Pengundi PRU-15 `luar biasa’ - Utusan Malaysia

Pengundi PRU-15 `luar biasa’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DALAM bercakaran UMNO-Bersatu-Pas ala `ribut dalam cawan’ waktu ini (taufan barangkali bila Parlimen dibubarkan), satu isu besar yang agak `terlepas pandang’ adalah kuasa kertas undi.

Ini lebih bernilai dan realistik berbanding apa sahaja perlakuan berpolitik. Apa lagi jika
pendaftaran pengundi automatik seawal umur 18 tahun tidak sempat dikuatkuasakan sebelum pilihan raya umum ke-15.

Kuasa pengundi di tangga pertama berbanding perilaku menyuarakan sesuatu isu. Sejak lebih 60 tahun kisah Kabinet Malaysia banyak berpaut kepada kisah UMNO kerana kepimpinan Kabinet disediakan oleh UMNO. Alasannya mudah – kerana UMNO membekalkan bilangan besar dalam keahlian Dewan Rakyat. Untuk memiliki Kabinet, perlu tewaskan UMNO. Akhirnya perkara mustahil itu tak mustahil. Pada 9 Mei 2018, Barisan Nasional yang ditunjangi UMNO tumbang.

Biarpun begitu, selagi mana-mana parti berteraskan Melayu mengekalkan status quo kekuatan dan pengaruhnya yang sekali gus menikmati sokongan popular orang Melayu, Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai pilihan, melainkan melantik seorang presiden dari parti-parti teras Melayu untuk mengetuai Kabinet sebagai Perdana Menteri.
Namun tanpa kuasa sebagai pengundi berdaftar yang disahkan Suruhanjaya Piilihan Raya, orang UMNO yang berjuta, waima ahli mana-mana parti Melayu pun tidak akan bermakna apa-apa dalam politik penentu parti memerintah.
Itu belum lagi yang liat untuk mendaftar jadi pengundi. Juga masih malas tunaikan tanggungjawab mengundi. Lihatlah orang lain – yang akan terpacul seawal pagi lagi yang belum pun pusat pengundian dibuka – untuk berlumba-lumba mengundi dalam memenangkan calon pilihan.
Keadaan politik berubah-ubah di negara ini. Setahun dihentak pandemik Covid-19 menjadikan pemikiran rakyat Malaysia mencapai tahap `luar biasa’. Mereka kian sedar mana satu kaca, mana satu permata.
Bakat dalam kepimpinan parti tertentu akan diamati. Tiada akan ada lagi unsur sentimen, sentimental, legenda atau gelaran mamput mengajak tangan memangkah di kertas undi. Segalanya berpijak di bumi nyata.

Dilirik ialah padi,
Diendang anak desa,
Yang baik ialah budi,
Dikenang ialah jasa.

Seperkara boleh difikirkan bersama ialah mengapa pengundi satu-satu kaum mendominasi bandar? Pengundi Melayu pula kuasai kebanyakan kawasan luar bandar? Padahal populasi Melayu di bandar sebenarnya lebih ramai daripada kaum lain.
Sudah tiba masanya pengundi Melayu melakukan perubahan dengan mengundi di tempat bermastautin agar dapat membela nasib mereka di penempatan bermastautin. Antaranya di Wangsa Maju, Setiawangsa, Titiwangsa, Lembah Pantai, Cheras dan Seputeh.
Jangan salahkan sesiapa. Pokok pangkalnya tanya diri sendiri.

Zulkifli Jalil ialah Timbalan Pengarang Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia.

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya