Laporan Utusan Malaysia hari ini tentang RM90 bilion nilai harta faraid yang ‘beku’ dan tidak dituntut memerlukan tindakan segera menyelesaikannya.
Mengikut Amanah Raya Berhad, 90 peratus daripadanya dimiliki oleh orang Melayu. Bayangkan betapa ruginya nilai aset sebanyak itu tidak dapat dicairkan untuk dibangunkan bagi memajukan lagi ekonomi orang Islam.
Antara punca utama ini berlaku adalah sikap ambil mudah bab faraid. Selain itu, malas untuk turun-naik Mahkamah Syariah untuk menguruskan proses terlibat. Memang kita perlukan harta semasa hidup supaya menikmati kehidupan yang selesa tetapi dalam banyak hal, harta pusaka jugalah yang membawa kepada pergaduhan dalam kalangan waris dan keluarga.
Faraid adalah satu hukum pewarisan harta pusaka bagi orang Islam yang telah dinyatakan secara jelas di dalam al-Quran. Ia mengenai siapa yang berhak terhadap harta peninggalan tersebut dan berapa bahagian yang ditetapkan bagi setiap waris yang layak.
Malangnya, disebabkan kurang pengetahuan ramai orang Islam menyangka harta mereka akan diagihkan terus kepada waris mengikut faraid setelah mereka meninggal dunia. Ringkas kata, meninggal aja hari ini, minggu depan boleh dapat faraid. Hukum faraid hanyalah tentang pengagihan.
Hakikatnya, ramai tidak sedar yang harta pusaka di Malaysia ini terbahagi kepada dua iatu aspek pentadbiran dan agihan. Faraid tidak boleh berlaku tanpa proses pentadbiran yang melibatkan banyak prosedur dan agensi tertentu termasuk ARB dan juga mahkamah syariah.
Punca utama kelewatan urusan faraid adalah kerana ada waris tidak menyegerakan urusan pembahagian harta pusaka selepas kematian. Ramai yang anggap ia topik sensitif untuk dibincangkan sekali gus bimbang dicop tamak harta.
Ini yang dikongsi oleh peguam, Datuk Ikbal Salam yang memberitahu, tindakan tersebut menyebabkan kematian berlapis selepas satu persatu waris meninggal dunia hingga menyaksikan banyak penama hingga wujud pelbagai masalah berantai.
Orang Islam kena ingat, tanggungjawab mengurus harta pusaka ini tidak berakhir selepas kematian. Sebabnya, ia akan dipertanggungjawabkan dan dipersoalkan di akhirat kelak. Kita kena cari jalan menyelesaikannya. Satu lagi yang boleh dilakukan adalah melalui hibah.
Seperkara lagi yang perlu diatasi adalah pengasingan kuasa mahkamah syariah dan sivil. Ini menyebabkan para waris terpaksa buat dua kali kerja untuk menyelesaikan urusan faraid dan pengesahan wasiat sebelum dapat perintah mahkamah tinggi.
Difahamkan keputusan dan arahan mahkamah syariah tidak laku untuk dilaksanakan oleh pejabat tanah dan harta pusaka.
Sepatutnya, hal berkaitan pusaka dan faraid bagi orang Islam ini diselesaikan di mahkamah syariah saja dan tidak perlu ke mahkamah sivil. Orang bukan Islam hanya melalui satu saluran sahaja iaitu mahkamah tinggi.
Jika halangan-halangan ini dapat diatasi, insya-Allah tidak timbul lagi isu faraid beku yang bernilai berbilion ringgit.
Mohd. Radzi Mohd. Zin ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia
Laman web ini akan menyimpan dan menggunakan data cookies anda bagi meningkatkan pengalaman sepanjang berada di laman web kami. SETUJU
Privacy & Cookies Policy
Privacy Overview
This website uses cookies to improve your experience while you navigate through the website. Out of these cookies, the cookies that are categorized as necessary are stored on your browser as they are essential for the working of basic functionalities of the website. We also use third-party cookies that help us analyze and understand how you use this website. These cookies will be stored in your browser only with your consent. You also have the option to opt-out of these cookies. But opting out of some of these cookies may have an effect on your browsing experience.
Necessary cookies are absolutely essential for the website to function properly. This category only includes cookies that ensures basic functionalities and security features of the website. These cookies do not store any personal information.
Any cookies that may not be particularly necessary for the website to function and is used specifically to collect user personal data via analytics, ads, other embedded contents are termed as non-necessary cookies. It is mandatory to procure user consent prior to running these cookies on your website.
Perlu cari cara mudahkan urusan faraid
Laporan Utusan Malaysia hari ini tentang RM90 bilion nilai harta faraid yang ‘beku’ dan tidak dituntut memerlukan tindakan segera menyelesaikannya.
Mengikut Amanah Raya Berhad, 90 peratus daripadanya dimiliki oleh orang Melayu. Bayangkan betapa ruginya nilai aset sebanyak itu tidak dapat dicairkan untuk dibangunkan bagi memajukan lagi ekonomi orang Islam.
Antara punca utama ini berlaku adalah sikap ambil mudah bab faraid. Selain itu, malas untuk turun-naik Mahkamah Syariah untuk menguruskan proses terlibat. Memang kita perlukan harta semasa hidup supaya menikmati kehidupan yang selesa tetapi dalam banyak hal, harta pusaka jugalah yang membawa kepada pergaduhan dalam kalangan waris dan keluarga.
Faraid adalah satu hukum pewarisan harta pusaka bagi orang Islam yang telah dinyatakan secara jelas di dalam al-Quran. Ia mengenai siapa yang berhak terhadap harta peninggalan tersebut dan berapa bahagian yang ditetapkan bagi setiap waris yang layak.
Malangnya, disebabkan kurang pengetahuan ramai orang Islam menyangka harta mereka akan diagihkan terus kepada waris mengikut faraid setelah mereka meninggal dunia. Ringkas kata, meninggal aja hari ini, minggu depan boleh dapat faraid. Hukum faraid hanyalah tentang pengagihan.
Hakikatnya, ramai tidak sedar yang harta pusaka di Malaysia ini terbahagi kepada dua iatu aspek pentadbiran dan agihan. Faraid tidak boleh berlaku tanpa proses pentadbiran yang melibatkan banyak prosedur dan agensi tertentu termasuk ARB dan juga mahkamah syariah.
Punca utama kelewatan urusan faraid adalah kerana ada waris tidak menyegerakan urusan pembahagian harta pusaka selepas kematian. Ramai yang anggap ia topik sensitif untuk dibincangkan sekali gus bimbang dicop tamak harta.
Ini yang dikongsi oleh peguam, Datuk Ikbal Salam yang memberitahu, tindakan tersebut menyebabkan kematian berlapis selepas satu persatu waris meninggal dunia hingga menyaksikan banyak penama hingga wujud pelbagai masalah berantai.
Orang Islam kena ingat, tanggungjawab mengurus harta pusaka ini tidak berakhir selepas kematian. Sebabnya, ia akan dipertanggungjawabkan dan dipersoalkan di akhirat kelak. Kita kena cari jalan menyelesaikannya. Satu lagi yang boleh dilakukan adalah melalui hibah.
Seperkara lagi yang perlu diatasi adalah pengasingan kuasa mahkamah syariah dan sivil. Ini menyebabkan para waris terpaksa buat dua kali kerja untuk menyelesaikan urusan faraid dan pengesahan wasiat sebelum dapat perintah mahkamah tinggi.
Difahamkan keputusan dan arahan mahkamah syariah tidak laku untuk dilaksanakan oleh pejabat tanah dan harta pusaka.
Sepatutnya, hal berkaitan pusaka dan faraid bagi orang Islam ini diselesaikan di mahkamah syariah saja dan tidak perlu ke mahkamah sivil. Orang bukan Islam hanya melalui satu saluran sahaja iaitu mahkamah tinggi.
Jika halangan-halangan ini dapat diatasi, insya-Allah tidak timbul lagi isu faraid beku yang bernilai berbilion ringgit.
Mohd. Radzi Mohd. Zin ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia
Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved