Perang tarif: China bakal tersungkur di kaki AS?

Perang tarif: China bakal tersungkur di kaki AS?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAMAI melihat perang tarif yang diumumkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bukan sangat untuk mengenakan negara-negara yang mendapat untung daripada perdagangan dua hala dengan negara kuasa besar itu, tetapi lebih kepada memberi tekanan kepada China.

Bekas Presiden Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Prof. Dr. Kishore Mahbubani dalam satu temu bual berkata, antara matlamat di sebalik kenaikan tarif hingga mencetuskan parang perdagangan dunia adalah cubaan AS untuk menjatuhkan kuasa China seperti mana yang dilakukan kepada Soviet Union.

Mahbubani berkata, empayar Soviet runtuh bukan di­sebabkan oleh kuasa luar tetapi kerana tekanan dari dalam.

Jadi katanya, China adalah negara yang sentiasa meneliti apa yang berlaku kepada empayar Soviet ini lebih rapat berbanding negara-negara lain.

Maka sudah tentu China sedar demi kelangsungan, mereka mesti mempunyai ekonomi dan kedinamikan masyarakat yang kuat.

Seperti mana yang dikatakan oleh pemikir AS, George Cannon pada tahun 1949, apabila ada pertembungan antara dua negara hasilnya tidak bergantung kepada kekuatan senjata atau jumlah tentera, tetapi negara mana yang ada kekuatan spiritual di dalamnya. Dan di era kejatuhan Soviet Union, sudah tentu AS memiliki kelebihan itu. Masyarakat AS jauh lebih dinamik dari Soviet lalu kita lihat bagaimana AS berjaya dan empayar Soviet Union runtuh.

Dalam senario perang tarif dan perdagangan sekarang, sudah tentu China sudah meneliti segala kemungkinan itu. Se­perti kata Mahbubani, China tahu bahawa keutamaan adalah memastikan ekonominya dan masyarakatnya kuat.

Makanya, China sudah membuat persediaan membentuk asas yang kuat dengan memastikan setiap rakyatnya mendapat pendidikan yang diperlukan dan memastikan ekonomi mereka berkembang.

Perkara kedua yang China belajar daripada kejatuhan komunis Soviet kata Mahbubani, ialah AS berjaya mendapat sokongan daripada jiran-jiran Soviet Union untuk menyertai polisi ‘pemulauan’. Ini termasuk Eropah Timur, Jepun dan Korea Selatan.

Sebab itu kita dapat lihat China melakukan tindakan preemtif terhadap usaha AS untuk melaksanakan perkara sama dengan memastikan jirannya bergantung kepada ekonomi China.

Perkara itu jelas apabila ASEAN yang ditubuhkan pada tahun 1967 sebagai pakatan yang pro-AS, tetapi China adalah negara pertama menandatangai perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan ASEAN pada tahun 2001.

Ketika itu nilai dagangan ASEAN dengan AS adalah AS$135 bilion dan China hanya AS$40 bilion. Pada tahun 2022, dagangan ASEAN-AS meningkat kepada AS$500 bilion, tetapi dagangan China-ASEAN pula hampir AS1 trilion.

Adakah ASEAN sanggup mengabaikan nilai dagangan ini (hubungan dagang terbesar dunia pada tahun 2022) semata-mata untuk menyertai dasar AS? Ini diperkukuhkan dengan lawatan Presiden Xi Jinping ke Vietnam, Malaysia dan Kemboja baru-baru ini.

China juga memastikan setiap negara di dunia ini bergantung kepada produknya. Lihatlah barangan dalam rumah kita. Berapa banyak buatan AS? Adakah China akan rebah dengan tekanan AS ini? Rasanya ia sukar untuk dilakukan. – UTUSAN

Aznan Bakar adalah Pengang Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia.

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya