Perang AS-Iran berakhir, apa pula nasib rakyat Palestin?
Oleh Yulpisman Haji Asli
17 Jun 2026, 7:20 am
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
KEPUTUSAN Amerika Syarikat menamatkan konflik dengan Iran di Asia Barat melegakan dunia. Penamatan konflik itu membawa kepada pembukaan semula Selat Hormuz, antara laluan penting minyak mentah dan gas asli dunia.
AS dan Iran dijadual memuktamadkan memorandum persefahaman di Switzerland Jumaat ini untuk menamatkan konflik tersebut yang berlanjutan sejak lebih tiga bulan lalu. Kesan konflik telah menjejaskan banyak negara sehingga ada yang mencatu bekalan tenaga, selain banyak stesen minyak di negara tertentu terpaksa menghentikan operasi disebabkan bekalan minyak habis.
Menurut laporan, konflik bermula 28 Februari itu menyebabkan kerugian kira-kira AS$270 billion kepada Iran akibat kemusnahan infrastruktur tenaga, pengkalan tentera dan bangunan. Malah lebih 3,000 jiwa penduduk negara itu terkorban.
Di pihak AS pula, kerugian besar dalam aset pertahanan yang menelan berbilian dolar dalam masa beberapa minggu perang dan rakyatnya berdepan kerugian hampir AS$40 bilion. Malah kos operasi ketenteraan
AS untuk perang yang ia cetuskan sendiri, mencecah hampir AS$4 bilion dalam tempoh dua minggu pertama operasi ketenteraan yang tidak pernah diiktiraf masyarakat antarabangsa.
Di peringkat global, banyak negara terpaksa meningkatkan perbelanjaaan dan hutang semata-mata untuk memastikan rakyat mereka tidak melarat impak daripada tindakan agresif AS dan sekutunya Israel terhadap Iran. Mungkin negara-negara terlibat boleh memfailkan tuntutan ganti rugi terhadap AS dan Israel di atas tindakan mereka itu.
Lantaran itu, keputusan menamatkan konflik yang langsung tidak membawa manfaat kepada manusia sejagat itu, disambut dengan rasa syukur. Harga minyak mentah global memberi tindak balas paling awal apabila Brent meneruskan kejatuhan sebanyak 1.87 peratus kepada AS$81.30 dolar setong semalam, sementara WTI pula susut 2.02 peratus kepada AS$78.73 setong.
Pasaran saham juga memberi reaksi sama apabila pasaran utama seperti Nikkei naik 0.13 peratus, Singapore STI menokok 0.81 peratus dan Nasdaq mengukuh 3.07 peratus. Mata wang juga menunjukkan trend positif. Di sebalik prestasi positif pasaran minyak, saham dan kewangan, dunia sebenarnya masih berhati-hati dengan berita tersebut. Ini kerana, dunia semakin belajar dengan sikap lidah bercadang AS yang suka memungkiri setiap janji dibuat sekiranya ia tidak menguntungkan mereka. Sikap AS itu tidak ubah seperti sekutunya Israel yang mengumumkan gencatan senjata di Palestin, namun tidak sampai 24 jam melanggarnya.
Bagi dunia Islam, pengakhiran konflik AS-Iran, tumpuan kini boleh diberikan semula kepada usaha menamatkan pencerobohan Israel terhadap Palestin.
Sepanjang konflik AS-Iran, rakyat Palestin terutama Gaza, terus menjadi sasaran kekejaman tentera Zionis. Pembantaian diteruskan, malah misi kemanusian Global Sumud Flotilla 2.0 bagi membantu rakyat Palestin juga tidak kesampaian disebabkan sikap bebal Israel yang tidak mengendahkan kecaman masyarakat dunia.
Persoalannya, apakah tindakan berani yang akan diambil oleh negara-negara Islam dalam membantu menamatkan kesengsaraan rakyat Palestin?
Yulpisman Asli adalah Pengarang Berita Utusan Malaysia – UTUSAN

Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved