukan dalam kaedah manual hampir setiap masa.
Edmund Burke yang dipetik dari The Oxford Dictionary of Quatations (3rd. Edn.) 1980 memberi pengertian mengenai peranan ahli politik.
“Setiap ahli politik kena berkorban kepada limpah kurnia tuhan dan mematuhi pemikiran/munasabah (Every politician ought to sacrifice to the grace and to join compliance with reason).
Di sebalik itu, adalah sesuatu yang benar untuk mengatakan bahawa Parlimen telah memberi kesan kepada kehidupan semua lapisan masyarakat rakyat Malaysia. Ia telah meluluskan tidak kurang 2,200 undang-undang utama melalui pelbagai akta di Parlimen dan pindaan.
Dengan keahlian seramai 104 orang pada 1959, kini Dewan Rakyat telah menjadi seramai 222 ahli yang mewakili 20 parti kerajaan, pembangkang selain wakil bebas.
Badan perundangan negara turut berjaya melalui sekurang-kurangnya lima perisytiharan Darurat (Konfrantasi 1964, Isu Stephen Kalong Ningkan di Sarawak 1966, rusuhan kaum 13 Mei 1969, rusuhan politik di Kelantan 1977 dan darurat jerebu 1997, 2005, 2013), 16 Yang di-Pertuan Agong dan lapan kepimpinan Perdana Menteri.
Walaupun dengan pertukaran kerajaan buat pertama kali pada 9 Mei 2018 sejak merdeka, diikuti kerajaan 22 bulan 24 Februari sebelum disusuli kerajaan sekarang, selain keadaan Parlimen mencerminkan manifestasi `mudah tersinggung dan panas’, realitinya demokrasi di Malaysia masih terus wujud dan bertahan.
Dan pagi esok di Shah Alam, pasti saya akan menerima thosai dan murukku daripada jiran saya, Letchumanan. Selamat menyambut Hari Deepavali.
Zulkifli Jalil ialah Timbalan Pengarang Utusan Malaysia
Laman web ini akan menyimpan dan menggunakan data cookies anda bagi meningkatkan pengalaman sepanjang berada di laman web kami. SETUJU
Privacy & Cookies Policy
Privacy Overview
This website uses cookies to improve your experience while you navigate through the website. Out of these cookies, the cookies that are categorized as necessary are stored on your browser as they are essential for the working of basic functionalities of the website. We also use third-party cookies that help us analyze and understand how you use this website. These cookies will be stored in your browser only with your consent. You also have the option to opt-out of these cookies. But opting out of some of these cookies may have an effect on your browsing experience.
Necessary cookies are absolutely essential for the website to function properly. This category only includes cookies that ensures basic functionalities and security features of the website. These cookies do not store any personal information.
Any cookies that may not be particularly necessary for the website to function and is used specifically to collect user personal data via analytics, ads, other embedded contents are termed as non-necessary cookies. It is mandatory to procure user consent prior to running these cookies on your website.
Perpaduan kaum aset Malaysia
ESOK rakan-rakan saya penganut agama Hindu menyambut perayaan Deepavali.
Terima kasih kepada masyarakat India yang turut bersama kaum-kaum serta etnik lain dari Perlis hingga ke Sabah dalam menjadikan Malaysia yang aman dan stabil hari ini.
Aset, kekuatan dan daya tahan Malaysia terletak dalam pembentukan kaum yang pelbagai – masa depan yang berbilang budaya dan kaum.
Begitupun jangan kita ambil mudah. Perbilangan kaum ini akan di tahap runcing jika tidak dipupuk setiap masa dengan prinsip penggabungan dan penerapan nilai-nilai sejagat.
Apatah lagi dengan bilangan pengguna Internet negara menunjukkan peningkatan kepada kira-kira 25 juta pengguna, mewakili 79 peratus penduduk negara.
Daripada jumlah itu, 75 peratus menggunakan perkhidmatan media sosial dan memperuntukkan purata lima sehari di laman media sosial.
Dengan kadar penembusan jalur lebar isi rumah meningkat kepada 70 peratus manakala berikutan penembusan telefon mudah alih melebihi 100 peratus, kini terdapat lebih 50 juta langganan.
Saya tidak mahir sepak terajang politik. Namun amat berharap ahli-ahli politik kerajaan dan pembangkang dapat memainkan peranan penting memupuk perpaduan dan keharmonian kaum dalam keadaan perbezaan ideologi dan fahaman.
Rakyat Malaysia dengan perbezaan agama, bahasa dan warna kulit telah menjadikan masyarakatnya kaya dengan pelbagai budaya.
Perbezaan inilah menjadi kekuatan. Bukan kelemahan dalam pembentukan bangsa Malaysia, unity in diversity (perpaduan dalam kepelbagaian).
Meskipun cabaran untuk Malaysia memasuki 2021 `agak sukar dijangka rupa bentuknya’ dengan kekangan ekonomi dari ancaman pandemik Covid-19, namun paling utama, negara perlu berwaspada setiap masa dalam menguruskan kerumitan berbilang kaumnya.
Dan politik bukanlah tempatnya di mana nasib memainkan peranan yang terlalu besar. Dalam politik, pilihan kaedah pemandu-automatik tidak membantu untuk mencapai kejayaan. Semua perkara harus dirancang dan dilakukan dalam kaedah manual hampir setiap masa.
Edmund Burke yang dipetik dari The Oxford Dictionary of Quatations (3rd. Edn.) 1980 memberi pengertian mengenai peranan ahli politik.
“Setiap ahli politik kena berkorban kepada limpah kurnia tuhan dan mematuhi pemikiran/munasabah (Every politician ought to sacrifice to the grace and to join compliance with reason).
Di sebalik itu, adalah sesuatu yang benar untuk mengatakan bahawa Parlimen telah memberi kesan kepada kehidupan semua lapisan masyarakat rakyat Malaysia. Ia telah meluluskan tidak kurang 2,200 undang-undang utama melalui pelbagai akta di Parlimen dan pindaan.
Dengan keahlian seramai 104 orang pada 1959, kini Dewan Rakyat telah menjadi seramai 222 ahli yang mewakili 20 parti kerajaan, pembangkang selain wakil bebas.
Badan perundangan negara turut berjaya melalui sekurang-kurangnya lima perisytiharan Darurat (Konfrantasi 1964, Isu Stephen Kalong Ningkan di Sarawak 1966, rusuhan kaum 13 Mei 1969, rusuhan politik di Kelantan 1977 dan darurat jerebu 1997, 2005, 2013), 16 Yang di-Pertuan Agong dan lapan kepimpinan Perdana Menteri.
Walaupun dengan pertukaran kerajaan buat pertama kali pada 9 Mei 2018 sejak merdeka, diikuti kerajaan 22 bulan 24 Februari sebelum disusuli kerajaan sekarang, selain keadaan Parlimen mencerminkan manifestasi `mudah tersinggung dan panas’, realitinya demokrasi di Malaysia masih terus wujud dan bertahan.
Dan pagi esok di Shah Alam, pasti saya akan menerima thosai dan murukku daripada jiran saya, Letchumanan. Selamat menyambut Hari Deepavali.
Zulkifli Jalil ialah Timbalan Pengarang Utusan Malaysia
Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved