Penunjuk ekonomi positif tetapi cukupkah untuk kerajaan menang
Oleh Mohamad Azlan Jaafar
2 Februari 2026, 7:30 am
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Sukar untuk menafikan termasuk oleh pembangkang atau penentang, kebanyakan penanda aras ekonomi, berkaitan perniagaan, pasaran saham dan pendapatan isi rumah berada pada tahap memberangsangkan.
Ekonomi keseluruhan tahun lalu diunjurkan 4.9%, mengatasi anggaran awal antara 4% hingga 4.8%. Peningkatan ekonomi dibantu kenaikan sehingga 5.7% pada tiga bulan terakhir 2025.
Pertumbuhan kukuh didorong perbelanjaan domestik, peningkatan pengeluaran, kemasukan pelaburan asing, dan pasaran buruh yang mampu membelanjakan wang, sekali gus memberikan nafas kepada ekonomi negara.
Malaysia adalah antara ekonomi mencatatkan pertumbuhan paling baik di kalangan negara Asean dan rantau Asia.
Ringgit adalah mata wang terbaik di Asia tahun ini, melepasi paras RM4 untuk setiap dolar Amerika. Ringgit mengukuh daripada paras paling rendah hampir kepada RM4.80 setiap dolar kepada antara RM3.90–RM3.97 atau lebih 9 peratus dalam tempoh kurang 12 bulan.
Berbanding mata wang serantau, ringgit mengukuh sebanyak 13.5% berbanding rupiah Indonesia , 10.5(peso Filipina) dan 8.5% (yen Jepun).
Syarikat tempatan yang mengimport produk dalam dolar AS akan mencatatkan keuntungan besar. Bursa Saham juga melepasi tahap 1,700 mata, tertinggi dalam beberapa tahun, sekali gus menceriakan pelabur. Orang ramai pula sibuk berniaga emas.
Kakitangan awam berjumlah lebih 1.4 juta menerima kenaikan gaji sehingga 18% dalam tempoh 13 bulan dengan terbaru pada bulan lalu walaupun kenaikan itu akan menyebabkan kos kerajaan meningkat RM18 bilion.
Rakyat turut menerima pemberian subsidi dan wang langsung berterusan pada 2025 dan bulan lalu dalam pelbagai skim subsidi di bawah kerajaan Madani, sebahagian besar bagi menangani kos sara hidup yang meningkat.
Had gaji minima juga naik kepada RM1,700 manakala seramai 150 hakim menerima kenaikan gaji sehingga 30 peratus.
Kepada mereka dalam sektor minyak kelapa sawit, harga kekal tinggi antara RM4,100 dan lebih RM4,300 setiap tan, paras tertinggi dicatatkan, RM4,317 pada akhir bulan lalu.
Satu lagi penunjuk kesihatan ekonomi perbelanjaan pengguna. Tahun lalu, berdasarkan angka rasmi, rakyat Malaysia membeli 820,752 kereta baru, satu lagi rekod dan lebih tinggi berbanding 816,747 unit yang dicatatkan pada 2024. Ini tahun kedua berturut-turut jualan kereta melepasi angka 800,0000 unit, keinginan yang menunjukkan keyakinan untuk berhutang dan unjuran pendapatan.
Penanda aras lain seperti kadar pengangguran rendah, peningkatan peluang pekerjaan dalam sektor tertentu, pengurangan defisit dan hutang kerajaan dan penstrukturan subsidi yang memberikan tanda positif kepada ekonomi negara.
Penentangan terhadap kerajaan berkisar mengenai isu kenaikan kos sara hidup (tetapi perbelanjaan kelihatan semakin meningkat), rasuah di kalangan penguat kuasa, ledakan isu perkauman, masalah sosial dan persembahan beberapa kementerian yang sering menjadi tumpuan rakyat.
Jika pilihan raya diadakan berdasarkan hanya angka ekonomi, kerajaan Perpaduan mampu kekal menerajui kerajaan. Manusia boleh berbohong tetapi angka tidak. Cuma, cukupkah semua angka ekonomi ini menghantar Madani untuk terus berkuasa lima tahun lagi?. – UTUSAN
Mohamad Azlan Jaafar adalah Pengarang Kumpulan Media Mulia Sdn Bhd

Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved